Terkejut sat makcik bila belek blog stat tak sat.
Hoooih...ada tersesat mai dari negara yang tok det marah benaq. Yg dia tak bagi athlete kurang upaya pun mai bertanding kat KL nun. Apa lagi kalau bukan Israel tu.
Dia mai buat apa ha?
Blog ni dah hampir 10 tahun. Kesian tgk page view dia. Baru 400,000. Merangkak rangkak orang datang jenguk dia. Frankly speaking, makcik dont mind walau tak dak reader pun. Menulis pun bukan utk apa apa. Cuma sekadar melepas lelah . Adakala banyak sangat terfikir perkara perkara diluar spektra.
Cikgu...saya baca blog cikgu....one told me
Dapat cerita bila baca kat situ... another one said.
Bila orang tau identiti kita, sapa kita, aku jadi terhenti sejenak.
Tak bebas nak luahkan segala isi hati yg terpendam dan terbuku...semua jadi ketul ice dah.
Nak menggambarkan riang gembira tak terhingga...ah..nanti menyampah orang. Seronok tu kena share sikit2 ,ala kadar cukuplah. Dok habaq sampai segala tok nenek nanti org termuntah pula.
Macam selalu lalu lalang kat fb. Especially yg intimate matters.
Macam sorang artis tu...baru kahwin ,cantik segalanya. Cerita semuanya..
Begitu juga kalau marah,bergaduh...toksah lah .Malu wei.
Biarlah blog ini diisi dengan pengajaran. Ada ke ?
What I share in the blog just constitute a small fraction of what I think, I went through .
Namun satu hari berpusu2 orang mai..terkejut mak.
Yg paling makcik takut bila dtgnya dari UNknown Region. Atau dari link yg menjengkelkan..Tobat nahu dah nak buka link yg dok mai tempel yg tak ketahuan juih.
Dulu2 masa mula2 tulis, hamboi rasa nak kluaq semua isihati yg tersimpan. Selepas pikiaq seratus dua kali, semua tu di buang..
Tulis saja Cik Son. Blog kita isi hati kita. Asak jangan duk carut maki, fitnah dan jatuh air muka orang dah. Tapi most of your writing kisah kehidupan seharian yg tak lepas berkait dengan kehidupan orang lain juga.
ReplyDeleteTu la Cik Mala, rasa nak tulis kisah itik,ayam,kucing saja.Dalam kehidupan kita ada kehidupan org lain juga .Takut pula bila baca fb ttg bahaya terlalu open skrg ni. Macam2 boleh jadi.
Delete