Friday, August 21, 2020

Rindu....


Cuti sekolah kan dah bermula.
Walau hanya 4,5 hari jua.
Meriah saja tgk jalanraya.
Bas bas yang dah lama tak kelihatan, nampak laju saja menderu dijalan depan RBL.
Haaa...baru nampak bas UTAMA melintas.
Nostalgia benar dengan bas ni kerana kerap benar berurusan dengannya.
Tentu pakcik drebar dan conductor terpinga pinga,mana perginya dua orang tua
Yang saban ketika menghantar si anak naik bas hingga bas hilang dari mata...
Setahun dah rasanya kita tak ke sana.
Rindu pula suasana stesen bas Kangar macam dulu dulu kala....haha.

Semalam terminal feri di Kuala Perlis penuh sesak.
Penumpang yang nak ke Langkawi berasak asak.
Hilang gundah gulana ,hilang SOP, hilang social distancing.
Macam covid 19 dah tak ada langsung..
Tapi rindu juga nak ke pulau sana.
Namun... kesihatan tak berapa nak mengizinkan semua.

Rindu juga kat anak cucu.
Kalau dulu, ets jadi penyambung rindu.
Sekarang dgn keadaan semasa yang tak menentu, takut kami nak ke mana mana lebih2 lagi naik kenderaan awam. So merindu boleh tunggu dulu.

Abang dah boleh membaca... lega.
At 4+ this is normal with kids now a day. Dulu2 lagi tak masuk darjah satu, tak tahu kita membaca apa lagi buat matematik. Itu makciksonlah....teringat sekolah pertama cikson di pekan Kulim .

Haa..as I was writing this,menderum sekumpulan motor dijalan.
Menuju Kuala la tu.Aku berkesimpulan.
Stay safe kawan kawan. Covid tak kenal kawan atau lawan. VVIP mau pun orang bawahan...

Bye.Salam Jumaat .




No comments:

Post a Comment