Aku sebahagian dari mereka. Begitu juga dua anak anak ku.
Ya kami guru..dan aku bekas guru yg berkhidmat hampir 40 tahun lamanya.
Mendengar cerita dan berita mereka buat aku kelu. Bisu. .
Bisu dan kelu mengikuti cerita guru yang sedang menghadapi cabaran. Salah belum terbukti tetapi sudah diadili . Dijatuh hukuman walau belum dihadapkan ke pengadilan.
Kisah guru ,murid dan handphone.
Kisah murid,guru dan rotan
Kisah guru dan guru guru di bilik mesyuarat
Juga beratus kisah sekolah yang terakam.
Forum, media berebut untuk menyiarkan kisah kisah sekolah. Netizen pula hakimnya.
Maka ...apakah impak pada dunia pendidikan kita?
Looking back..
I was in school in the 60's. Hehe zaman dinasor lagi.
Beragam guru ditemui. Penyayang dan juga yang ranggi. Sedih bila dimarahi ,gembira bila dipuji.
Masa berlalu, aku pun guru.
Setiap perjalanan dihadapi walau kadang kadang rasa tersembam ditengah jalan.
Dan akhirnya dapat aku berada diluar spektra. Jadi pelihat saja...
Aduh... banyak benar cabaran masakini dalam pendidikan ya..
Thats all folks. Coretan saya.
No comments:
Post a Comment