Monday, August 31, 2020

This is my house...no mama!


Kalau abangnya sibuk belajar adik pula sibuk dengan make believenya.
Sesekali dia askar yang menembak musuh
Sesekali dia jadi character siri tv yang ditontonnya. Itulah dia. Adik.

One day dia memasuki bawah meja yang disekatnya.
This is my house. Katanya. Dan lebih menggelikan hati..NO MAMA!
Agaknya dia nak menegaskan pada ibunya yang dia tak mau diganggu.

This little boy suka benar berBI.
One minute, It's mine and This is my house. No Mama!

Semalam cikson tonton Big Stage. Antara peserta pilihan is Ucop. Teringat Mawi zaman Akademi Fantasia. Kesian tengok dia terkial kial untuk berbahasa bahasa yang diajar disekolah sejak tadika lagi. Ya.. just count the number of years that each of us spent learning English from tadika until SPM. It shouldnt be la... tak boleh berbahasa kedua. Kerajaan dah habih trillion ringgits sejak merdeka.
Kenapa ya susah sangat kita nak belajar BI. Why do we fail after so long.

Well I teringat satu peristiwa. I was speaking london dengan anak I. Then I heard someone said aloud.
Ehh kulit hitam,ada hati nak cakap oghang putih! Cakap Melayu laaaa.
To which I said... To heaven with you.
Tapi kan lepas tu, I berhati hati bila nak cakap BI dengan anak2 dipublic. Cuma kat KL ,pi hospital,pi check in kalau doktor or penyambut tetamu tu berbangsa lain...bolehlah praktis speaking.
You know what... speaking london kadang2 buat orang pandang you atas bawah...menyampah.

But actually lah... boleh speaking london boleh bawa kita pergi jauh. My sonny bonny kalau tak boleh speaking tentu tak boleh kerja dengan bos bos Americano dan pi merata. So too are my daughters. Tentu tak boleh pi QLD. Me too tentu tak dapat jenguk Glasgow. Dengar konvensyen dalam sejuk beku.

Oh well again...
Di Perlis n Kedah once upon a time cakap oghang putih ,orangkata kita lupa kampung halaman. Asal usul.Tu la kot si Ucop lalui. Sebut saja BI kena perli...
As a BI teacher... rasa rugi juga bila lihat anak2 kita tersekat kemajuan bila tak boleh berbahasa kedua.Kerana stigma yang konon nya lupa agama,bangsa dan negara bila cakap BI. Pulakk.

Thats all folks.
This is my opinion... tak perlulah ribut2 ya.
Now ..learning Arabic is trending. Ahlan Wasahlan.

Ni main tembak tembak agaknya
Yang main This is my house,no mama tak jumpa pula gambarnya.

Sunday, August 30, 2020

Read on sonny....

Dah buku 4.
Buku 4 as in the set of books learnt in tadika.
Good boy. With the tadika on and off due to covid ,his presence to school is minimal.
But he has a good teacher . His mommy and ayah.

At his age barely touching 5, he is already full of tasks.
Learn the BM,BI and also the  muqaddam.
Not to miss,maths, science,history etc etc.

Dulu dulu, masa nenek umur sonny boy, we dont have to learn all these until we set foot in school. That was when we were 7 years old.
Alas, I couldnt remember much what I did then. Sure not learning the abc r one two three.
What I could remember was the carefree roam about time. The parit hell, the kebun buah orang, the kebun getah taukeh ah seng where we roamed searching for ikan laga.Main pondok2,rumah2 until kingdom comes.

My quest for reading came when I was in the upper primary and in the secondary. Mana I tak membaca. Tunggu bas pun boleh baca. Dalam bas pun ok juga. Dalam tandas saja tak boleh baca macam  orang sekarang buat. Kenapa? Sebab kena tekup muka.... busuuuuuk.

Read on pohim....good boy.

Saturday, August 29, 2020

Kelam kelibut...


Kelam kelibut,kelam kelibut dah setahun majlis perkahwinan di rumah cikson tahun lepas.
Setahun?
Macam tak percaya saja. 365 and a quarter day dah .
Pagi tadi ciksoncikli hantaq dua mempelai tu naik feri ke Langkawi.
Hope they have a wonderful time over there.

Memasuki kawasan jeti, kurang nampak kesibukan bas2 luar. Juga kereta2 plet luar yang bersusun sepanjang jalan.
Haaa..lega.. Orang tak ramailah kalau lihat keadaan begini.
Well then. Too early.
When we reached the jetty, its bursting to the seam. Panjang mengular panumpang2 feri dok beratur nak masuk terminal. Dekat2 saja mereka berdiri.
The new regulations made the front of the ferry terminal crowded rupanya.
Penumpang tak dibenar memasuki kawasan dalam sesuka hati macam dulu dulu. SOP kena ikut.

Kelam kelibut juga tuan badan menempah tiket ferry. Mujur last last dapat juga tiket on line. SOP ferry ni pula tak boleh beli tiket before hand di kaunter. Macam kita pi beli tiket bas express.

Harap2 mereka berdua taklah kelam kelibut di pulau nanti. Just enjoy the holiday.

Lepas tu kelam kelibut cikson pi Giant. Barang basah dan keperluan harian dah habis. Ramai juga orang. For your knowledge.rasanya ni lah kali pertama cikson pi Giant dalam tempoh PKP 1 hingga PKPP la ni. Nearly 5 months.

Kelam kelibut cari barang2 . Tak mau berlama2 . Tu pun hampir 260 . Kalau light and easy mau dua kali ganda harga yg dibayar.

Haha... lama2 sangat aman tenteram tak pi mana2, hari ni cikson buat busy. Ke sana kesini.
Dok plan nak pi jalan2 dengan anak2 cucu bulan 12 cuti hujung tahun ni. Ke pulau? Ikutlah. Tapi bulan 12 kan musim tengkujuh. Pantai timur tentu out of bound.

Thats all folks. Happy Saturday.Stay safe. Ikut SOP.Jangan dok kelam kelibut tak tentu hala.

Kelam kelibut? Kelam kabut kot... any which way lah.

Friday, August 28, 2020

Cerita laksa... berbagai rasa yang ada.


Laksa...ada berbagai rasa. Ikutlah yang mana anda suka.
Ada laksa kola
Ada laksa Kedah
Ada laksa Penang
Laksa Sarawak, Laksa Siam dan macam macam lagi.

Cikson minat laksa Penang dari semua jenis laksa. Then is laksa Kedah. Laksa Kola tak berapa. Just so so only.
Still remember those so called college days in Penang. Itulah mulanya jatuh suka dengan laksa Penang. Rasanya yang serba ada made me fall for it. Boleh kata tiap hari makan laksa kat kantin sekolah cum college.
Laksa Kedah yang ada sambal tu bolehlah telan.

Sekali tu rasa nak makan laksa . Buka petiais hanya ada ikan. Tak kelihatan daun kesom, bunga kantan dan seangkatan dengannya. But make laksa I must. So hari tu,cikson gigih masak laksa dengan just ikan ,cili,belacan...rasanya bolehlah dibayangkan. Tanpa daun kesom mana ada aromanya kan. Tapi itulah. Kalau nak sangat.
Tapi nak tau,habis sebungkus laksa . Me only. Itulah kempunan laksa namanya. Entah anak mana dah lupa.

Remember so well laksa pak harun di JPL. Mewangi saja laksanya bila tutup periuk kuah laksanya dibuka. Tertunggu2 kami bila pak harun akan ke kampung kami dengan laungan laksa, laksa. Sedap laksanya teringat sepanjang masa.

Ehh..teringat pula kat laksa.

Just if you wonder why I like to write all these stuff nowdays.. Tak lain tak bukan sebab kalau cikson pun dok minat nak tulis bab takiri, bab direct nego, bab cucu tokdet, tenggelam kita dalam these stuff.
Baaaanyak saaaangat! Lemas jadinya.
Nak mengata lebih2 perihal cucu TM , takut zuriat kita pula yang diuji begitu.
Just remembered my mom's words.
Jangan dok suka mengata hal anak cucu orang, sebab ke depan kita tak tau anak cucu kita macamana.
Mom,you are so correct. Dk tengok contoh banyak dah. Sapa yang suka mengata ,dialah yang dok melata...

Paragraphs diatas ku tulis semalam.
Terasa hambar . Ku pendamkan dalam draft.
Pagi ni ku tekan publish button.

These few weeks been having sleep problem.
Its taking a toll on my well being. Dah rasa nak jadi zombie.
Take care ya buat sahabat2 di Aman Jaya Kedah. TEMCO or PKPd dah di enforce dalam kawasan mereka. One family I know of resides in this area. Hope they do just fine.

Bye...stay safe, drive safe to those making interstate travels. Cuti Merdeka dah bermula.

Berpinggan2 boleh ku telan
Letak daun pudina, otak udang lagilah bertambah sakan.









Wednesday, August 26, 2020

Cerita yang tak ada cerita...


Done with my subuh parayer. Had a mug of nescafe with two pieces of roti 4 sagi. Thats usual.
Sibuk unggas unggas di laman RBL bersahut sahutan.
Dan dijalan menderu kereta berbagai ragam. Meluru macam tak berkesempatan. That usual too..

Semalam cikson saja tengok cerita pukul 10 malam.
Bidadari dari apa ke entah. Mira Filza dan abang sadao Zul Ariffin? jadi heronya.
Ceritanya... hmm meleret dgn dok tunjuk couple dok dating. Sat tepi pantai, sat tepi sawah,sat bawah gazebo sekolah..
Aiiih... orang tak mengata ka...
Lepas tu ada pula anak dara tak tau malu dok pi kejaq laki nak buat laki....hihi. Kesana kesini..so not Melayu punya style of kehidupan.
Yang lagi tak boleh absorb, kelaku anak kat emaknya. Asyik nak meninggi suara. Lantang saja kalau bercakap dengan ibunya...so juga tak Melayu and Islamic gitu.
Hmmm... but in real life ada juga yang begitu. Masih clear dalam ingatan garangnya anak pada ibunya. Doa ku bila aku dah tak berdaya,janganlah aku kena hadap macam dia....

Oh my... kenapa dalam drama2 melayu kebanyakannya mesti ada watak antagonist.Dalam PSP..Pelindung Seorang Puteri, mak mertua. Dalam Bidadari dari Syurga watak si emak yang garang pulak. Tak bolehkah buat cerita yang tak dak watak 2 ni...pompuan cenge2 ni.

Done with my cerita yang tak dak cerita...
Bye.


Tuesday, August 25, 2020

masak masak... cucuq tepung.


In case ada yang dok keliipok keliiipok tak tau apa nak mkn ptg2 or even malam. Ni cikson nak turunkanlah satu cara tapi boleh diberbagai rasa.

Cucuq tepung!

Basic.
Tepung gandum
Garam,gula ,teloq,minyak,garam.
Gaul rata.Tambah ayaq . Kacau sampai sebati.
Jadilah batter pertama atau basic cucuq tepung bodo bodo...
Cicah sambai or lebihan kuah kari,bolehlah survive hingga besok pagi.

Dari basic ke cucuq ubi kentang.
Ingredients... bancuhan tepung basic tadi.
Tambahlah kentang dadu, hirisan bawang, hirisan cili merah, ikan bilis.

Dari basic ke cucuq milo.
Ingredients... bancuhan tepung basic
Tambahlah sesudip milo.

Kalau malas nak goreng,lempengkan saja
Kita yang buat dia... so ikut sukalah nak lagu mana
Jangan dok ada dok mengomen... ehhh ni salah. Orang tak buat lagu niiii.

For me... cooking is an art.
The ingredients is a tool for you to create.
There's no right or wrong.

Masih terngiang ngiang ooooo.... eh kami tak masak macam tuuuu. To heaven with you. Nak kata hell tu teruk benar...

Lagi satu... rahsia cucuq kodok bulat bulat dan kembung.
Bancuhan tepung, pisang, gula dan garam,serta sedikit minyak.
Panaskan minyak biar banyak. Jangan kedekdut. Tokton dulu guna kuali kecil.
Basahkan hujung jari. Jemputlah adunan secukup nya. Tak kira lah nak besaq or kecik. Makcik suka sedang2. Tak kuasa nak buat kecik2.
Tunggu sat biar jemput2 tu dalam minyak. Lepas tu guna belakang sudip tu gentel2 cucuq tu. Buatlah sampai semua cucuq tu jadi bulat2 dan kembung2. Tu rahsianya.

Why is my bancuhan makcik letak minyak. Ni pun rahsia tokton yakni mak makcikson. Supaya cucuq apa2 pun yang kita masak akan jadi lembut sampai lama. Itu ja.

Thats all folks. My posting for today.
Actually ada banyak tugasan nak dibereskan. Bye.Selamat berminum pagi. Cikson ok saja breakfast dengan secawan nescafe dan dua keping roti 4 sagi...hehe.

gambar pinjam...

Monday, August 24, 2020

Masak masak... dari dapur RBL

Antara masakan dari dapur RBL.
Senang senang dan sempoi sempoi saja.
Tak ada yang fancy fancy . Tak ada yang blue ribbon.
Just to feed two mouths....

My policy...
Nak masak cara mana, nak bubuh apa,ikut suka. Yang penting kesudahannya. Sedap ke ditekak atau boleh boleh saja...itu pula terpulang pada kita yang memakannya.

Laksa cikson...no belacannn
Tapi ada kisahnya yang tak dapat dilupakan...

gulai cikson... rempah mak siti + faiza
Ni lah satu satunya resepi yang betul dan benar belajar dari tokton.

Bihun sup cikson..
Ikut suka nak baut macamana

Sup daging korban cara cikson
Rebus rebus jadinya..

Mee kuah cikson
Adakala ikut resepi
Adakala hentam sajalah ...apa apa saja pun jadi
Masuk dalam mulut, keluar balik juga nanti.

Sunday, August 23, 2020

Seronoknya diaaaaa.


Tumpang seronok makcik tengok dia seronok sakan.
Slurrrrp,slurrrrp bunyi  ice cream di makan.
Tepi pantai di Pahang .

So innocent.

Tengok dia menghayun badan kiri dan kanan,depan dan belakang,juga buat makcik gelak sakan.
Teringat kat aksi2 dua insan.
Ibunya dan auntienya masa masih kanak kanak kalau menari, tak boleh tahan tahan.
Terlopong makcik,mana mereka mewarisi bakat tarian
Makcik dan pakcik dua dua kalau menari ,orang ke depan kita kebelakang, orang ke kiri, kita ke kanan. No bakat langsung.
Namun semua itu tinggal kenangan. La ni kalau dok bergencok macam tu orang kata memalukan. Kena rasuk setaannn.
Haha....

Teringat juga makcik
Masa budak2 masih kecik
Makcik bagi saja galakan
Apa juga bakat mereka ada kami ketengahkan.
Supaya bila besar tak kempunan.
Tapi itulah.... kadangkala bila buat keputusan, ada juga rasanya kesalahan. Salah pilihan. Ada juga kemahuan ,kegemaran mereka yang makcik pakcik halang.

Just to share... Masa anak2 masih bersama kita, masih kecil,buatlah yang terbaik utk mereka. Jangan dihalang keseronokan mereka walau kita tak pernah rasa keseronokan itu kalau keseronokan itu tidak memudaratkan.
Isikan masa mereka dengan kegembiraan. Tolong mereka selagi terdaya. Bring out the best in them.
Korbankan perasaan kita. Kerana masa depan mereka sangat berharga.

I know I may not be the best mom. But I did better than I could have done.
Orang tak tahu apa masaalah yang kita hadapi kerana semua itu kita telan sendiri. Demi utk anak2
yang dikasihi.

Semoga anak anak, menantu2 ,cucu2 berjaya dalam kehidupan ditempuhi. Di jauhi segala onak dan duri. Jauh mereka dari buat sesuatu yang salah disisi undang undang. Macam ramai oarang la ni. VVIP atau rakyat marhaen. Menteri atau apa saja yang mereka jadi.

seronoknya makan aishhhhh



Seronok kalau lihat mereka seronok.
Dan tergambar keseronokan makan ice cream satu hari di Esplanade Kuantan. Slurrrp. Nyaman terasa

Bye. Enjoy your hols. With love from utagha.


Saturday, August 22, 2020

masak masak...DIY sup daging korban.


Tempoh hari cikson dapat se bag palastik daging korban.
Pemberiaan kawan baik cikina.
Tersimpan rapi dia yakni daging dalam topmost part of my refrigerator.
Hinggalah satu hari....

Ehh... tak lalu lah nak makan nasi harini.
Kita makan bihun sup nak?
So tengah hari tu tersedialah se periuk sedang sedang sup kaki lembu yang sedap pada tekak ciksoncikli...
Orang lain makan tak tahulah.... tawar kot. Sbb cikson tak berapa pemurah dengan garam. Dah ada HBP ni,kenalah less garam gitu...

Cara masak sup cara cikson.
Rebus lah segala tulang temulang dalam rice cooker. Jangan lupa pula kat dia. Haha...banyak dok tgk dlm MATJHI periuk jadi rentung akibat kealpaan .
Then... in a pot , tumislah segala maneka bahan tumisan. After that transferlah bahan2 rebusan tu. Spice up with enough salt, pepper. Then lastly shred a few stalks of ketumbar leaves. Well, thats what I did. Some dont like the taste of ketumbar buat I do. So who cares?

Semua orang tahu aiiiih masak sup. Quipped someone.
Just like to share , makan dengan minyak bawang putih and sambal cili yang buat sup ni berbeza rasa.
Kruppp krappp rasa bila pepak bawang putih goreng tu.

Rahsia bawang putih rangup...
Mince or cincang bawang putih secukupnya. In hot oil, fry the garlics. Kuning saja tutup api. Biar dia simmer dalam hot oil tu sampai berubah warna perang. Love the crunchy munchy feeling .


sup daging korban.

Add onssss...ada teloq sebijik, sambai cili kering, daun bawang, kobis celoq,daun ketumbar,tomato hiris.
Yang penyedapnya... bawang putih goreng krappp kruppp.


Jom makan...
Sedaaap..kata Fateh. Ehh tokwan Fateh.

Thats all folks. Enjoy the hols.
Tapi hubaya hubaya na...
Bye.

Friday, August 21, 2020

Rindu....


Cuti sekolah kan dah bermula.
Walau hanya 4,5 hari jua.
Meriah saja tgk jalanraya.
Bas bas yang dah lama tak kelihatan, nampak laju saja menderu dijalan depan RBL.
Haaa...baru nampak bas UTAMA melintas.
Nostalgia benar dengan bas ni kerana kerap benar berurusan dengannya.
Tentu pakcik drebar dan conductor terpinga pinga,mana perginya dua orang tua
Yang saban ketika menghantar si anak naik bas hingga bas hilang dari mata...
Setahun dah rasanya kita tak ke sana.
Rindu pula suasana stesen bas Kangar macam dulu dulu kala....haha.

Semalam terminal feri di Kuala Perlis penuh sesak.
Penumpang yang nak ke Langkawi berasak asak.
Hilang gundah gulana ,hilang SOP, hilang social distancing.
Macam covid 19 dah tak ada langsung..
Tapi rindu juga nak ke pulau sana.
Namun... kesihatan tak berapa nak mengizinkan semua.

Rindu juga kat anak cucu.
Kalau dulu, ets jadi penyambung rindu.
Sekarang dgn keadaan semasa yang tak menentu, takut kami nak ke mana mana lebih2 lagi naik kenderaan awam. So merindu boleh tunggu dulu.

Abang dah boleh membaca... lega.
At 4+ this is normal with kids now a day. Dulu2 lagi tak masuk darjah satu, tak tahu kita membaca apa lagi buat matematik. Itu makciksonlah....teringat sekolah pertama cikson di pekan Kulim .

Haa..as I was writing this,menderum sekumpulan motor dijalan.
Menuju Kuala la tu.Aku berkesimpulan.
Stay safe kawan kawan. Covid tak kenal kawan atau lawan. VVIP mau pun orang bawahan...

Bye.Salam Jumaat .




Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah 1442H

Salam Maal Hijrah 1142H loves.
Semoga hari hari mendatang sentiasa dalam sehat sejahtera, aman sentosa bahagiaaa.

A lot of things happening ,spinning right in our midst.
Some good, some bad.
Some acceptable, some downright apprehensive.

Yesterday it was abuzz with pakcik gelang pink sekali lagi.
Pakcik ni nampaknya dari pandangan mata seangkatan dengan mamak sivagangga.
Namun, ceritanya ada plot twist sedikit... ada beza.

Dia ke balai polis Sentul utk buat report.
Satu balai panic bila dia terlihat memakai gelang pink ditangan.
Balai ditutup, disanitasi dan pakcik gelang pink di bawa masuk ambulance terus ke hospital.
Rupanya rupanya dia bukan covidiot offender.
Dia hanya tidak ditanggalkan gelang pink tu semasa check out hospital. Bukan gelang quarantine pun.
Kesian dia....tak memasal jadi havoc.

Teringat cikson... cikli pun ada masa dulu dulu sangat suka pakai gelang pink lps keluar hsopital.
Kesana kesini dia pakai gelang pink KMC,HTF or HSB.
Mau la ni dok pakai macam tu, gempar jadinya .Silap2 kena bungkus naik ambulance terus pi wad covid. Naya kan!

Pelindung seorang Puteri rasanya malam ni dah sampai di end.
Sbb 25 hb nanti ada cerita baru.
Terbayang bayang character Saiful, Ghos ,Makndak Liza and Hazril after this.
For 2020... this tv series would be my no. one.
So relatable.

Salam Maal Hijrah 1442H folks.
Kalau jadi mertua jangan jadi Makndak Liza ya... respect your menantu,dan menantu tentu tak jadi hantuuuuu.
Bye.


Wednesday, August 19, 2020

Tak habis habis lagi kaaaa?

Rasa nak meloya,melugai,termuntah sejak semalam.
Kalau muda2 oghang kata nak boleh pulak.
Tapi tua tua ni... mesti ada yang tak kena.

Betul. Memang tak kena
Warganet pun ramai bersuara
Jelik, sunggoh.
Dan Datok? Tan Seri Polis? negara pun sama. Tak pasti gelaran terkini KPN.
Buka fb semalam ada staement dia..

Apa yang tak habis habis tu cikson?

Your guess?
Malaslah nak cakap.

Thats all folks. Hindarkan diri dari membuat keputusan yang salah.

Just to share... Tahap aku marah ni rasa macam nak sumpah  sapa2 yang buat fitnah ni. Sapa yang jadi tekong. Ehhh jangaaan. Cikli kata aku gedembai...

Bye.

Tuesday, August 18, 2020

tepung goreng mamak...


Raya Haji haritu cikten bawa balik beberapa bungkusan tepung berperisa.
Kita goreng mamak ayam tu nanti.
Dari sehari ke sehari, tepung tu masih dalam bungkusannya.
Hinggalah satu hari cikson menggunakanya. Buat sadur ayam.
Sedaaap!
Memang sedap rasa ayam yang bersalut tepung pemberian cikten.
Pedas2,masin....cukup rasa ala ala mamak punya restoran.

Ni nak promote tepung ni.....
Yang mengusahakanya katanya ibu tunggal dari Temerloh or is it Raub Pahang.
Berbaloi kalau dibeli.

Rempah ayam goreng mamak..
Boleh saja diguna utk ikan,sotong,udang
Kelmarin guna utk ikan temenung..wah macm ikan kat tanjung lumpur la.



Haha... dah seminggu cikson dok tgk botol tu belum di usik.
You ni, jem ni dah lama beli. Kenapa tak makan makan lagi.So pagi tu cikli cuba buka botol berisi jem tu.
Hey.. awat susah. Lepas I cungkil sikit keluaq minyak.
I took a closer look at the bottle of jam.
Ya rabbi... ni sambal hitam belimbing Pahang ciklin bawa balik raya tu.
Tu la... sampai hari ni cikson ingat botol tu botol jem.

sambal hitam ku sangka jem...

Begitu anak anak..
Bila balik saja ada saja buah tangan dari mereka.
Kalau dari Pahang tu adalah sambal hitam, ikan kering ,ikan bilis.
Juga selalu saja ada baju kaftan, kain tudung dll.
Terimakasih kakngah KL,cikten dan ciklin atas pemberian tudung dan kain batik .
Murah rezeki mama.
Teringat mama, masa tokton ada . Itulah tempat cikson bersedekah. Dan dia terima seadanya pemberian anak2 tanpa songeh. Biar corak tak ngam dijiwa dia tetap suka. Sebab itu orang suka beri padanya.. Rasa seronok bila dia menunjukkan rasa gembira.

Ya Jangan membuat si pemberi rasa tak dihargai. Kain diberi tak pernah dibuat baju. Lauk yang dihantar, ditolak ke tepi dan kita memakan masakannya sendiri walau lauk dua hari.
Lagi lagi bila ada kata kata begini...
Ehh buat apa bagi? Kami pun berlambak dah ni.
Kami tak makanlah macam ni.
Kami tak pakailah baju macam ni,warna macam ni....

Satu pengajaran dari abang ipar cikson lekat kat hati dan minda.
Ada orang bagi sesuatu kepada kami. Cikson masa tu masih muda. Tak berapa nak pandai budi bahasa.
Maka cikson pun kata... eh kami dah adalah yang ni. Buat apa bagi?
Setepek kena syarahan dia. Masa orang bagi walau seguni pun kita ada, terima dengan senang hati. Ucap terimakasih. Tak perlu bagi alasan apa2. Lebih baik lagi kita jamu semua orang dgn apa yang kita terima . Tentu penerima rasa dihargai. Bukan kita letak ketepi macam tak ada value.

In life...rempah tepung goreng mamak pun ada pengajaran yang didapati.
Hargai pemberian orang dan orang tak serik nak memberi lagi.
Kalau dapat baju ,pakai
Kalau dapat makanan ,makan.
Usah dikeji belakang belakang.......

Thats all folks...Bye.



Monday, August 17, 2020

Janganlah jadi Sepol....


Orang sibuk dengan 7HM tapi tidak cikson.
Series tv pukul 7 ptg jarang cikson tonton sbb cikli suka dok perli . Maghrib dekat dok ngadap tv. Pantang dia. So sebagai isteri mithali kena hormat kat suami. Tv tak tengok lah jamtu. Nak tgk rerun dia pun dah dinihari. Tua2 begini baik tidoq awal.

Tapi cikson dan cikli tak miss cerita ni... Pelindung seorang Puteri.Minggu ni last rasanya.
Jam sepuluh kami nanti. Channel Astro Ria .

Well... what makes we got hooked on this?
The characters, the actors,the actresses and the story line made you ternanti nanti apa lagi.Dan lagi.
What will happen next?

Sepol...Epul? Whos he?
Dia watak suami. Yang overdose mencintai isterinya si Ghos...hihi Ros. Lisasurihani kan susah nak sebut Rrrrr. Jadi Ghoslah
Mendapat someone yang mencintai kita adalah harapan setiap isteri. Wonderful worldkan kalau suami setiap hari setiap saat sayaaaaang kat kita. Tapi kalau dah sampai cemburu tak kena gaya, dok stalk isteri kemana saja...eeei thats scary...
Ada kawan saya yang tak boleh bebas buat kerja kerana suami tak bagi. Nak pi kursus tak boleh, nak ikut rombongan mana2 tak bagi. Nak meeting lebih sikit,laki dah dk tunggu kat bawah... so how ? Last2 dia minta berhenti walau dah jadi gb... Mujurlah saya diberi kebebasan utk bekerja... thank a lot suami ...

Coming back to watak Epul ni... dia ni sebenaqnya gila. Kena makan ubat. Tahap dia gila tu bukan esen esen. Dah sampai ada suara nak bunuh isteri. Dah sampai tahap mendera. Dan yang buat lagi huruhara ,mak dia . Dia tahu anak dia gila, anak dia pembawa masaalah tapi salah anak orang yang dicari. Bukan nak berterima kasih pada menantu yang baik macam Ros. Dibuatnya musuh. Heee... mmg sakit hatilah tengok.
Well... ada saja mak mentua macam tu. Tak tahu nak berterima kasih ada orang nak bela anak dia yang tak senonoh tu. Salah menantu cepat sangat dia pi terpa dok marah. Salah anak dia dia sorok dalam kelambu.

This week ending dia rasanya drama bersiri ni. Semalam thriller ada tunjuk Sepul .Epul lafaz talak satu kat Ros. So melo kan.

Walau ini cerita garapan namun bila diteliti ,mmg ada watak begini dalam hidup manusia. Pernahkan terjadi suami bunuh isteri kerana gila....Pernahkan mak mertua dok jadi musuh menantu kerana dok pikiaq anak dia molek belaka. Walhal sebaliknya...

Apa apa pun, didoakan semoga janganlah ada Sepol dalam keluargn juga mak Andak Liza sebagai mertua. Jahanam dunia..

Thats all folks. Bye.


Sunday, August 16, 2020

Dup dap dup dap rasa.....


Tengok gambaq ramai berjalanan , syoknya depa.
Kami... tak betah nak ke mana mana
Dengan kes virus covid19 dok membiak sini sana.

Cuti sekolah hujung minggu ni kan. Or is it next week.
Tentu jalan jalan satu Msia,rakyat Msia buat sakan.
Ada dah plan nak pi pantai timur, dan ada yg nak ke pulau .
Hubaya hubaya... pesan cikson pada anak2 menantu yang nak merantau.

Semalam, dekat Kola heboh seorang penjual goreng pisang postitif.
Pra pembedahan katanya bila dibuat saringan.
Banyak lah tempat yang terpalit ... hospital, flat , klinik dan beberapa tempat lagi.
Yang bimbang tu,Remedic,klinik yg cikson selalu kunjungi pun ditutup utk sanitasi. Pekerja dan pesakit seramai 22 orang dalam close contact.

Di Kedah pun menjadi jadi. Dan kebanyakan tempat itu ada ahli keluarga cikson mendiami. Semoga Allah lindungi mereka yang dikasihi. Tawar, SP,Yan,Kuala Muda,Sala,Kulim ada saja.

Ingat tak tiang TNB yang cikson bebel tempoh hari.
Dia buat hal lagi
Dah 3,4 malam bergelap jalan ni.
Aduhai TNB.... selagi tak report tak adalah yang akan datang membaiki. Bila jalan berliku gelap gulita macam2 kemungkinan boleh terjadi.

Cikli sekali lagi sibuk dengan bercucuk tanamnya. Semalam gigih dia menyangkul batas nak tanam pokok kacang dibelakang rumah. Tapi kesian la... sekejap menyangkul, sekejap duduk sambil menarik nafas. Sakit sakit pun tebiang juga nak berkebun. Itulah cikli. He does what he wants to do...
Baru 2,3 hari lepas saja cikson dan adik ipar hantar dia pi ER bila dia jatuh terlentang atas lantai.
Aduhai cikli.

Dup dap dup dap rasa setiap hari bila jam pukul 5. Berapa dan dimana bermain dikepala. Semalam 26. Hari ni entah berapa agaknya. Risau saya.

Thats all folks. Buat anak2 yang nak ke sini sana,ambil precautions ya. Patuhi SOP sentiasa. Baca doa.




Saturday, August 15, 2020

Mak cik gelang pink

Aduh,dah ribut pula hal ni.
K es makcik gelang pink . Kena RM 8k dan sehari penjara. Tak memasal.
Kesian ada.
Tak kesian pun ada.

Umur 71.Perempuan. Kena hadap tuan hakim. Kena tidur lokap semalam.... its not nice kan.
Tapi makcik ni bukan calang calang. Dia baru balik dari London katanya. Rasanya educated, bukan makcik kampung tak tau baca macam mak saya. Ehhh silap...macam banyak mak mak kita. For my mak walau tak masuk sekolah, dia tak buta huruf. Boleh baca surat kabar. Speaking pun dia faham sbb anak2 dia suka cakap orang putih. Hihi.

Ginilah... ada saja orang yang terlebih dewasa ni yang fikir kerana mereka lebih dewasa mereka lebih bijak. Tak takut apa apa. Nasihat orang tak mau pakai. Self righteous begitu.
Mungkin anak anak dah bagi nasihat supaya SAH. Dia yang nak ikut.
Degil. Mana boleh orang lain happy happy kat luar. Dia kena berkurung kat rumah.

Thats my assumption. Kerana banyak terjumpa dengan mereka yang begitu. Kata mereka absolute. No bangkang bangkang. Nanti keluar habis anak derhaka , anak tak dengar kata ,bukan  anak aku lagi...

Hope there's no more of this type of people. Harap tu apa yg terjadi kat makcik gelang pink ni jadi pengajaran kat kita semua. Jangan dok saja2 langgar undang undang negara. Macam sekarang bawa kereta sambil dok bermesej dan berbual di phone adalah kesalahan yg kena hadap tok hakim. Jangan degil boleh tak.
Makcikson sekali kena hadap tok hakim kat jalan Duta. Macam nak ceriberi masa tu. Tu pun bukan kena tuduh . Kalau kena tak tak taulah, pengsan ka apa....

Pesan kat diri... doakan selalu supaya kita tak salah buat keputusan.
Pesan kat anak cucu... jangan menyalahi undang undang. Jalani hidup bersederhana. Jangan suka membazir bla bla bla...

Haha... pagi pagi cuti ,mau dok fikir hal dunia... tak habis kemana.
Nak pi kemana mana takut sbb covid dok mengamuk belah Kedah sana.
Belah Perlis pun bukan aman sejahtera adanya...Sanglang tak jauh mana .
Ramai juga gang gelang pink dok bolosi TEMCO kabarnya.

Thats all folks. Patuhi SOP n SAH. Tak payahlah dok pi sana sini lagi selagi covid ni tak habih lagi. Risau pula makcik.


Friday, August 14, 2020

Tak tau laa nak


Tak tau la nak.
Kenapa perkara ni berlaku.
Bukan sekali,bukan dua kali ,tetapi berkali kali.
Bukan seorang tapi berorang orang... ie lebih dari seorang.

Aku masih ingat
Masa aku bekerja
Tak maunya aku nak buat kerja half past six.
Tak akan aku pass up work as directed cincai bocai, hele bele.

Aku juga tekankan perfect in work  utk murid muridku.
Tak baginya aku mereka suka suka garis free hand.
Tulisan bulat bulat,bukan kaih ayam
Meja kemas kemas,tidak herot petot barisan
Sampah,kertas tiada dilantai....

Bila kita buat kerja dengan sempurna, senang hati senang mata
Orang pun tak mengata...

Ehh..kenapa cikson bebel pagi pagi berkat ni.
Itulah..dah banyak hari dok rasa nak tulih hal ni.
Bimbang,pula takut cikson dikatakan banyak songeh.
Mengada ngada. Tak bersyukur.

Namun...write I must.

Gini ceritanya.....
Cikli sejak dua menjak ni selalu sakit kepala
Satu hari sampai tersungkur atas lantai.
Jadi putuslah satu sumber utk mendapatkan dan membeli barang kerperluan
Dengan kes sivagangga bergenuak, anak anak pun cuak.
Tak diberi mereka kami keluar ke pekan
Maka nak mencari groceries mereka uruskan. Mereka di KL dan Pahang. So bagaimana?
Satu petang barangan keperluan sampai. Berbeg2 ,berplastik2. Gembira tak terkira cikson atas sumbangan anak2 yang bersusah payah mencari runner dan membayar harga.

Namun.... kenapalah hantar barang begini runner oooi...
Ikan kembung layak dibuat baja.... dah pecah perut dan tanggal kepala
Minyak masak kenapa yang berpeket... kan telah dikabarkan 3kg sebotol.
Cili kering .... dah tak merah nak oooi. Hitam adala...

Kalaulah aku jadi awak runner, aku akan pastikan kepuasan hati penerima. Barang yang terbaik akan ku carikan utknya. Bukan yang aku capai ikut suka. Kenapa? A satisfied customer is a repeat customer.
Dulu ,aku pernah terima fruit basket yang sudah expired. Buah anggur dah lisut sanggup dihantar pada customer utk surprise delivery.
Juga satay yang keras keding macam plastik. For sure bukan satay fresh. Entah berapa hari punya yang di baar semula.
Juga nasi berlauk yang dagingnya hanya 2 urat....

Kecewa makcik dengan anak anak muda ini. Buat kerja tak memuaskan hati. Tak ada integriti. Bagaimana nak maju begini. Orang hanya sanggup terkena sekali. Bagi ketiga2 mereka yang begitu, sorrylah kamu dah tak masuk buku.... kami strike off berurusan dengan kamu!

Thats all folks...
Tak taulahhh nak... nampaknya kena keluar juga nampaknya. Or cari lain saluran buat urus niaga.
Beginilah nasib kami orang tua tua yg tak dak anak2 berdekatan. Susah berurusan.

Sekian.....
Last but not least... stay safe always. Covid19 belum reda. Ptg semalam ada cluster Tawar pula. To my brother over there, please be safe always...Bye.

antara barangan...
Add caption

Thursday, August 13, 2020

My visitor....


Hanya di masa cuti2 perayaan RBL meriah dengan pelawat.
Hari hari biasa , hanya ciklicikson dan dua ekor kucing yang ada.
Juga saki baki ayam2 peliharaan arwah FIL datang cari makan dan membuat sarang utk bertelor.
Calar balar iriz dan xtrail dibuat mereka
Riuh suara cikli dan cikson menghalau mereka...
Shoooooh, shoooooooh..baliklahhhhh!
Adakala bertempiaran mereka lari balik rumah oren
Adakala mereka buat tak tahu walau puas pintu dan tingkap diketuk utk menakutkan mereka.Selagi tiada siapa siapa yang keluar sergah mereka personally,mereka degil di sini.
Those ayams!

Kooo kooo ooooook
Loud and clear suara kokok ayam jantan.

Setiap hari burung2 chak rumah datang dan pergi di laman belakang rumah.
Juga burung2 kecil yang lain.
Terleka cikson dengan kehadiran mereka
Tangan membasuh pinggan mangkuk dan mata sekejap2 melirik arah pohon betik. Tempat kegemaran burung burung itu.

Son...my hubby beckoned me to the rear window of RBL."Son" tu panggilan suami pada cikson. Dia tak panggil sayang  or b macam orang la ni. Sejak dulu2 lagi. Hihi.
He had his handphone ready to take a snapshot of something on the guava tree.
Lekas.Satgi dia terbang.
There on the branch of the guava tree,a magnificent bird was resting.
It was bigger than the usual birds that visited us always.
Terkukur. Ni terkukur. And cikli made that sound that sometimes greeted us early morning.
Kurrrrkurrrrrrkurrrr....

Ohh ni la burung yang orang tu dok bawa perangkap hari tu. I recalled the day some folk came to our neighbourhood. Siap bawa perangkap burung.
Semoga burung ni selamat sejahtera selalu. Janganlah dia kena perangkap tu. I prayed.

Last night over tv astro, Pelindung Seorang Puteri was watched eagerly by the two of us. Adooi ..Syaiful. Seram la kalau dapat menantu macam dia. Kiamat dunia. Juga besan macam mak dia.

Thats all folks. Bye. Do good and good will come to you.


terkukur kata cikli.



Wednesday, August 12, 2020

Masak apa harini,mama?


Lama tak menulis tentang DIY no.
Masak memasak , kemas mengemas, reka mereka mmg hobi makcikson sejak azali.
Sejak remaja lagi cikson suka DIY.
Mengait, menjahit, memasak.... antaranya.
Dapur kayu bertungku jadi gelanggang cikson mula belajar.
Bagaimana menghidupkan api atas dapur itu memerlukan pengetahuan.
Juga menjaga kebersihan dapur itu juga satu kemestian.

Bila dah senang sikit, dapur kayu tokton berganti dengan dapur minyak tanah. Lepas itu dengan dapur gas...begitulah kami bertatih dalam menjalani kehidupan membesar.
Susah payah meredah bukit2 kecil dalam kebun getah dan membawa ranting2 kayu itu atas bahu dan kepala satu pengalaman.
Dirumah, kayu api itu dipotong dan di susun elok2 utk diguna.

Memasak satu tugas cikson. Lebih2 lagi masa cuti sekolah.
Masakan nenas bertelor....teringat pula kat masakan tu. Jadi permintaan saudara yang mengandung utk merasa..Proud wei kita.

Tentu cikson masak macam2 nu bila anak2 balik.Kata mertua.
Hmm diaa.. jawab cikli.
Semua dia nak jamu anak2. Tak suka pi beli beli bila anak2 balik.
Tapidia macam mengkelan bila tak sediakan bekalan nasi macam biasa masa anak2 dalam perjalanan balik tempoh hari.
Dia bekalkan bihun goreng saja...

Ehhh...tak banyak gambar ditangkap masakan yang cikson jamu anak2,menantu2 ,cucu2.

Tapi dia belajar cara masak nasi goreng cina dari anaknya... Ni dia gambarnya. Namun kata cikli, ngc cikson sikit kurang dari masakan cikten... huhu.

ngc cikson style...
Walau memasak lebih dari setengah abad, namun masih perlu berlajar dari orang muda. Tak lah boleh kata,aku tau semuanya...
Tak boleh mendabik dada. Gitu semestinya.

Thats all folks. Stay safe always. Patuhi SOP .

Tuesday, August 11, 2020

Lindungi kami...

Semalam, satu lagi .
Tambah ribut kehidupan umat.
Letupan gunung berapi pula ,walau jauh di bumi negara jiran.kita juga mungkin terkesan.
Menurut MET. tiupan angin mungkin membawa debunya ke daerah daerah sebelah kita. Perlis juga dijangka mendapat tempias.
Pagi ini pun dah terasa panas berlaianan dari pagi2 biasa

Melihat kehancuran Beirut buat kita terpegun.
Tak mustahil diempat lain perkara begini boleh terjadi.
Pagi ni terbaca seluruh kabinet negara itu meletak jawatan.
Sudahlah bencana letupan maha dahsyat itu memperok perandakan ribuan warga Beirut, kacau bilau selepas itu lagi lah menghimpit.
Semoga bumi Malaysia kita terhindar dari ujian begini perit.

Sekian lama cikson tak buka dan ikut berita di tv.
Banyak sangat cerita dan berita kemusnahan
Dan kadangkala terlampau disogok berita 2 begini buat diri rasa tertekan.

TEMCO officially was placed in the 2 kampungs in Perlis yesterday.
Till a specific date sometime in September, people under TEMCO would be forbidden to leave their area.
But yesterday, there was this story of one Napoh TEMCOan was seen shopping in TESCO,Jitra.Wearing their pink wrist band, their presence is much feared anywhere.
As to date...700 people are still waiting for their test results. In Sanglang.

It has been days ,ciklicikson leave their house. Except to ER the other day.
Takut juga sekarang ni nak kemana2.

Thats all folks. Take good care of yourselves and your loved ones. Bye.
Lindungi kami ya Allah.




Monday, August 10, 2020

the covidiots...


Just now I came across a new vocab...covidiots. Aha..covid idiots.

And last nights as I watched the news I saw quite a number of them.
Its compulsory to wear a mask in public. Yes,they condone to it. They follow it. As wear a mask they must if not.... RM 1k la jawabnya.
But why should they pull down their mask under their nose?
Dont they realise that its not only the mouth that could spread the virus but their nostrils too!
Breathing and talking could .
And if they sneeze, the deadly covid19 virus could be spread metres away.

Pakailah mask tutup lubang hidung and lubang mulut ya!

And there was this news about a young guy being booked for pulling the mask down his chin in an LRT station.
Ada yang marah pihak berkuasa yang saman budak tu.
Well...jangan kiralah sapa. Yang tak ikut peraturan ,saman saja.
Tak kira lah tua,muda, yang orang jalan kaki atau VVIP. Jangan pilih2.
Yang muda pun kalau tak diberi saman, mungkin ingat mereka terlepas dari tanggungjawab mematuhi SOP covid ni.

What if that very boy is an asyomatic eh that term about not having symptom . Mau ke jadi sivagangga?
The incident under the tent of the ER clinic is really a knee jerk.
Mau budak yang batuk sambil buka mask dia tu covid mamp**h semua oghang. Dahla Peghelih la ni oghang dok kalut bab covid ni. Gitu juga pompuan yang batuk masa kat kedai makan di Kola.
Adoihhh...
La ni musim batuk sana sini.

Pagi ni LGE kena tuduh kat mahkamah Bworth. Minta2 tu penyokong dia patuhilah SOP . Jaga penjarakan, pakai mask dan bawa hand sanitiser.....

Jangan jadi covidiots ya.
Bimbang makcik.

bagaimana memakai facemask 

salah lagu ni...
Thats all folks. Stay safe ya.

Sunday, August 9, 2020

What's Up,Perlis?..... TEMCO is here!

What's up Perlis?
This is the usual question my children would ask me. Whenever they call home.

Quiet.
More quiet than ususal.

Yesterday I accompanied cikli to the ER of Hospital Tunku Fauziah,Kangar.
 He has been having his bout of dizziness yang lain macam aja these last few days.
The road towards the hospital is eerily empty save for a few cars. The feeling is like we are under lockdown came over me.

Not that many people in ER and soon cikli was attended to . Noticed that the ambience of the ER isnt it normal self. There are tents erected where patients could wait for their turn for treatments. And there are cabins for Covid19 testing. Health personnels in full PPE gears were seen entering and cming out from there.

"Ada patient suspected covid dalam tu " cikli told me later. Ewe.
The few patients waiting for their doctor came with a number of illnesses. A few were seen and heard coughing. Musim demam la ni. But one loud cough made me turned around.
Ya rabbi! Dah batuk pi buka mask pulak!
Adoooi... a young girl was coughing without her mask on a few metres away from where I was seated.
I gave her a look and she pulled up her mask.
Pakailah mask dik na sentiasa. Especially when you cough. B*ng*kkkk! Macam nak pi tarik telinga dia saja.

TEMCO was eventually in placed at 2 kampungs in southern Perlis yesterday evening. Kuala Sanglang and Kampung Pulau Timbul was put under the restraining order due to the increasing number of covid patients there. Semua sbb mamak nasi kandaq Sivagangga tu. Adoiii.
Today yet another 500 residents of that area would be subjected to swab tests. Kesian depa.



the sleepy hollow of pekan Kuala Sanglang

its a fishing village.


Thank you cikten and kakak2 . Cikten searched for runner to buy groceries for RBL as cikli wouldnt be able to be around . And around 5, the groceries arrived safely. Bimbang depa takut mak mereka dok merayau pi kedai . Mau sebulan ration yang dihantar. Alhamdulillah.

Semoga wabak yang melanda sekarang cepat berlalu pergi dan kita boleh menjalani kehidupan harian tanpa bimbang lagi.

Bye,folks. Stay safe ya.

Friday, August 7, 2020

Pelindung Seorang Puteri....


Aku dan suami mengikuti siri ini yang sedang bersiaran.
Astro 104 setiap jam 10 Isnin hingga Khamis.
Pelindung Seorang Puteri kami nanti...I give thumbs up for the series. The actor Farid Kamil ,the heroine Lisa Surihani, the mother in law,father in law semua lakonan superb. Geram ada,kesian ada.

Anak gadis di tipu  suami orang,kita lihat berlambak dalam kehidupan seharian. Gaji besar,kereta besar tapi pokai. Mengikis duit dan menabur cerita tentang keburukan isteri rasanya strategi suami yang biasa diguna.
Ehh tiba2 episod pilot pokai buat cerita melodrama macam baru berlaku. Entah apa kesudahan cerita dia.....

Mulut longkang mak mertua. Ehh banyaklah dalam dunia. Ada berlambak. Rasa nak ganyang saja mulut mak andak lakonan  tu. Keburukan menantu dia nampak sangat sedangkan anak sendiri tunggu masa saja nak meletup . Mengandung diluar nikah. Itulah bila sibuk memburukkan orang, buruk anak sendiri sudah tentu dia tak perasan.
Kisah mak mertua sakit hati dekat  menantu sedangkan anaknya macam hantu banyak berlaku. Harap aku tak begitu. Anak2 menantu aku sayang . Dan mereka juga sayang padaku. Itu doaku.Aku hormat mereka dan mereka hormati aku. Its mutualkan.Kalau kita tak hormat menantu masakan menantu nak hormat kita.

Farid Kamil as an overly protective husband lakonannya sangat berkesan. Dalam dok sayang boleh jadi pendera. Bahaya jugakan kalau dapat suami begini. Bukan tak ada suami yang bunuh isteri kerana terlalu cemburu.

Aku rasalah.... cerita ini yang ditulis oleh penulisnya mungkin berasal dari cerita benar. Sebabnya....watak watak dalam tu macam orang orang yang pernah aku jumpa....atau aku baca kisah benarnya bila jadi berita.

adaptasi dari novel rupanya...
 Salute mereka yang boleh berkarya . Bukan semua orang yang ada idea boleh berkarya . Selalunya cerita dipendam saja.

After the calm....


It has been nearly half a year my life been sober.
There's no hurry to see the eye Specialist at HSB,Alor Setar.
There's no worry about the parking space there.
No worry too of how long the appointment would last that day.
All since cikli was seconded back to HTF in Kangar.

And I thought my work is over.
I could breathe normally, do housework as per normal housewife.
Then cikli imparted this news to me this afternoon over lunch at Andaman.
I may have to undergo dialisis .... cuci kidney come this October.
Tu la dok rasa pening, loya. Ingat sbb makan daging banyak.

Thoughts came fleeting by. My late sister was a dialysis patient . She succumbed to the sickness few years back after enduring the routine for a couple of years.
Pictures of her after dialysis came to my mind.
Letih lesu....
With lesions on her arms where the needles went.

Thoughts too came on how I would able to handle this coming phase.
My health is not in the pink of form.
Been having HBP , knee pain, lethargic and an assortment of sickness now and then.
Am I able to cope alone.

Then a memory came by....loud and clear.Senangnya berkata.
May Allah grants me the strength to go through all these.


Thursday, August 6, 2020

Bagai tiang letrik TNB

On off on off,lampu letrik nan satu ni.
Sekejap ada sekejap tiada.
Begitu lampau jalan di tiang TNB depan rumah kami.
Berkali kali nombor aduan kerosakan TNB dipanggil.
Berkali kali technician dari TNB datang mengganti bulb lampu yang terpadam.
Besok besoknya bulb padam lagi.
Jalan berliku ini gelap kembali.
Tuan rumah RBL talipon TNB kembali
TNB datang tukar bulb lagi..... alahai
Process ini berterusan lagi dan lagi . Jemu kami.

Tuan TNB, boleh tak tuan berfikir kenapa jadi begini.
Kenapa cepatnya mentol lampu jalan yang satu ni kena berganti lagi dan lagi.
Tak kan nak ganti mentol berkali kali sedangkan penyakitnya bukan lampu tapi tiang itu sendiri. Itu rasa kami. Rakyat marhaen yang memerhati...

Teringat saya masa menjawat jawatan.
Seboleh bolehnya saya tidak suka kerja repeated again and again.
Contohnya mencari data.... tarikh, nombor akaun ,alamat dll yang selalu diminta kita isikan.
Maka setiap kali data dipinta, kena kelilingkan borang utk cikgu2 isi sebelum dapat diproses. Maka kelewatan pasti akan berlaku bila semua data tidak dipenuhi. Jenuh kena ligan mereka yang belum berbuat begitu.
Itu baru satu borang. Kalau sepuluh? Bagaimana?
Masa tu belum wujud pangkalan data berkomputer. Maka cikson cari jalan kumpul semua data dan letak atas meja. Tugas sebagai pentadbir lancar bila bab data cikgu diminta. Malah meja cikson jadi tumpuan sesiapa yang ingin mendapatkan data..... pengalaman sebagai PK aka penolong kanan.

Masa jadi guru penolong, cikson bangunkan check list utk kerja kerja murid. Satu hari seorang penjaga datang komplen cikson discriminate anaknya. Marah anaknya. Lepas penjaga balik, GB datang jumpa cikson. Maka dengan senang hati,cikson tunjuk wall chart kemajuan murid. Siapa yang culas hantar kerja . Terlopong GB.... hihi.

Begitu juga dengan harta benda sekolah. Cikson bangunkan sistem utk tahu berapa banyak kerusi, meja, dll ,dimana mereka ditempatkan dll. Jadi nak tahu di mana tv tahun bila ditempatkan ,buka saja file. Masa tu belum lagi ada sistem baru perolehan.

Well... dalam banyak2 guru , cikson terkenal dengan checklist. Nak tau siapa buat kerja apa utk tukang kebun, siapa ambil cuti bila bagi staf, markah prestasi setiap tahun staf ....buka buku atau file saja.

Haha... kalau TNB buat sistem tiang letrik bermasaalah, tentu mereka tak tukar bulb saja. Tentu mereka cari sebab kenapa bulb lampu tu kerap terpadam.
Tak gitu?

Thats all folks
TNB jangan marah ya

Wednesday, August 5, 2020

Alahai cucu!

Kepulangan mereka sepanjang cuti Hari Raya Haji sunggoh mengujakan kami. Yakni ciklicikson suami isteri. Hampir 4 bulan tidak bersua akibat kawalan pergerakan. Rindu tak boleh digambarkan. Hanya video dan gambar sebagai ganti..kesian kat kami...

Macam macam dah boleh dua beradik tu. Gelagat dan kebolehan juga kepetahan.

Adik...2 tahun 7 bulan. Lelaki.
Vocabulary dia bukan seperti budak2 zaman dulu. Bukan kamus bahasa anak2 kecil dua tahun zaman 90an.
Terdengar dia merengek suruh ibu dia install game dalam phone utk dia.
Dia mencari password
Tahu dia internet low coverage.
Lihat botol cecair hand sanistiser laju saja sebut corona,corona.
Cara dia handle phone lebih laju dari tokwannya. Laju saja tangan scroll. Cari video kegemaran utk dia ikut menyanyi dan menari.
Mengajuk orang his forte...

Abang...4 tahun 10 bulan. Bln 10 baru 5 tahun. 
Dah boleh buat addition dua digit tanpa mengira. Spontan saja dia bagi jawapan *8+5. Mental arithmetic gitu.Boleh dah hafal multiplication @ X2.
Dah boleh membaca. Laju dia baca nama contact dalam phone auntie dia. Juga ayat ayat in BM and BI
Hafal lirik lagu budak Tebing termasuk rapt .
Hafal surah al fatehah
Bab jadi juru cakap nombor one. Macam bertih saja.

Kesian mereka dekat rumah tok tiada mainan seperti di KL home. Maka bila ada kotak kosong bekas kipas ,lama mereka berkarya dengan kotak itu. Lebih2 si adik.Macam2 lagak dia...


Macam2 make believe mereka....
                                                            kapal ke tongkang sedang belayar

                                                                     space ship ye

                                                                  jack in the box...SURPRISE!

                                                           boleh jadi hotel ala2 Tune Hotel

                                                           Ni pula rakit ala2 Robinson Crusoe.

Syukur sangat 4 hari mereka di RBL terhibur hati kami...
Sekarang RBL sunyi sepi. Hanya kadangkala bunyi unggas menghiburkan hati..

Thats all folks..bye.


Tuesday, August 4, 2020

Haghu bighu

Semalam cikson garapkan sebuah coretan ttg keletah cucu cucu. Ingat nak publish pagi ni.
But  only the title  remains. The story is gone!
GONE!
However its stated that it was published on 3/8/2020 21:52
Check balik tak ada pun..

Heyy..apa yang dah jadi? 
Blogger baru ni mmg lagu ni ka? Haru biru. Button utk save posting pun tak nampak.

Sejak beberapa lama bila buka blogger,terpampang 1 notice.
Yang blogger akan berwadah baru. 
Yang lama dah jadi legacy.

Haghu bighu juga keadaan diutara Kedah.
Kes Sivagangga buat ramai terkena
Harini dah 21 yang dijangkiti. Mujur tiada yang mati.
Akibat tidak kepatuhan WBN kepada undang2 negara , sengsara kita semua.
Berpuluh tadika ,taska ditutup.
TEMCO pula utk beberapa kawasan di Kubang Pasu.

Teringat masa di restoran ikan bakar Kola Peghelih.
Malam tu anak2 dan menantu2 mencuba tempat baru. 
Orang bersesak. Penuh meja
Ada yang dilihat memakai mask dan ada yang tidak. 
Masa berseliseh dengan seorang wanita ,dia terbatuk batuk. Dekat sangat. Dah la tak pakai mask. 
Aduh...bimbangnya . Mau dia dari daerah Kubang Pasu...haghu!

Banyak lagi yang haghu bighu ....
Terasa hati tapi lebih baik membisu.
Nun dikejauhan kedengaran sang ungka sedang berbunyi.
Apalah agaknya sedang dibebelnya.......



Monday, August 3, 2020

Eiduladha of 2020 @ RBL

Eidul Adha 2020 came and go.
Today,the 4th day of Raya Haji as we commoners put it ,its back to the square one....empty nest for the tiny abode.
The brood went back to their roosting place yesterday noon after a 4 day stay .
Ciklin came with her hubby.
Cikten came with hubby,the cucus and cikina in tow.
Only the elusive sonny bonny didnt come home for the raya as he had returned earlier and had to work until raya eve. Poor soul.

Cikson had her hands full dishing her family favourite dishes.
Hmm..lets see what we filled our stomachs with....
Rendang ayam pedas with ketupat
Spagetti masakan cikten
Asam pedas ikan parang kegemaran cikina
Gulai kepala ikan
Mee kuah special
Bihun goreng cina and bihun goreng cikson.
And fro the first time ever we had bbq in the yard with ciklin and hubby as chef. Quite a spread and the chicken,lamb and beef marinated with a special recipe from Pahang..... sedaaap.

With covid still ravaging, we didnt go visiting nor did we receive visitors.
Sivagangga mamak shop was just a 30 minutes drive away. Its scary reading the extent of the infection.
Today the area is under lockdown. TEMCO as it is named.

We had ikan bakar at a new venue. 
Jemulah asyik komalaut saja, said my children.
So on hari raya haji night ,we booked a table at Diya Ikan Bakar. For RM 163 for 6 adults its relatively cheap. The food second only to Mona.
People were seen wearing mask as it was already the 1st of August. But one particular really annoyed me. She was without one and nonchalantly walked around the premise. Then... Hukhuk... she coughed.
I gave her an annoyed look. Isssh dok batuk pulak. Dah la tak pakai mask! Harap2 tu janganlah dia mai dari Napoh.

All the raya haji visitors went home yestreday. Today they may be dead tired after a 12 hour journey. Kesiannya.
Dah la hari ni kena kerja! Double kesiannya.

Anyhow...syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah dapat berkumpul dengan anak2,cucu2 dan menantu raya ni. After a quiet Eidul Fitri, Eidul Adha came with a sparkle in our hearts. 

Bye...Salam Eidul Adha yang tertunda folks.