Sunday, August 23, 2020

Seronoknya diaaaaa.


Tumpang seronok makcik tengok dia seronok sakan.
Slurrrrp,slurrrrp bunyi  ice cream di makan.
Tepi pantai di Pahang .

So innocent.

Tengok dia menghayun badan kiri dan kanan,depan dan belakang,juga buat makcik gelak sakan.
Teringat kat aksi2 dua insan.
Ibunya dan auntienya masa masih kanak kanak kalau menari, tak boleh tahan tahan.
Terlopong makcik,mana mereka mewarisi bakat tarian
Makcik dan pakcik dua dua kalau menari ,orang ke depan kita kebelakang, orang ke kiri, kita ke kanan. No bakat langsung.
Namun semua itu tinggal kenangan. La ni kalau dok bergencok macam tu orang kata memalukan. Kena rasuk setaannn.
Haha....

Teringat juga makcik
Masa budak2 masih kecik
Makcik bagi saja galakan
Apa juga bakat mereka ada kami ketengahkan.
Supaya bila besar tak kempunan.
Tapi itulah.... kadangkala bila buat keputusan, ada juga rasanya kesalahan. Salah pilihan. Ada juga kemahuan ,kegemaran mereka yang makcik pakcik halang.

Just to share... Masa anak2 masih bersama kita, masih kecil,buatlah yang terbaik utk mereka. Jangan dihalang keseronokan mereka walau kita tak pernah rasa keseronokan itu kalau keseronokan itu tidak memudaratkan.
Isikan masa mereka dengan kegembiraan. Tolong mereka selagi terdaya. Bring out the best in them.
Korbankan perasaan kita. Kerana masa depan mereka sangat berharga.

I know I may not be the best mom. But I did better than I could have done.
Orang tak tahu apa masaalah yang kita hadapi kerana semua itu kita telan sendiri. Demi utk anak2
yang dikasihi.

Semoga anak anak, menantu2 ,cucu2 berjaya dalam kehidupan ditempuhi. Di jauhi segala onak dan duri. Jauh mereka dari buat sesuatu yang salah disisi undang undang. Macam ramai oarang la ni. VVIP atau rakyat marhaen. Menteri atau apa saja yang mereka jadi.

seronoknya makan aishhhhh



Seronok kalau lihat mereka seronok.
Dan tergambar keseronokan makan ice cream satu hari di Esplanade Kuantan. Slurrrp. Nyaman terasa

Bye. Enjoy your hols. With love from utagha.


No comments:

Post a Comment