Wednesday, February 13, 2019

Di jalanan semalam


Jarang terserempak keadaan begini.
Jadi ahli rombongan mcm nak pi kenduri.
Perlahan2 kita mengekori
Kedua2 kenderaan yg bagi signal kanan dan kiri.

Terpampang tulisan... 50 metre jarakkan dari kenderaan
Namun ada yg berdegil tak ketahuan
Nak ekor juga dekat dekat macam tak faham tulisan.

Semalam on the way to Bukit Noning, sebelum RnR terserempak kenderaan Plus bagi arahan supaya mengikut belakang mereka.
Kami ok saja. Patuh arahan di mana2
Namun sebuah Axia memotong kami dan nampak macam tak sabar2 nak potong PLUS.
Cheee Sin..kata org Cina.
Dari kejauhan nampak pekerja2 Plus sedang menjalankan kerja2 yg tak dapat dipasti. 10 minit rasanya kami tersekat begitu...
Bila jalan clear,AXIA meluru laju macam dikejar hantu..
Dan kami pula melencong ke RnR untuk mengisi perut yg dah berlagu
Namun....rasa lauk tak berapa kena dgn tekak ku.

Jln Sg Dua yg di ambil terpaksa melalui jalan penuh lekuk dan liku.
Masuk pekan,keluar pekan baru kami sampai kedestinasi yg dituju.
Hehehhh...tu la lain kali ambil highway Kulim kan cepat ,keluar Kubang Semang kan dekat..or ambil jalan ke BM aku berpendapat.

tiba2 mereka memintas kereta 

haa  tgk tu ,boleh lagi dia celok kereta...si AXIA tuu

Tak sabar nya dia bila dia menghimpit pula kenderaan PLUS. Tulisan di situ jarak kenderaan 50 metre.
Dekat sini kejadian di tgh hari...Lebuhraya PLUS arah selatan.

Ragam manusia. Banyak yang tak sabar sentiasa.Banyak yg pandai pandai belaka. Makan garam dah berguni banyaknya
Or is it...apa nak jadi Allah yg maha kuasa.
Kita buatlah apa yg kita suka.
Kalau keburukan berlaku,dah takdirrrrr..... urrgh. Nyampah saya!

2 comments:

  1. Cikgu ... Pernah terserempak kawan melintas laju diselekoh tajam yg memang tajam. Bila ditanya kenapa, selamba jawab 'tawakkal'. Terchengang kami. Xtahu nak kata apa. Tapi yg past iu bukan tawakkal, tapi xdak akal. 😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lawak..bila kena salah takdir.Allah dah nak bagi.Allah bagi akal utk fikir akibat tindak tanduk kita,tapi tak guna.

      Delete