Saturday, August 15, 2020

Mak cik gelang pink

Aduh,dah ribut pula hal ni.
K es makcik gelang pink . Kena RM 8k dan sehari penjara. Tak memasal.
Kesian ada.
Tak kesian pun ada.

Umur 71.Perempuan. Kena hadap tuan hakim. Kena tidur lokap semalam.... its not nice kan.
Tapi makcik ni bukan calang calang. Dia baru balik dari London katanya. Rasanya educated, bukan makcik kampung tak tau baca macam mak saya. Ehhh silap...macam banyak mak mak kita. For my mak walau tak masuk sekolah, dia tak buta huruf. Boleh baca surat kabar. Speaking pun dia faham sbb anak2 dia suka cakap orang putih. Hihi.

Ginilah... ada saja orang yang terlebih dewasa ni yang fikir kerana mereka lebih dewasa mereka lebih bijak. Tak takut apa apa. Nasihat orang tak mau pakai. Self righteous begitu.
Mungkin anak anak dah bagi nasihat supaya SAH. Dia yang nak ikut.
Degil. Mana boleh orang lain happy happy kat luar. Dia kena berkurung kat rumah.

Thats my assumption. Kerana banyak terjumpa dengan mereka yang begitu. Kata mereka absolute. No bangkang bangkang. Nanti keluar habis anak derhaka , anak tak dengar kata ,bukan  anak aku lagi...

Hope there's no more of this type of people. Harap tu apa yg terjadi kat makcik gelang pink ni jadi pengajaran kat kita semua. Jangan dok saja2 langgar undang undang negara. Macam sekarang bawa kereta sambil dok bermesej dan berbual di phone adalah kesalahan yg kena hadap tok hakim. Jangan degil boleh tak.
Makcikson sekali kena hadap tok hakim kat jalan Duta. Macam nak ceriberi masa tu. Tu pun bukan kena tuduh . Kalau kena tak tak taulah, pengsan ka apa....

Pesan kat diri... doakan selalu supaya kita tak salah buat keputusan.
Pesan kat anak cucu... jangan menyalahi undang undang. Jalani hidup bersederhana. Jangan suka membazir bla bla bla...

Haha... pagi pagi cuti ,mau dok fikir hal dunia... tak habis kemana.
Nak pi kemana mana takut sbb covid dok mengamuk belah Kedah sana.
Belah Perlis pun bukan aman sejahtera adanya...Sanglang tak jauh mana .
Ramai juga gang gelang pink dok bolosi TEMCO kabarnya.

Thats all folks. Patuhi SOP n SAH. Tak payahlah dok pi sana sini lagi selagi covid ni tak habih lagi. Risau pula makcik.


No comments:

Post a Comment