Aku dan suami mengikuti siri ini yang sedang bersiaran.
Astro 104 setiap jam 10 Isnin hingga Khamis.
Pelindung Seorang Puteri kami nanti...I give thumbs up for the series. The actor Farid Kamil ,the heroine Lisa Surihani, the mother in law,father in law semua lakonan superb. Geram ada,kesian ada.
Anak gadis di tipu suami orang,kita lihat berlambak dalam kehidupan seharian. Gaji besar,kereta besar tapi pokai. Mengikis duit dan menabur cerita tentang keburukan isteri rasanya strategi suami yang biasa diguna.
Ehh tiba2 episod pilot pokai buat cerita melodrama macam baru berlaku. Entah apa kesudahan cerita dia.....
Mulut longkang mak mertua. Ehh banyaklah dalam dunia. Ada berlambak. Rasa nak ganyang saja mulut mak andak lakonan tu. Keburukan menantu dia nampak sangat sedangkan anak sendiri tunggu masa saja nak meletup . Mengandung diluar nikah. Itulah bila sibuk memburukkan orang, buruk anak sendiri sudah tentu dia tak perasan.
Kisah mak mertua sakit hati dekat menantu sedangkan anaknya macam hantu banyak berlaku. Harap aku tak begitu. Anak2 menantu aku sayang . Dan mereka juga sayang padaku. Itu doaku.Aku hormat mereka dan mereka hormati aku. Its mutualkan.Kalau kita tak hormat menantu masakan menantu nak hormat kita.
Farid Kamil as an overly protective husband lakonannya sangat berkesan. Dalam dok sayang boleh jadi pendera. Bahaya jugakan kalau dapat suami begini. Bukan tak ada suami yang bunuh isteri kerana terlalu cemburu.
Aku rasalah.... cerita ini yang ditulis oleh penulisnya mungkin berasal dari cerita benar. Sebabnya....watak watak dalam tu macam orang orang yang pernah aku jumpa....atau aku baca kisah benarnya bila jadi berita.
adaptasi dari novel rupanya... |
tak pernah nampak pun cerita ni kat TV..atau ammi yg jarang on TV for my ownself agaknya.
ReplyDeleteSedap cerita ni Ammi. Tak meleret2 dan merapu dana. Betul la,selalunya kita ni beralah bab remote tv. Selalu dapat kat anak2 cucu dulu. Atau suami...haha.
Delete