Showing posts with label as I see it. Show all posts
Showing posts with label as I see it. Show all posts

Saturday, February 23, 2019

Saturday....be kind.


However big
However small
However ugly
However beautiful....
However rich
However poor
However healthy
However sickly

Be KIND...

Kindness makes you beautiful.

Have a kind word for those suffering
Have a kind hand for those wanting
Have a kind heart for those hurting

And if I die...like to be remembered...There goes someone with a kind heart although she doesnt go through a kind life.Life could make her bitter,but she chooses to be kind...Haha.Well...does it matter anymore?
The other day, me and hubby were talking over the dining table. Then some matters regarding our long lost families were discussed. Some were remembered fondly for their kindness. Some otherwise.
Then we stopped short.
Hey...tak baiklah bincang tentang orang yang dah tak ada,my cikli said.
Itulah.... masa hidup cubalah tinggalkan kenangan manis buat orang lain. Kalau kenangan pahit yg kita buat, masakan orang ingat kita ttg baik baik kita.
So there wont be Hitler, Namrod, Pharoahs in our history books.There wont be any studies about them.Kan depa semua dah mati...hihi.

Anyway... if you cant be anything, be kind!

Thats all folks. Bye.Have a nice day.

Wednesday, February 20, 2019

Babies are cute however big they are


These few days, I noticed a number of videos passing by.
On fb I mean
And they featured baby elephants.
Instantly, I found myself liking them.

Playful and intelligent
Though they arent cuddle materials.
Their mischievousness made me smile.

In one of the videos, a baby elepahant was throwing a fit of temper tantrums.
The way the family dealt with the naughty toddler could be a lesson to us.
They let him be...just watching him at a safe distance .

Haha...teringat dolu dolu.
Cara orang kita
Bila anak temper tantrum, kita cuba distract attention dia dgn tunjuk semua benda sekeliling kita.
Segala bintang,bulan ,pokok ,cicak kita sebut.

Sekarang... anak temper
Gadget kita suakan
Anak temper lagi
Cepat2 barang yg dia hendak kita belikan
Anak temper lagi dan lagi
Cepat2 kita marah pasangan kerana gagal mententeramkan..

Well... sometimes keluarga gajah boleh ajar kita sesuatu.  Tentang sabar sudah tentu.

**
Incidently... I couldnt track that one video of the mischievous baby elephant. Would share if however I find it.



Tuesday, February 19, 2019

Renungan...Hati hati.


PALSU!

Janji palsu
Beras palsu
Telor Palsu
Beg jenama palsu

Haiii...macam macam palsu sekarang ni.
Ada yang sampai tak terjangka dek fikiran bagaimana gigihnya manusia memalsukan yg  tulin.

So hati hati
Hati hati
Hati hati berhati hati...

Bukan sekali dua ,kita tertarik dengan iklan. Dengan tawaran perkhidmatan. Namun mengecewakan. Perkhidmatan diberikan tak sempurna seperti diwar warkan. Bukan main hebat tgk gambar dalam iklan yg dibuat. Maka kita pun memesan dgn penuh harapan.

Ni cerita Food Delivery kat Perlis...
Hanya satu dua service saja yang cikson boleh repeat order. Yang kebanyakan ...aduhai.. indah khabar dari rupa.
Satu hari anak susah payah contact someone yg iklankan perkhidmatan Surprise Delivery utk Bday. Mmg surprise la. Teruja bday boy terima kejutan. Tapi bila dibuka kejutan yang diterima lagi la big surprise.
Buah  buah yg dibungkus dgn riben miben tu semua hanya layak utk cikyam2 paksaad. Kecut lisut entah berapa lama dah begitu. Sanggup dia hantar kat orang.Mujur ciklin order McD. Kalau lain entah dah kulat dan kejung kek yg dihantar. Terus strike off dari list delivery. Dan minta ciklin buat aduan.

Sekali tu cikson teringin sangat nak makan satay. Maka terorderlah satay thru online delivery. Terbayang2 keenakan satay seakan satay samuri kesukaan hati. You all know what I got? I got plastic like satay ayam dan daging! Keras dan kejung. Over hangit in some. Ya Allah... tak dak integriti langsung si penjual yg jual begini. For sure itu bukan freshly made and grilled. Rasa pun tau... so one more penjual struck off the list.

Selepas beberapa pengalaman ngeri,cikson dah tak teringin lagi nak berdelivery. Tak mau lagi surprise surprise semua tu...

Yesterday, dalam nak bantu ,cikson google lah perkhidmatan di seberang laut. Amboi, tgk website hebat. Siap ada apps lagi Nama pun islamik.  Tertarik kita. Namun hati kecil kata review dulu!
So clicklah cari website review. Haaa.... berjela kata depa SCAM!. So hati hati berkali kali.

Sometimes even dalam kita berhati hati, terkena juga kita. Dalam perbankan on line, be sure kita tidak terpedaya. Baca,teliti url yg kita guna. Kadang2 satu abjad dah jadi yg lain. Dan dalam dunia tanpa sempadan ini, hackers bukan dari Msia saja. Entah ceruk dunia mana mereka dtg. 

Dan ini cikson realised yg penggunaan Bahasa Inggeris sangat membantu. Semalam kalau cikson tak dapat berbahasa itu, mau mati kuyu. Kena scam macam tu..huuhuu.

Hati hati ya.
Dulu buaya di paya
Sekarang ada di alam maya
Berwaspada
Takut terpedaya.
Naya!

Bye... love to all.




Monday, February 18, 2019

Life's like that.....confused.


Confused with all the going on around us.

For someone who likes nothing better than to thinker with thoughts,some happenings right now are so perplexing.
Confused are the statements made by some authorities.
Statements per say  on religious matters, life matters, race and what not..

Biaq pi lah..kata setengah kita.
Tapi kata hati kecil, kenapa ada beza beza bila mereka yang diberi autoriti mengeluarkan bicara. Sekejap si A kata begini, si B pula dok tokok tambah,malah mempertikai kenyataan yg dikeluarkan. Tentu mereka yg menjalankan tugas terkapa kapa. Ha..yg mana satu nak ikut ni haaa?

Take education for instance.
Ni dari pengalaman masa kerja. Rasanya masa la ni tak jauh beza.
Beria ia program diwar war kena buat sekian sekian. Kena capai KPI. Kena ada bukti,kena ada fail.
Maka orang bawahan dikejar, diasak utk wujudkan segala tok nenek bukti. Diberi contoh sekolah sekian sekian ada bilik mega megah utk dicontohi. Maka berbondong2 sekolah contoh dilawati.
Pegawai2 daerah pun berkampung di sekolah utk tgk kemajuan . Guru2 sentiasa takut kalau tidak dapat menyiapkan segala maknenek yg di minta.

Last last KEMENTERIAN kata tak suruh pun buat macam tu!
Hah? Mujur by that time aku dah keluar dari sistem kalut tu.
Kalau tidak mau aku humban segala fail fail yg bertungkus lumus dibuat berhari hari.

So this comes back to the one in authority.
Bila nak implemen sesuatu, buatlah kajian mendalam. Jgn ikut sedap badan.
Teringat aku, ada masa aku buat bodoh arahan yg datang. Lebih 2 lagi kalau bukan dari mereka yg benar2 di JPN or kementerian. Remembered that one day, I confronted some official in KL for taking so much time of my teachers. Tak dak orang lain ka na pilih lagi. Bagi la masa dia utk sekolah sama.
And one day, the said teacher told me he voluntarily opt out of some of the programmes for him to have more time with the students....

And if I were still in office,I'd manage my school the MARIE KONDO way.
Hahha... boleh kan ? Kita tanya soalan Does this SPARK JOY?
Kita tanya adakah program itu ini bawa kegembiraan, kejayaan, kegunaan, kepada murid dan tenaga kerja?
Contohnya... Adakah kita gembira bila bilik guru kita kusam, kelam kabut , macam store?
Kalau jawapan YA...biarlah . Kalau TIDAK,kita usahakan keceriaannya.

Adakah kita gembira mengajar dalam kelas berdebu, meja lintang pukang, anak murid macam dok kat Jom Heboh?

Ehhh...confused sekejap. Kita yang jadi guru beshe beshe kena tau juga GB atau Pengetua kita gembirakah kita begitu?
Haa...for we are not an island by ourselves.....

Thats all that.
Thank you for reading my thoughts.
Bye...

Wednesday, February 13, 2019

Di jalanan semalam


Jarang terserempak keadaan begini.
Jadi ahli rombongan mcm nak pi kenduri.
Perlahan2 kita mengekori
Kedua2 kenderaan yg bagi signal kanan dan kiri.

Terpampang tulisan... 50 metre jarakkan dari kenderaan
Namun ada yg berdegil tak ketahuan
Nak ekor juga dekat dekat macam tak faham tulisan.

Semalam on the way to Bukit Noning, sebelum RnR terserempak kenderaan Plus bagi arahan supaya mengikut belakang mereka.
Kami ok saja. Patuh arahan di mana2
Namun sebuah Axia memotong kami dan nampak macam tak sabar2 nak potong PLUS.
Cheee Sin..kata org Cina.
Dari kejauhan nampak pekerja2 Plus sedang menjalankan kerja2 yg tak dapat dipasti. 10 minit rasanya kami tersekat begitu...
Bila jalan clear,AXIA meluru laju macam dikejar hantu..
Dan kami pula melencong ke RnR untuk mengisi perut yg dah berlagu
Namun....rasa lauk tak berapa kena dgn tekak ku.

Jln Sg Dua yg di ambil terpaksa melalui jalan penuh lekuk dan liku.
Masuk pekan,keluar pekan baru kami sampai kedestinasi yg dituju.
Hehehhh...tu la lain kali ambil highway Kulim kan cepat ,keluar Kubang Semang kan dekat..or ambil jalan ke BM aku berpendapat.

tiba2 mereka memintas kereta 

haa  tgk tu ,boleh lagi dia celok kereta...si AXIA tuu

Tak sabar nya dia bila dia menghimpit pula kenderaan PLUS. Tulisan di situ jarak kenderaan 50 metre.
Dekat sini kejadian di tgh hari...Lebuhraya PLUS arah selatan.

Ragam manusia. Banyak yang tak sabar sentiasa.Banyak yg pandai pandai belaka. Makan garam dah berguni banyaknya
Or is it...apa nak jadi Allah yg maha kuasa.
Kita buatlah apa yg kita suka.
Kalau keburukan berlaku,dah takdirrrrr..... urrgh. Nyampah saya!

Monday, February 11, 2019

My blog...my views,my way.


Terkejut sat makcik bila belek blog stat tak sat.
Hoooih...ada tersesat mai dari negara yang tok det marah benaq. Yg dia tak bagi athlete kurang upaya pun mai bertanding kat KL nun. Apa lagi kalau bukan Israel tu.
Dia mai buat apa ha?



Blog ni dah hampir 10 tahun. Kesian tgk page view dia. Baru 400,000. Merangkak rangkak orang datang jenguk dia. Frankly speaking, makcik dont mind walau tak dak reader pun. Menulis pun bukan utk apa apa. Cuma sekadar melepas lelah . Adakala banyak sangat terfikir perkara perkara diluar spektra.

Cikgu...saya baca blog cikgu....one told me
Dapat cerita bila baca kat situ... another one said.

Bila orang tau identiti kita, sapa kita, aku jadi terhenti sejenak.
Tak bebas nak luahkan segala isi hati yg terpendam dan terbuku...semua jadi ketul ice dah.
Nak menggambarkan riang gembira tak terhingga...ah..nanti menyampah orang. Seronok tu kena share sikit2 ,ala kadar cukuplah. Dok habaq sampai segala tok nenek nanti org termuntah pula.
Macam selalu lalu lalang kat fb. Especially yg intimate matters.
Macam sorang artis tu...baru kahwin ,cantik segalanya. Cerita semuanya..
Begitu juga kalau marah,bergaduh...toksah lah .Malu wei.

Biarlah blog ini diisi dengan pengajaran. Ada ke ?

What I share in the blog just constitute a small fraction of what I think, I went through .

Namun satu hari berpusu2 orang mai..terkejut mak.
Yg paling makcik takut bila dtgnya dari UNknown Region. Atau dari link yg menjengkelkan..Tobat nahu dah nak buka link yg dok mai tempel yg tak ketahuan juih.

Dulu2 masa mula2 tulis, hamboi rasa nak kluaq semua isihati yg tersimpan. Selepas pikiaq seratus dua kali, semua tu di buang..






Thursday, February 7, 2019

Jalan yang payah...


Sekitar 2004 hingga pertengahan 2005,inilah jalan yang aku rentasi setiap pagi menuju temapt aku mencari rezeki.
Sebatang sungai dan sebuah parit menanti aku tanpa jemu. Jalan pula hanya satu hala. Just muat sebuah kereta.
Namun, dikejauhan, bukit bukit berbalam2 dan burung berterbangan.
Aku pilih utk menikmati keindahan yang menghijau dari memikir dalam nya sungai dan parit.
Aku memilih utk positif.
Tidak ramai macam aku...
Kepada staff SKTTB ,aku salut kamu yang masih bertahan di situ.
Jalan yang payah tidak buat korang goyah..
Selamat bertugas...
seakan jalan yg ku lalui 2 kali se hari

Sunday, February 3, 2019

Sunny Sunday morning to all....

Sunny Morning today.
Saying Hi to everyone in Msia and to sonny bonny in Bangalore. Dah bangun pagi ka? Time in Bangalore two hours late fyi.

Fewer cars on the road fronting RBL. Though its already school holiday if am not mistaken. Usually at this time of the day,berbondong bondong bas ekspress dok laju pi terminal feri kat Kuala Perlis. Hari ni sebiji pun tak nampak.

Kesan ekonomi sekarang ni. Kata aku. Baca tadi banyak Giant nak tidur. Harap tu jangan gergasi kat Kangar sudahlah. Kangar ni, tak ada hypermarket lain dah. Itulah sebiji.

Kangar is booming here and there. Many new buildings and shops sprung up like mushrooms after the rainy season. But some are short lived. Hari ni buka besok gulung. Macam coklat chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada.

Kuala Lumpur tentu sunyi sedikit waktu ni . Warga kota dah berduyun duyun balik kampung halaman . Yg uniknya bukan orang Cina saja, semua bangsa ambil kesempatan cuti panjang utk berjalan. Maka akan penuhlah segala lebuhraya. Pemandangan yang biasa bagi kita. Kat sini, tiada anak anak balik waktu ini. Baru seminggu lepas mereka bercuti  di sini. Maka yang tinggal hanyalah kami. Ciksoncikli...hihi.

Take care masa dijalanan ya.
Cikli ada mengesyorkan cikson ke Bangalore tolong tengok2 anakanda disana. Nanti dia dah set up his home, teringin jugalah,kata hati. Jom sapa nak join.kita pi borong saree buat baju raya...
On second thought , hmmmm... banyak belanja ni.
Namun kalau ada rezeki...

Layanlah gambar gambar pemandangan sekitar Perlis..gambar2 dari fb PerlisAktif.






Teringat dulu masa bekerja, kena lalu jalan batas bund..Kiri sungai kanan parit.
Seriauuuu.

Wednesday, January 23, 2019

The days I went missing


Its been a few days since I last penned my writing on this site. Been missing in action gitu.
Been to KL and back.
And its  because of tender loving care despite having medical problems,that mom and dad braved the journey. 1k kilometres approximately . Quite an achievement for the two ailing folks of RBL.

Sonny bonny cikson dihantar syarikat utk tugasan di India utk satu tempoh yang agak panjang. Selepas berhempas pulas nego itu,ini, maka dalam tempoh singkat tarikh penerbangan dikata putuskan. Maka bergegaslah kami tanpa fikir dua kali ke KL utk berjumpa dgnnya. Gila apa,bila badan masih terdaya,nak biar anak merantau tanpa send off. Tak gitu? Entah tahun bila pula baru jumpa.


dari tingkap Malindo

Gemar lihat kepulan kepulan awam berarak....

one for the album...



So Friday itu, terbanglah ciksoncikli naik Malindo ke ibu kota. Bermalam di Batu Muda yg bertentang dgn Batu Caves. Dari tingkap kondo, dapat dilihat cahaya terang benderang walau pun agak jauh. Juga bunyi suara dan paluan gendang sayup sayup didengari.

The next day, we went shopping at a mall in Wangsa Maju. Bought some necessities for the lone ranger. Lunch was at a restaurant ...aduhai masin yaamat kuah laksa Johor yg disaji..After that to OUG to meet uncle wen as Pohim called him.

Flight to Bangaluru was at 8.00 as per filght ticket. So by 12 ,we made our way to OUG to fetch the traveller and proceeded to KLIA by 1.00 pm. And by 3 we were already at the said airport. Wah..ramai juga orang. Mostly jemaah umrah.

We soon came to know that the flight was rescheduled to 9. So ample time to spend. Then an idea to go to KLIA2 was mooted. Why not....?
Haha... peghak jugalah bila kali pertama naik tren ke sana. 


ke KLIA2 lak kita


By 6 , sonny bonny waved goodbye to us 
By wen, safe journey.

We took MaraLiner for our journey home the very next day. I nearly raged at one heartless old man....mungkin muda sikit kot dari makcikson. Ada ke dari KL sampai Butterworth dok pasang u tube tepi telinga kita dgn kuat. Mungkin penggunaan earpiece tak ada dlm pengetahuannya.Kalau lagu merdu halua telinga dapatlah juga. Ni tidak, semua bahasa dia borong. Dari Melayu, Cina,India,Siam, Mexico dia borong dan tala handphone dia ke depan. By the way my seat was just infront of him. So practically, I could hear the sound screaming into my ears. Sakit wei...Mau tension. In the end I jumped to the seat in front. 
Hope pihak bas tolonglah letak peringatan kepada puak2 begini. Tulis besar besar. DILARANG BISING! 

Lega bila dia turun kat Penang. Muka pun macam tak betul saja. Itu yang cikli larang cikson dari sound kat dia.Orang tak betul bukan boleh kita jangkakan tindakan dia .
By the way, ada satu kali cikson sound an Indian couple yang bersembang at the top of their voice atas bas. 

Reached Kangar exhausted like anything Monday evening. A journey of 8 hours.
Lapar ,terus ke Kola pekena ikan bakar.

And yesterday, Tuesday, the whole day was spent at Hospital Sultanah Bahiyah ,accompanying cikli for his doctor appointment. Mau sekerat hari ke sana.

Thats all folks . For a 67 yr old woman to do all these,I salute myself....hihi.Alhamdulillah masih berupaya berbakti buat anak2. To do my best . Harap tidak disalahertikan sebagai memilih kasih. 

Bye.


Thursday, January 17, 2019

Depression is real bro....

Saw a video on fb posted by Dr.Raja. A video on depression.
So that I could watch it even better, I shared it on my timeline. Hope you guys could probably spend a minute to watch this video too.



This is the aforementioned video.
Video


Tekanan perasaan or depressi hingga mengambil nyawa sendiri bukan hayalan atau imaginasi. Bukan terhad kepada mereka yg tidak ada apa2 duniawi. Malah yang gah, hebat, ternama,disayang semua ceruk benua juga terlibat sama.Nama nama besar yang kita lihat ditv yang dikagumi juga terjangkit penyakit bukan bawaan virus ini. Siapa tak kenal Robin Williams. Banyak nama disebut dalam video itu yang pergi begitu saja kerana depressi.




Aku rasa nak hantuk kepala, aku rasa nak terjun telaga,aku rasa .....


Luahan hati seseorang. Semua negatif. Walhal kalau tgk luarannya dia nampak happy. Aku mendengar tanda aku simpati padanya. Biar dia curah segala rasa hati dia. 
Haaa...lega dapat bercerita. Kata dia dipenyudah bicara.
Bila mendepani seseorang yang bercerita tentang susah dia, mendengar dengan hati sudah cukup utk menunjuk simpati. Usah tergesa gesa menghulur nasihat yg tidak dipinta. Mengkondem lagi la...Cukup...dengar saja. Dan jangan pula berjaja cerita itu . Itu khianat namanya.

I believe depression starts from home environment. Kalau dibesarkan dalam keluarga yang tidak harmoni, maki hamun saja makanan ruji, I doubt, the person will be able to meet and cope with further aggressions in life. The cumulative effect... ha apalagi kalau tidak tekanan jiwa atau depressi.Maka menghilang diri, terjun banguan tinggi atau jambatan antara jalan penyelesaian.


Semalam heboh tentang cerita hilangnya seorang pendidik. Seorang yang terdidik dalam agama juga tidak terlepas dari cubaan dan dugaan. Hingga kini belum ada perkembangan positif. Semoga mangsa selamat .


Bila aku google tentang pendidik2, yaani cikgu, bukan seorang dua yg melalui saat getir disapa depression. Ramai rupanya. Harap KPM buat kajian mendalam tentang ini.Kenapa dan mengapa warga nya jadi begini.

Sebagai pendidik selama 36 tahun.... aku pun pernah ditegur oleh depressi. Mungkin sebab sudah biasa dengan tekanan sejak kecil, aku tak ambik kisah sangat 


Remembered the day well... makcik bawang aku marahi kerana menyampai...haha.
Orang kondem, aku biaq . Last2 mereka juga kena kondem. Lagi dahsyat dari aku...

One thing I hold on to my mom's teaching..


Biar orang buat kita, jgn kita buat orang.
Cacilah,fitnahlah.... nanti2 semua itu akan berbalik balik kepada si pembuat onar. 
Gitu pesan mak. 
Dan aku lihat begitu jadinya.












Friday, January 11, 2019

jaga kerbau....mendonia kita



Terjumpa posting ni.... teringat zaman kecil dulu.






menang award dalam fotografi lagi...
Tahniah!


Hang kalau bodoh,tak pass periksa,hang jaga lembu,kerbau sajalah...
Momokan ibubapa untuk sianak belajar lebih tekun...

Hmmm... fikir balik.
Kalau jadi penjaga kerbau atau kahwin dengan orang ternak lembu...entah2 dah famos amos kita.
Dah kaya raya. Dah pi pusing donia. Setakat keyel ada apa kan...
Like this boy pictured with his herd of kerbaus.
Kalau dia tak pi pusing dunia tapi gambar2 dia dah mendonia. Thanks to the photographer. Gambar dia dengan kerbaunya menang award Asia dan 20 di donia...

Winning awards in photography aside...
Its the looks on his face that caught my attention.
So carefree... so happy.
Macam dia blend dengan alam.
Macam dia terpisah dari segala masaalah dunia.
Masaalah gila yg melanda kita . Yang kita buat dan cipta sendiri. Belum lagi yang datang tanpa kita sangka.
Macam kutuk2 institusi raja2 tanpa ingat dunia...bila kena tindakan baru ternganga.
Macam yang mengapi apikan kebencian kaum.
Macam ingat PDA itu tak mengapa.
Or macam ...... huh banyak kalau nak diperincikan..

Thats all folks .
Bye
Salam Jumaat. May we be blessed with all the barokahs.


Saturday, January 5, 2019

PABUK...bukan mabuk!


At present,bukan presence, news about cyclone topical  PABUK is trending in socmedia. Its Pabuk not MABUK! ya. As some people likely put it.
We living up north could feel the rippling effect of the cyclone. I was walking down the alley of Hospital Tuanku Fauziah when I could feel strong winds blowing. The sturdy motorbike parked by the road could be seen wavering . It could be topple down any time. Walking against the wind , I could hear the splatter splitter of the roofs above. Afraid of falling objects I hurried down the road until I reached the proximity of the wards.

It is very cold these few days. Aircon was not on as it was a few days before. Even the fans were at low level. Tap water feels like ice to the skin.

I followed PABUK's path every now and then on the net. Now its over Segenting Kra in Thailand. Rough seas and high waves were the news these few days. Pulau Perhentian and the oil rigs in the east coast werent spared either. Koh Samui and the likes of it were not spared too. Hope theres no casualties. Hope too no one is fool hardy enough to swim in the rough seas.

Now to the MABUK part of the news on social media.
We have news about YDPA.... a lot circling around. From Russia to Malaysia ,news were abuzz about his marriage to the former Miss Moscow.

News about bickering and power struggle within a party in PH too is making us mabuk. For years we knew them by their struggles to upheld justice.Then...and now.

The temple issue is still on going. Hope for justice to be served .

Sonny Bonny attachment to India is still in the bargaining process. Though he should be there start of January 2019 ,some matters arose. How come they change clauses at their whim and fancies without prior notices to Malaysia hq. Hope there's no hanky panky la. Worry juga .


Thats all folks.
Hope too my sil is strong during this time after her hubby's untimely death. And people around her be understanding too. Give her the support she much needed .

Another mabuk issue...why is my energy bill creeping up ,up and away. From 100 plus its nearing 300 . CI is needed here.

Stay safe people.Bye.




Sunday, December 30, 2018

Cari pasai.. tindan, tindik, tinju,tipu


Lewat fb , terlihat aksi aksi tindan menindan badan . Yang terlibat melakukan aktiviti atau challenge ni bukan saja orang dewasa yg dah pandai berfikir tetapi kanak kanak. Dengan megah mereka mempamerkan aksi berani ini
Ha...dunia...lihatlah kami. Dapat berdiri,membongkok ,menindan dengan jaya.
Tapi mereka alpa tentang bahaya.
Kalau terjatuh...bukan saja muka yg deremen, besar juga kemungkinan utk dapat sakit berpanjangan.
Lumpuh,seliuh dan istilah berkaitan..
Merana badan zaman berzaman.






Sikit masa dulu, tindik menindik jadi ikutan. Bukan setakat telinga untuk subang tapi dibahagian lain juga. Maka terlihat mereka menindik teling sehingga sudah tidak ada tempat utk ditindik. Berongkai rongkai subang dipasang sehingga gerun nak pandang. Selain telinga,kening, bibir,mulut pun ditindik sama. Konon urban. Tapi gerun.


cukup rasanya sepasang saja anting2 ditelinga
Takut bila seorang, berani dalam kumpulan. Ah...dah jadi amalan sekarang ini utk meninju,membelasah mangsa yg berseorangan ramai ramai. Latest, kisah driver bas ekspress yg dibelasah kerana wang se ringgit. RnR Gambang tempat kejadian. Sekarang masih tgh jadi kes polis. Tapi effect berantainya nya adalah peniaga peniaga lain di situ. Setakat ini,lengang jadinya di situ akibat diboikot pemandu bas dan lori. Tentu rugi mereka berniaga.
Kisah sedih berlaku terhadap Allahyarham Adib pun kerana mob violence. Berani bila ramai.

kalau lengang begini,pengunjung pun takut nak berhenti



Aku sudah tidak teruja lagi menonton berita tentang politik tanah air seperti masa post PRU 14. Masing masing dengan kepentingan sendiri. Rasa tertipu...
Dari satu PAT ke satu Pat,nada semacam yang didengari. Untung nasib kita belum di ubaati..Same old same old.

Monday, December 24, 2018

Staying afloat...


B40, M40,T20....
Apakebende semua diatas tu? Dulu masa cikson sekolah formulae diatas tu dijumpai masa belajar kimia. Atau Matematik.
Haahhaaaa...otak udang cikson boleh terlepas masuk kelas Sains. Walau tak Pure Science tapi kelas Sains la juga. Berbuih mulut hafal formulae kimia,physic,bio. Last last result tak seperti dijangka. Meraung bawah katil besi... hihi. Agaknya kalau masuk kelas Arts cikson boleh dpt first class grade SC/MCE agaknya lah kot.So peristiwa tak keluar bawah katil besi tokton,taklah terjadi.
I was always told by my teachers that I could pass my MCE with flying colours. Masa ramalan keputusan, cikgu ada pick out students yg boleh lulus cemerlang. Maka berpulunlah cikson study nak buktikan pada semua yg cikson boleh berjaya.
Oh well...that was 1969 wei..
Masa tu mana ada parents nak hantaq anak2 pi tuition muition ni semua. Sekolah ada lah juga sikit2 buat kelas persediaan. Tapi taklah gila2 macam la ni. Program motivasi jauhlah nak ada. Mak2 bapa2 pun tak adalah nak bermatian dengan anak2 nak exam. Mungkin zaman tu orang tak tunjuk kasih sayang pada anak2. Mungkin mereka diam2 berdoa utk kejayaan.
Maka terduduklah cikson that exam called Senior Cambridge / Malayan Certificate of Education amidst family struggles and shortcomings. Amidst sibling squibblings.And amidst that riot of 1969...
And when the results came out,it was short of my expectation and those of my teachers'.
Anyway, I got offer to study in form six in Derma, Perlis . Those days mana ada matrik dan seangkatan dengannya. Dapat offer form six kira hebatla utk budak kampung macam ai ni..hihi.

Banyak dan panjang sorotannya kalau mau dikenang liku2 kehidupan yg dilalui.

Coming back to B40,M40,T20.
Bila baca deskripsi yg adik upkan dalam fb posting dia tadi, hmmm tergolong dalam B40 lah ciksoncikli. Betullah tu. Rasa perit benau nak stay alive la ni. Mcam kena struggle saja. Setiap bulan kena perinci perbelanjaan. Kalau tidak tenggelam didaratan. Nak enjoy ke sana ke sini pun kena fikir banyak kali. For me,berbelanja diluar kemampuan and then have to berhutang berbaris is a no no. Lebih lagi meminta minta. Not even to my children because they too have to face their own struggles. Alhamdullilah ,anak2 cikson selalu saja membantu.

2019 is just round the corner. Entahlah apa bentuk kehidupan yg akan kita lalui dihadapan nanti. Yg pasti 2018 banyak juga kenangan yg akan kekal dalam memori.Having my second grandchild was in early 2018. Such a joy.
Cikli's hospital visit pun boleh tahan juga. Come 2019 dah menunggu appointmentnya. Aduhai..

2019 please be easy on us.
Bye...





Sunday, December 23, 2018

When they came a visiting...tt's way.


2018 will just close in a few days time.

kismes tree loli ...kata pohim.
.
As of now, in another 2 days, citizens of Christian faith would be celebrating Christmas. Malls in the big cities at this time would be dressed up to welcome the festivities. And people of all faiths could savour the beauty of the decorations.
In Kangar,nothing much to see.
Yet I do recall an occasion where I walked through MegaMall and Pavillion amidst the wonderful decor. It was during cikten's convo and we had put up at one hotel in the Mall. Cititel to be exact.

Haraam ,jangan ucap Merry Christmas, jangan menyanyi Jingle Bell...some ustazs say. But there are muftis who said otherwise. Tak salah. Sometimes tak tau nak ikut mana. To be on the safe side,jangan berlebih2. Nanti Muslim pula yg seperti merayakan Christmas.
Anyway, watching the happiness on Fohim and Fateh's face among the deco was a delight to my old soul.

seronok pohim dapat hadiah

mana prezen utk fateh....tak aciiii.


My memory of walking the streets of Edinburgh before Christmas was  never forgotten. Christmas was a few weeks away but the decor was already in place. A massive christmas tree was erected in town. Shops and malls were decorated  beautifully. Celebration was in the air days before.

Yesterday,my sister's clan from SP came a visiting after attending their friends' wedding invitation.
After scratching my head for what to jamu them, I came out with beehoon goreng cikson. When we have visitors especially from far, from what late tokton instilled in us, have something to serve them. Especially if their visit is announced. Lainlah kalau tak diketahui. Jamu ayaq kosong pun ok dah dengan apa yang ada. And I could well see that the practice is carried out in our family. Anak2 selalunya tak perlu suruh bila ada tetamu, air kena hidang. Keluarlah roti biskut pun ok . Hihi.

Jangan bagi tetamu balik dengan tekak yang dahaga......

Lagi satu... tokton way of welcoming guests. Tempat tidoq.
She went out of her way to make them sleep comfortably. And I could see all my siblings practising the same. The roomiest room , clean sheets and bed welcome us in SP and KL.

And when its time to return home, tokton would see that they could be something to tapau and bring home. It doesnt have to be big . Teloq ayam pun jadi.
Rasanya orang Kedah begini bila ada tetamu. Our car was never empty when we visited our saudara and friends in Kedah. Ada2 saja yang bekalkan. Ulam2 keliling rumah pun jadi buah tangan.
That is hospitality.

Bye. Enjoy your weekend.
Sis Han,thanks for the visit. Come again.

Wednesday, December 19, 2018

Gloomy skies...yesterday.


The sky was gloomy yesterday. The whole day.
So too were we.
When I received the news I was dumbstruck. The whole night, a terrible feeling of dismay, disgust, despair engulfed my thoughts. Why should this happened? I surfed the net, abandoning my sleep for more news about his untimely demise.
Waking up, there was this austere silence. The hens and the fowls didnt put on their daily crowing and quacking sessions. The cats were no where to be seen. Even the birds stopped flying. And so too was the sun. As if they too were in mourning.

Muhammad Adib meninggalkan kita at 9.41 the night before. Our hero , succumbed to the brutal thrashing of the vicious animal like crowd was gone . That kuil fracas has claimed an innocent life. May the perpetrator be hung! Justice for Adib.

Through social media of the day ,I was able to watch the going ons and the passage of the last rites of Adib. As early as 7, I watched the events unfolding at the Airod where Tun was grim face and Tun Hasmah wiped her tears  as the coffin was uploaded into the heli.

Then to the field of SK Tebengau,Kuala Kedah. Thousands waited patiently for a glimpse of Adib. From there to his family home and then his last stop at The masjid. Tears readily flowed when Adib was laid to rest.

The whole day Malaysia grieved.
The more were his loving family, his tunang Nurul Najihah, his friends.
Alfatihah.May his soul be blessed and placed among the syahids.

Allahu....

I couldnt express more...

Monday, December 17, 2018

when the sky is gloomy...


The weather these days up north is unpredictable.
Woke up to a gloomy sky.
Funny seems why there's no crowing of the chickens this morning as usual.
Everything seems so quiet.
The wind sometimes blows strongly, shaking the leaves of the barren guava tree.

Last night before retiring for the night, I came across discussion on the safety of internet banking. The bank in question seems to be under attack from hackers and customers money is compromised. Hope everything is rectified and the poor man's money in it is safe.
Semuanya nampak goyah sekarang... aduhai.Facebook pun berdepan dengan kemungkinan denda berbillion tau kerana data dan gambar2 yg di cerobohi.

The exodus of frogs jumping to cross the road ...as some like to put it that way seems the order of the day. Politically correct but morally in correct says some. This amounts to cheating the people who vote for the mps. Ya laaa... susah 2 kau keluar mengundi, hoo hoo hoo haaa,tiba2 wakil kau paling tadah. Its an interesting scenario to watch these days. Anyway, whatever is happening right now wont change the expectation of the populace at large...Kami mahu pemimpin yang bersih rasuah, kleptokrasi ,racist dan segala macam kontradiksi. Kami mahu yang berhemah, bijak, ada prinsip.

Rusuhan di Peranchis juga jadi breaking news masa ni. Cukai yang tinggi, unemployment, pembahagian harta yg sangat2 tak seimbang antara penyebabnya. Maka banyak harta benda jadi sasaran kemarahan. Hilang seri Arc de Triumph .

Sonny bonny khabarnya akan ke India se tahun. Tiga minggu pun dah ibu berdebar hati.Masa dia disana tempoh hari, typhoon Gaja ke namanya membadai Bangalore. Risau kita. Semoga pemergian dia kali ini dirahmati,dilindungi Allah swt.

Sejuk sunggoh pagi ni.
Minta2 tu keluarlah sang mentari menyinar hari. Kain dijemuran susah nak kering kalau lagu ni. Jangan2 ada yang tak mandi sehari..




Sunday, October 28, 2018

The interview.


If social media was abuzz with Najib's flunk out Aljazeera 's interview, we at RBLwere  too .
I watched with apprehension the whole 30 minutes Najib's tormented moments. And I make a plea to His Almighty that my descendant be spared ordeals like him.

Its too alright to be not having a splendoured life in the beginning and having to become a most humiliated soul the next.
I dont conform to that. Biar sederhana dalam segala hal. Lebih tenang 2 begitu.
And after watching that interview I felt so small in the eyes of the world. He, a self proclaimed warrior shattered his pride at the hand of a Ann Jolley something something... couldnt get her name right.
Janganlah lari! Stay put and fight your battle ,I heard myself saying.
Jadilah macam Trump. Dia jawab bodoh saja selalunya. Yg  penting dia jawab.
Tak macholah kalau mengaku kalah.
Put a straight face and answer the question even tho they are lies and nothing but lies!
From the facial expressions and his body language, its not hard to comprehend his feelings.

Watching the interview being aired over and over again, I couldnt but not have  pity upon him. There were nice guys who turned demon because of wrong association with wrong people.
There were rich people who turned penniless at the end of their life .
They were people once at the pinnacle of their success thrown into a deep abyss of debts.

For  people who I care, please please ,these are my thinkings for you all,if you may .

Think ahead when making decisions. Its not for that moment only.
Think about your own principle. Be steadfast.

Sebelum membuat keputusan, fikir ke depan. Bukan sedikit orang terjerumus dalam kesusahan kerana tidak memikir keupayaan ke hadapan.

That interview yesterday was eye opening to say the least.


Wednesday, October 24, 2018

... cukup2 saja

mulai dengan begini

Penamatnya begini..


1 untuk siang hari
1 untuk malam nanti....
 Cuba utk meminimakan pembaziran
cara masak begini di praktikkan
untuk 2 mulut nak makan
2 mug saiz sederhana digunakan.

Mug dibeli dari Giant Supermarket
harganya... tak mahal cuma 6 ringgit.

Kalau ada lebihan, diperhangat .
Rasanya masih lembut macam baru dilengat.

Sajian lauknya serta pauknya untuk orang utara
Sekurang2 4 kata mak mertua.
Main dish .... gulai, asam pedas, sambal tumis atau seangkatannya
Ikan goreng jgn lupa
Sayur satu mata juga sambal belacan serta ulam cukuplah sempurna .
Tapi bila makan disisih utk malam nanti juga
Tidaklah diperhabis sekali harung saja.

Cara berjamu selera rupanya ada perbezaannya antara kita
Ada yg masak satu mata, jamu semua lepas tu malam lain kira
Tapi bagi pendduduk utara,sekali masak,makan dua kali itu cara diajar mak2 kita.

You all bagaimana?
Sekali masak sekali makan
Atau sekali masak sampai ke malam..

Have a nice day..Bye.

sayur bayam kegemaran cikli




sambal tumis udang kegemaran siapa?

Tuesday, October 23, 2018

Easy Life?

Its been quite a while since I last wrote about them.
The furry four legged beings of RBL,I mean.

Ninasandaq just delivered. Monkey had an emergency visit to the vet . She been through a lot .Poor soul. 
Bu is still her meek self. Given chance ,she would rub her body to gain sympathy and attention. Meowing softly.
The lonely castaway kitten that came into RBL has now grown bigger. And cheekier. Could see her playing happily with Bu and Monkey on the floor of the porch.

But alas,they seem to acquire some sort of fungi disease on them. And if shelf medication dont work,the vet is the solution. Kena bawa depa jumpa Dr. apa ke nama ntah kat Klinik Haiwan.
Hmm... its quite boring without them in the house. But to give them a free rein the house is out of question. Dont know whether my furry children like the free reign of the courtyard or the restricted area of the house.
See...they seem happy chasing each other among the bushes.
I think I am more of need of them than them of me..right?
Rasa sunyi sangat sometimes. Kalau depa masuk rumah sekali sekala baru lah cikson dapat bercakap...haha.. Bercakap in terms of tak risau di interpret wrongly.Kan bila bercakap dengan manusia lain kita cakap lain pula interpretsainya. Tak kuasa.Still cant get over dan tertanya tanya .

Sometimes... being them ,having carefree life is better than being caged in the house. Being hoooman for that matter.


bawah pokok buluh tu miang,jangan dok pi main

laman ni kan luas...

pokok kelapa seronok tau dipanjat panjat

kawasan dan laman tiga buah rumah utk bermain

agaknya itulah kata Nina pada anaknya Monkey
Tak mati pun kita kena duduk diluar rumah...



Thats all for today.
Jadi mereka tak payah bayar bil itu ini
Semak kepala tau kena buat begini setiap kali.