Monday, March 18, 2013

cikgu lah ajar saya.

Aduhai...Tak seronok sunggoh kalau terdengar rungutan ini

Ala...kat rumah bukan mak bapa ambil tahu pun .Selalunya mengaitkan kenakalan anak murid dalam kelas.
Dah la tak buat kerja sekolah.Lupa buku.Cakap banyak....Letak tepi sajalah..Senang kerja.

Ya,makcik sedih bila guru disekolah pun mengambil sikap tahu tak tahu yang sudah tentu ibubapa kat rumah tak ambil tahu.Lantas anak kecil itu rugi dua kali..sekali dirumah dan sekali disekolah.

Satu hari makcik terpanggil untuk memberi kata dua hati makcik.
Biarlah ibubapa tak ambil tahu.Biarlah kat rumah apa sekalipun.Kita makan gaji untuk mengajar.Mengapa nak heret ibubapa.Buatlah kerja yang kita diamanahkan.Cubalah sedaya upaya cikgu untuk mengupayakan anak didik cikgu.

anak murid adalah bakul cikgu.Apa yang cikgu isi itulah yang dia dapat.Right?
Saya lebih berbangga andai anak yang mula liar,memberontak , menunjukkan peningkatan. Markah 100/100 dari anak yang dari awalnya tersedia pandai tidak menunjukkan apa apa Tapi rasa gembira bila anak nakal malas tak pandai tadi dapat 30/100 kalau awalnya markah yang dia pungut bermula 5/100.Rasa macam dapat anugerah cemerlang peringkat melintang.

Dalam beribu murid yang makcik sentuh,beberapa murid masih kuat melekat dalam ingatan.Antaranya:
Anak kecil gagap dan cacat tapi makcik berikan kepercayaan untuk mengetuai projek peringkat daerah.
Anak nakal yang kena ikat dimeja tapi mahu berlakon jadi waiter siap hafal dialog dan aksi.
Anak  pemulihan tapi bersusah payah menulis semula karangan berserta ilustrasi utk ditampal dipapan kenyataan.

Anak anak ini kalau mereka berjaya,bukankah kerana hasil didikan kita,sebab dirumah mereka tidak ada siapa .
Adalah satu hadiah yang tak ternilai bila mereka berkata : Cikgu lah ajar saya!

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Memberi tunjuk ajar mmg mulia.. Bila tahu ansk murid yg dibantu berjaya mmg membahagiakan...
    Bukan semua org boleh jd cikgu...
    Terima kaseh, cikgu

    ReplyDelete
  2. Akak,
    saya cukup seronok bila murid kategori lemah,malas, mau belajar.Dari tak minat jadi minat pelajaran kita...itu kepuasan hakiki .
    Boleh saja bagi semua perhatian kpd murid pandai saja atau anak anak VIP...senang cerita dan ada ganjaran menanti.

    ReplyDelete