Sunday, December 30, 2018

Cari pasai.. tindan, tindik, tinju,tipu


Lewat fb , terlihat aksi aksi tindan menindan badan . Yang terlibat melakukan aktiviti atau challenge ni bukan saja orang dewasa yg dah pandai berfikir tetapi kanak kanak. Dengan megah mereka mempamerkan aksi berani ini
Ha...dunia...lihatlah kami. Dapat berdiri,membongkok ,menindan dengan jaya.
Tapi mereka alpa tentang bahaya.
Kalau terjatuh...bukan saja muka yg deremen, besar juga kemungkinan utk dapat sakit berpanjangan.
Lumpuh,seliuh dan istilah berkaitan..
Merana badan zaman berzaman.






Sikit masa dulu, tindik menindik jadi ikutan. Bukan setakat telinga untuk subang tapi dibahagian lain juga. Maka terlihat mereka menindik teling sehingga sudah tidak ada tempat utk ditindik. Berongkai rongkai subang dipasang sehingga gerun nak pandang. Selain telinga,kening, bibir,mulut pun ditindik sama. Konon urban. Tapi gerun.


cukup rasanya sepasang saja anting2 ditelinga
Takut bila seorang, berani dalam kumpulan. Ah...dah jadi amalan sekarang ini utk meninju,membelasah mangsa yg berseorangan ramai ramai. Latest, kisah driver bas ekspress yg dibelasah kerana wang se ringgit. RnR Gambang tempat kejadian. Sekarang masih tgh jadi kes polis. Tapi effect berantainya nya adalah peniaga peniaga lain di situ. Setakat ini,lengang jadinya di situ akibat diboikot pemandu bas dan lori. Tentu rugi mereka berniaga.
Kisah sedih berlaku terhadap Allahyarham Adib pun kerana mob violence. Berani bila ramai.

kalau lengang begini,pengunjung pun takut nak berhenti



Aku sudah tidak teruja lagi menonton berita tentang politik tanah air seperti masa post PRU 14. Masing masing dengan kepentingan sendiri. Rasa tertipu...
Dari satu PAT ke satu Pat,nada semacam yang didengari. Untung nasib kita belum di ubaati..Same old same old.

No comments:

Post a Comment