Monday, September 5, 2016

UPSR ? .....

Hujan pagi ini.Basah bumi.
Anak anak ke sekolah tentu basah esp yang berjalan kaki.
Adakala payung or baju hujan pun tak terbeli.
Lebih2 lagi kalau yang nak isi perut pun susah sekali
Lainlah yang berkereta dichauffer pulang dan pergi.

Harini UPSR?
Aduh... sekian lama aku lost connection dengan dunia pendidikan.
Hampir lapan tahun ...dunia itu aku tinggalkan.

Namun ingatan masih terang
Tentang satu,dua atau tiga hari keramat buat sekolah rendah.
Peperiksaan kerajaan yang tak boleh diambil mudah
Macam macam kerenah...
Kehendak ibubapa yang mahu yg terbaik buat anak anak
Juga jabatan dan kementerian yang akan buat analisis tak sudah sudah
Compare sekolah itu dengan sekolah ini.
Ada benchmark lagi.
Kalau sekolah A boleh buat kenapa sekolah Zee corot sekali.
Tahun hadapan akan berkampunglah segala jemaah nazir dari pagi sampai petang.Gali itu gali ini.
Yang kena bambu....tentulah GB.

Teringat aku akan persediaan.
Ada sekolah beri tuition dari siang sampai malam
Dari pekan sampai hutan
Atas nama kecemerlangan.

Dewan disedia bukan calang calang ya
Kena ikut standard operation procedure.
Bukan boleh ikut suka.Kalau tak JPN/KPM/ Lembaga murka.

Bermacam aktiviti dijalankan sebelum murid masuk ke  dewan.
Bacaan yasin...sudah
Majlis restu Ilmu... sudah
Tips dan ilmu melimpah ruah.

Hari UPSR tibalah sudah
SELAMAT MENDUDUKI UPSR anak anak
Jawab dengan cermat,jangan gundah gundah.
Buat yang terbaik, yang lain berserah.....

Bye....

# upsr







1 comment:

  1. kat sini juga hujan. dan saya juga kasihan melihat anak saya terpaksa juga habiskan kerjanya hari ini.

    hutan yang akan ditebasnya juga pasti basah...

    ReplyDelete