Tuesday, February 19, 2019

Renungan...Hati hati.


PALSU!

Janji palsu
Beras palsu
Telor Palsu
Beg jenama palsu

Haiii...macam macam palsu sekarang ni.
Ada yang sampai tak terjangka dek fikiran bagaimana gigihnya manusia memalsukan yg  tulin.

So hati hati
Hati hati
Hati hati berhati hati...

Bukan sekali dua ,kita tertarik dengan iklan. Dengan tawaran perkhidmatan. Namun mengecewakan. Perkhidmatan diberikan tak sempurna seperti diwar warkan. Bukan main hebat tgk gambar dalam iklan yg dibuat. Maka kita pun memesan dgn penuh harapan.

Ni cerita Food Delivery kat Perlis...
Hanya satu dua service saja yang cikson boleh repeat order. Yang kebanyakan ...aduhai.. indah khabar dari rupa.
Satu hari anak susah payah contact someone yg iklankan perkhidmatan Surprise Delivery utk Bday. Mmg surprise la. Teruja bday boy terima kejutan. Tapi bila dibuka kejutan yang diterima lagi la big surprise.
Buah  buah yg dibungkus dgn riben miben tu semua hanya layak utk cikyam2 paksaad. Kecut lisut entah berapa lama dah begitu. Sanggup dia hantar kat orang.Mujur ciklin order McD. Kalau lain entah dah kulat dan kejung kek yg dihantar. Terus strike off dari list delivery. Dan minta ciklin buat aduan.

Sekali tu cikson teringin sangat nak makan satay. Maka terorderlah satay thru online delivery. Terbayang2 keenakan satay seakan satay samuri kesukaan hati. You all know what I got? I got plastic like satay ayam dan daging! Keras dan kejung. Over hangit in some. Ya Allah... tak dak integriti langsung si penjual yg jual begini. For sure itu bukan freshly made and grilled. Rasa pun tau... so one more penjual struck off the list.

Selepas beberapa pengalaman ngeri,cikson dah tak teringin lagi nak berdelivery. Tak mau lagi surprise surprise semua tu...

Yesterday, dalam nak bantu ,cikson google lah perkhidmatan di seberang laut. Amboi, tgk website hebat. Siap ada apps lagi Nama pun islamik.  Tertarik kita. Namun hati kecil kata review dulu!
So clicklah cari website review. Haaa.... berjela kata depa SCAM!. So hati hati berkali kali.

Sometimes even dalam kita berhati hati, terkena juga kita. Dalam perbankan on line, be sure kita tidak terpedaya. Baca,teliti url yg kita guna. Kadang2 satu abjad dah jadi yg lain. Dan dalam dunia tanpa sempadan ini, hackers bukan dari Msia saja. Entah ceruk dunia mana mereka dtg. 

Dan ini cikson realised yg penggunaan Bahasa Inggeris sangat membantu. Semalam kalau cikson tak dapat berbahasa itu, mau mati kuyu. Kena scam macam tu..huuhuu.

Hati hati ya.
Dulu buaya di paya
Sekarang ada di alam maya
Berwaspada
Takut terpedaya.
Naya!

Bye... love to all.




No comments:

Post a Comment