Sunday, May 31, 2020

Eid of 2020...enak banget dong..


Dijamu makanan bersantan,berminyak setiap sarapan akan buat kita meloya kalau berlebihan.
Lebih2 lagi bagi orang yang bersandarkan kelangsungan hidup dengan ubat ubatan.
Eg... pengidap hipertensi,diabetes yang merimaskan. Orang2 begini kalau terkena covid, terus jalan.
Gerun juga bila dalam taklimat covid semasa perkara begini sering jadi sebutan..
Rupanya .....kami ni makhluk pilihan.. Kesiankan.
Jadi kena berhati hatilah apa yang ditelan.

Malam ni tak mau dah makan daging, kuah bersantan dan rendang. Getus hati.
Maka peti ais aku selongkari.
Haaa...ada pun yang dicari
Ikan gelama masam yang dibeli cikli.

Juga terselit buah limau kecil sedikit
Maka jadilah dia ayaq asam limau picit.

Aduhai... nikmat kurniaan Tuhan
Yang tak dapat didustakan
Dalam sana sini daging lembu dan ayam
Inilah kombinasi lauk yang paling enak ku rasakan
Bertambah pula nasi berpinggan.

Gelama masam yang gebu
Air asam limau picit yang padu
Enak banget,dong!Seruku.

gelama masam gebu beli kat agro

Asam limau picit picit macam orang dulu dulu

Dua kombinasi yang bersatu. Padu!
Teringat keenakan masakan kampung sajian orang Yan masa berkunjung.
Gulai darat jadi ingatan.
Masakan pengasuh anak masa zaman silam.

Thats all folks. Bye.

4 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA.. nice entry la.. done follow, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Acu. Terimakasih atas kesudian follow my humble blog.

      Delete
  2. alhamdulillah.. haaa.. lauk ni memang terbaikk..! jenuh dah berlemang rendang .. ! selamat hari raya, aunty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan. Kalau berlebihan sesuatu tu kita cari yang simple simple saja. Selamat Hari Raya Sya. Nice to meet you.

      Delete