Monday, May 9, 2016

Anak anak sekolah kita..........anak2 sekolah depa

Baru tadi tertonton video yg menunjukkan anak anak di sebuah sekolah mendapat peralatan belajar.
Buka saja kotak yang diterima,terpampang kegembiraan yg sangat besar diwajah masing masing. Riuh rendah kelas .
Bilik darjah,murid yg menerima hadiah itu bukan dari negara kita sudah pasti.Dan cikson percaya gambaran kegembiraan yg begitu tak akan terjadi di negara kita, Kalau ada pun setakat senyum simpul sahaja.

Tahun tahun yang cikson lalui sebagai guru banyak yang cikson rasa, Tentang ragam anak anak kita.
Setiap hari ada saja pensel,pemadam, pewarna yang bertabur di atas lantai. Bila tanya siapa pun tak mengaku. Kertas dikoyakkan dari buku utk dibuat contengan lepas itu dibiarkan berterbangan. Bila musim main wau,bertaburan sana sini kapalterbang kertas di penjuru kelas.

Menerapkan kpd murid,melakukan itu adalah amalan pembaziran, barang 2 yg tercicir tanpa tuan dikumpul dan di agihkan kepada yg memerlukan.

Itu masa cikson mengajar . Sekarang entahlah. Mungkin kekangan kewangan sekarang yang melanda negara kita,murid 2 pun dah berubah sikap. Dah tak dapat membeli pensel setiap hari.Dah berjimat cermat seperti yg ibubapa dan guru asuhi.

Ini dulu buat tatapan n renungan hari ini.
Murid 2 dah disekolah waktu ini
Kalau ada pensel,ruler yang jatuh,pick up sendiri

Well,I too rememebered vividly those hard times when I was in school.
Too far different from what it used to be for my children,u see.



1 comment:

  1. Saya dulu ada beli "benda" (ntah apa namanya) yang apabila pensel dah pendek boleh disambungkan supaya seakan-akan pensel tu masih panjang dan senang di pegang. La ni dah tak jumpa pulak benda tu. Nak cerita kat anak-anak pon depa dok tercengang tak paham. Pak depa nak cerita lagilah tak paham! Hahahahaha....

    ReplyDelete