Tuesday, January 3, 2017

Hari ketiga 2017...depa kena kerja


 Menderum deram kenderaan dijalan depan rumah
Walau pagi masih kelam
Itu tandanya... depa dah mula bersekolah!
Selepas sebulan lebih bercuti sakan.

WELCOME BACK TO SCHOOL teachers and students
Have a happy new schooooool year... kata ninasandaq pada mereka
Kami kucing2 tak perlu ke mana mana
Kami tak perlu ke sekolah
Disini saja bilik darjah
Kerana sekolah kami ada lah laman RBL yg sedia ada.
Kata ninsandaq pada Tam,anaknya

Ini pokok bukan bunga
Kalau dimakan boleh ternganga,kata ibu saya
Itulah silibus pendidikan kucing katanya

Terkenang si Fohim dengan ayah dan emaknya
 Tentu schedule dia bertukar juga
Pagi pagi lagi dah kena naik kereta
Pergi rumah tokder yg menjaganya.
Kesian dia. Tentu dia terpinga pinga...cari mama.

Eh,,,mama pi mana?

Oh...dia pi kerja ya


Semasa jadi guru penolong,aku biasa biasa
 Sedia kelas, terima tugas dengan rela
Ada tahun relaks saja..... tapi selalunya taklah dapat rasa
Sebab sekolah rajin benar bagi kita kelas yg nak periksa.
Maka mengajarlah aku dengan dedikasi
Ada tahun result ke langit tinggi...seronok tak terperi
Dan ada tahun,keputusan ke laut. kecut perut. Thn depan mailah semua jenuis manusia menanya,kenapa keputusan melalut. Salah kita ka...

Dan semasa jadi penolong pentadbir,tugas bertukar
Kena rela dengar rungutan cikgu cikgu yang tak puas hati
Dengan senarai tugas yg kita beri
Dengan jadual ganti yang kita beri
Dan jenuh jugalah bersilat nak bagi semua sama
Segala jenis checklist cikson buat .
Ada markah utk setiap tugas. Ada tab untuk setiap relieve chit yang keluar. Ada tick utk cuti yang diambil....haha banyak tau checklist cikson buat.
Jadi bila guru bersungut... ha  mai jumpa cikson , tentu mereka gerun.Kerana semua benda dah tersusun . Silap2 kena tambah lagi baru terpegun. Sayangnya semua buku checklist tu tak dapat dicari. Mungkin tenggelam dalam banjir besar tu hari..

Jadi GB, Headmistress lagi haru
Tugas nya dari rumput sampai awan biru
Silap2 orang, boleh kita yang dapat malu
Lebih lebih lagi kalau sekolah haru biru
Sana sini bercelaru.

Teringat satu kisah
Pengetua marah
Kerana salah seorang habis semua kena sesah
Meeting jadi medan perang...
Tempat kerja jadi tak aman.

Well....siapa pun kita,apa pun kita,bersederhanalah.
Carilah jalan terbaik utk selesai masaalah yg tiba
Banyakkan membaca buku2 yg ada
Untuk jadi panduan kita
Sekarang lagi senang...semua dihujung jari
Hanya kita sajalah yg kena rajin mencari.

Satu teguran
Jadi guru...kena ada had had tertentu
Bergurau senda ok
Tapi kena tengok juga kita diperhati
Oleh murid yg kita ajari.

So .... apa apa pun Selamat kembali ke sekolah cikgu  cikgu.
Panjang pula celoteh kita pagi ni nooo.

1 comment:

  1. Terkenang balik zaman tenaga diperlukan bila sekolah dah bermula utk sessi 2017:)
    Yg pasti jalan memang kembali meriah.

    ReplyDelete