Monday, December 24, 2018
Staying afloat...
B40, M40,T20....
Apakebende semua diatas tu? Dulu masa cikson sekolah formulae diatas tu dijumpai masa belajar kimia. Atau Matematik.
Haahhaaaa...otak udang cikson boleh terlepas masuk kelas Sains. Walau tak Pure Science tapi kelas Sains la juga. Berbuih mulut hafal formulae kimia,physic,bio. Last last result tak seperti dijangka. Meraung bawah katil besi... hihi. Agaknya kalau masuk kelas Arts cikson boleh dpt first class grade SC/MCE agaknya lah kot.So peristiwa tak keluar bawah katil besi tokton,taklah terjadi.
I was always told by my teachers that I could pass my MCE with flying colours. Masa ramalan keputusan, cikgu ada pick out students yg boleh lulus cemerlang. Maka berpulunlah cikson study nak buktikan pada semua yg cikson boleh berjaya.
Oh well...that was 1969 wei..
Masa tu mana ada parents nak hantaq anak2 pi tuition muition ni semua. Sekolah ada lah juga sikit2 buat kelas persediaan. Tapi taklah gila2 macam la ni. Program motivasi jauhlah nak ada. Mak2 bapa2 pun tak adalah nak bermatian dengan anak2 nak exam. Mungkin zaman tu orang tak tunjuk kasih sayang pada anak2. Mungkin mereka diam2 berdoa utk kejayaan.
Maka terduduklah cikson that exam called Senior Cambridge / Malayan Certificate of Education amidst family struggles and shortcomings. Amidst sibling squibblings.And amidst that riot of 1969...
And when the results came out,it was short of my expectation and those of my teachers'.
Anyway, I got offer to study in form six in Derma, Perlis . Those days mana ada matrik dan seangkatan dengannya. Dapat offer form six kira hebatla utk budak kampung macam ai ni..hihi.
Banyak dan panjang sorotannya kalau mau dikenang liku2 kehidupan yg dilalui.
Coming back to B40,M40,T20.
Bila baca deskripsi yg adik upkan dalam fb posting dia tadi, hmmm tergolong dalam B40 lah ciksoncikli. Betullah tu. Rasa perit benau nak stay alive la ni. Mcam kena struggle saja. Setiap bulan kena perinci perbelanjaan. Kalau tidak tenggelam didaratan. Nak enjoy ke sana ke sini pun kena fikir banyak kali. For me,berbelanja diluar kemampuan and then have to berhutang berbaris is a no no. Lebih lagi meminta minta. Not even to my children because they too have to face their own struggles. Alhamdullilah ,anak2 cikson selalu saja membantu.
2019 is just round the corner. Entahlah apa bentuk kehidupan yg akan kita lalui dihadapan nanti. Yg pasti 2018 banyak juga kenangan yg akan kekal dalam memori.Having my second grandchild was in early 2018. Such a joy.
Cikli's hospital visit pun boleh tahan juga. Come 2019 dah menunggu appointmentnya. Aduhai..
2019 please be easy on us.
Bye...
Labels:
as I see it
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya la Cik Son tahun 2018 ni sangat-sangat berperistiwa dan bersejarah. Macam2 berlaku dikeliling kita yang membuatkan kita lebih membuka minda dan bertindak berhati-hati. Nampak gayanya tahun hadapan kita mesti bersedia berenang bersama arus semasa.
ReplyDeleteSunggoh. Kalau kita tak bersedia, maka kemungkinan tenggelam dalam arus perubahan ini akan terjadi. For example, dah tau tahap keupayaan ekonomi masa kini, maka berjimat2lah. Dah tak boleh berbelanja ikut hati. Mau mati. Hihi.
Delete