Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Merdeka! Kenangan di daerah situ



Merdeka! Merdeka!Merdeka!
Itulah laungan yang bergema memenuhi segenap ruang dewan kecil itu.
Fahamkah mereka apa kata keramat yang mereka laungkan itu.Aku tertanya tanya.Anak anak kecil dari 6 tahun hingga 12 tahun riang sunggoh mengibar bendera kecil.Tambah lagi bangunan dan kawasan sekolah juga dihiasi ratusan bendera bendera segenap penjuru.
Itu apa yang cikson lalui saban tahun selama 36 tahun .Sekolah dan Hari Merdeka tidak pernah berenggang.Malah seiring jalan dengan tema tema hari Kemerdekaan.
MERDEKA! facebook


Tahun ini rasanya serupa sambutan merdeka.Ada ikrar,pertandingan kelas,pakaian beragam which on another note I would like to caution.
Rasa tak berapa masuklah bendera dijadikan pakaian.Bukankah bendera satu keping kain yang kita letak dia ditempat tinggi.Di hargai dan dimuliakan.Lebih lebih lagi bendera negara.Namu apa jadinya bila bendera jadi seluar dan duduknya tentu lah anda sedia maklum...hehe.



Kecintaan kepada negara adakala taken for granted.Dan bila kita berada diwilayah asing beribu batu dari tanahair baru kita dapat mendalami erti kecintaan pada tanahair.Felt that when I was several thousands kilommetres away from home for sometime....dengar lagu negeraku pun dah meremang bulu roma.Gugur air mata.

During my teaching years,it was during merdeka that I could garner lots of pictures and posters which I would then used as TA or stapled them up around the school.And this year from STAR I think teachers could probably use these pictures ...sayang Utusan dan BH tak dibeli pula semalam.


makna tersirat....tapi yang tersurat tu buat tak nampak sudahlah




digunting jadi ABM


boleh jadi alat bantu mengajar yang berguna



How did I celebrate Merdeka Day from RBL ..you guess.
Cikli pagi pagi lagi dah segak berpakaian untuk perbarisan.Jam 12.00  dia call  bagi tahu berita perginya doktor kesayangan dia .Bukan orang lain pun.Suami sepupunya juga.Dr.Amir.Innalilahhiwainna hirojion.
Cikson pula ke KL...walau hanya di ruang tamu RBL.Tapi miss banyak acara.Ruginya.

disini aku sambut MERDEKA



hero Lahad Datu yang gagah perkasa




meriahnya....kita


 
Dan tengah hari itu ke rumah pengantin pula.Kenduri kahwin kawan cikten..
Hari ni cikten balik dan kepala cikson pula berdenyut denyut....


Dalam banyak banyak iklan,sales pun banyak juga.Saja saja nak tanya....bila jumpa satu page iklan berwarna macam ni cikgu cikgu buat apa?Kalau saya ABM jawabnya.Macam macam tau boleh ajar darinya..

Salam Merdeka !
iklan sales semuka juga boleh diguna

Friday, August 29, 2014

Disini berderai air mata........disini lahir sebuah cinta

Hanya hati batu saja yang tak berderai air mata.Berasa hiba
Hanya hati besi saja yang tak rasa apa apa.Aku tak ada kena mengena. Kata mereka
Tapi aku yakin setiap kita ,tak kira apa bangsa,apa agama,apa fahaman politik kita tersentuh hati melihat adigan adigan dikaca tv itu hari...
Ya seminggu sudah berlalu,namun sedang aku menaip hati masih terasa hiba dan sebu.Mengingatkan wajah wajah itu.

Seawal pagi aku sudah bangun.Menjenguk keluar namun alam masih dibelenggu kelam...oh belum siang.
Namun sehingga matahari sepatutnya meninggi,hari masih kelabu.Awan meliputi langit seakan memaksa matahari dari menyinar terang.Seakan alam juga menyatakan kesedihan...

.

suram
sehingga hari meninggi

Hari itu aku tidak buat apa apa.Hanya depan tv aku menghabiskan masaku.Ya Allah...sememangnya air mata tak berhenti mengalir bila aku menontonnnya.Ini aku.Yang tak ada apa apa.Bagaimana mereka?
Tersentuh hati ini bila saat pintu kapalterbang membawa jenazah dibuka.

saat yang dinanti mereka kembali


Penuh istiadat keranda mereka yang gugur dibawa ke kereta jenazah .Derap langkah kaki kaki yang melangkah dan bahu memikul .Dan wajah wajah dari orang kenamaan hingga insan marhaen kelihatan sugul.

wajah sugul Perdana Menteri

gagah perwira



sedih dan hiba terasa
Dan bila menonton jenazah disemadikan....berderai air mata.Lihat anak itu tak tahu apa apa.Dipangku ibu dan saudara mara.Terpinga pinga.



tak terkata apa bila melihatnya...indescribable


sayu di bahu



sedih


Mungkin dalam minda tertanya tanya....apa kah yang sedang berlaku ini semua.
Bukalah...nak tengok muka mama.Sikit pun jadilah...kata sianak meminta .Aduhai...ombak hiba mengcengkam dada bila aku terbaca.


disini juga hati turut hiba

mengenang dia yang tiada


Namun dalam kita berduka...ada juga insan yang boleh mengeluarkan kata kata yang tak kena masa.Tak hirau akan rasa orang yang ditinggal pergi.Mujur mereka hanya sedikit sangat dalam jutaan manusia yang berada dibumi ini.

Hari ini cikli bangun dan bersiap awal.Segak.ke pekan Kangar menghadiri raptai hari Merdeka.
Larat lagi abah ni....aku berseloroh.Nak kawad tu.
Biaqlah orang muda muda dan sihat saja..

Cikli tak kata apa apa.Tapi aku tahu .....demi tanahair .Kerana disini lahir sebuah cinta

Semoga roh mereka yang pergi dalam Tragedi MH17 ini dan juga MH 370 dicucuri RahmatNYa.Alfatihah.