Saturday, May 30, 2020

Eid of 2020....Makanlah selagi ada


Memang berbeza ya amat raya tahun 2020 .
Persiapan wise....tiada
Kunjung mengunjung pun tiada.
Makan makan lagilah... apa2 saja yang ada.

Di RBL, cikson hanya masak 2 jenis lauk.
Rendang daging dan gulai ayam.
Ketupat order...40 biji.

So makanlah kami berdua suami isteri 40 biji ketupat sampai jemu.
Kerana rumah tiada tetamu
Kecuali seorang dua yang sudi datang walau bimbang. Takut2 juga sbb hari kedua  PKPB ,polis ada mengetuk rumah penduduk di Perlis kalau ada yang berkujung kunjungan. Mau RM 1000 ringgit melayang layang.

Berbeza sangatkan....
Tahun2 lalu, mee berkilogram jadi sajian. Rendang daging, gulai ayam, serunding ayam jadi sajian cicah ketupat..Sanak saudara cikson jamukan. Mee kuah kakchon/makngah /maklong mmg ada saja setiap tahun. Nasi tomato serta lauk pauk pula di cater. Lauk pauk dimasak lagi kalau ada tetamu yang jauh dtg kemari...Yang datang jauh dan dekat mesti ada rezeki.Tak balik perut berbunyi.

Tahun ni sunyi sepi.....

Namun gembira tengok anak2 rajin berjamu. Cikten rajin memasak buat berjamu si kakak. Juga suami dan anak anak.

Lontong resepi kaklong

Mee kuah resepi tokton

Terselit juga kuih keria kegemaran pohim

2 comments:

  1. tahun ni kan raya PKPB
    semuanya norma baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP.
      Terasa sangat kelainannya. Sedih pun ada. Anak2 sorang pun tak dapat beraya dgn kita.

      Delete