Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Saturday, February 24, 2018

Suara dari Langit...pengajaran yg dikutip.

Baru saja menamatkan tontonan drama ditv. Suara dari Langit kalau tak salah tajuknya.Lakonan Jalil Hamid dan Wan Sharmila...

Antara scene yang aku terkesan ...
Sianak teruja utk menunjukkan hadiah kecemerlangan yang di perolehi. Tapi reaksi sibapa amat tak disangka. Hadiah ditangan dijahanamkan dgn hati yang marah amat kepalang.
Ya.. bila sianak bawa balik berita gembira, sambutlah dengan wajah riang ria. Ucap tahniah semaunya. Jangan buat endah tak endah. Tentu sianak rasa tak dihargai..
Aku pernah lalui. Segulung sijil penghargaan aku suakan pada ayah. Sangka tentu dia akan puji segala. Rupanya jauh beza. Kena kutuk lagi ada.
Buat apa dapat kertas ni. Orang dapat piala ka, besen ka. Boleh juga berguna.
Ya itu tahun pertama,sekolah memberi sijil ganti piala utk kecemerlangan . Jenuh juga akau dan kawan2 praktis akan utk menerima hadiah dari Sultan..
Dan lepas hari tu ,aku rasa sia sia pulun belajar. Dan kertas itu ada kesan koyak dihujungnya.

Dalam cerita itu,si abang tidak jadi melanjutkan pelajaran yg lebih tinggi utk beri laluan pada adik.Well... aku juga. Masa aku terpilih melanjutkan pelajaran ke Perlis dlm tingkatan enam,aku serba salah. Apa jadi dgn adik2 bila aku terus belajar. Kami bukan orang senang. Mujur satu surat penawaran belajar di England tajaan MARA tiba. Aku dah sampai perlis utk pendaftaran form six . Maka dgn senang hati aku tak jadi belajar.Balik kampung tunggu surat tawaran seterusnya.

Dan bila aku dapat tempat belajar di London,aku tak jadi pergi. Mana nak cari duit utk bayar balik yuran latihan perguruan...

Persengketaan antara ibubapa yg melibatkan kita juga aku lalui . Senang senang aku akur saja permintaan orang tua agar mereka tidak lagi bersengketa. Kalau tidak ...tentu jalan hidup berbeza yg dilalui.Mungkin Perlis,bukan destinasi.

Ibu2 ayah2
Menjadi ibubapa kita kena menghargai anak anak. Jangan ambil sikap tidak peduli. Jangan juga hanya fikir diri sendiri. Berilah sokongan buat anak menghadapi kehidupan mereka berdikari. Jangan pentingkan perasaan sendiri . Anak yang hendak memulakan kehidupan kena akur dengan kehendak kita saja.
Macamana kalau dia tak ada. Siapa nak jaga kita.
Maka sianak diikat tidak boleh kemana mana. Rezeki didepan mata pun kena tolak ketepi saja.Nak kahwin pun kena dgn orang dekat dekat saja..

Begitu juga adik adik yg punya kakak abang yg berkorban utk kita. Hargai jasa mereka. Mungkin tanpa mereka kita tak kemana mana.

Kadang2 menonton cerekarama ,ada pengajarannya...
Thats all folks. Good night.

Sunday, February 18, 2018

As Time Zzzzassssst past by ...err past or passed?


Time flies.
But to me,it seems that time flies on a supersonic speed. Zzzzzzassssssst.Its here and gone.

Semalam aku mendapat undangan ke majlis perkahwinan. Perkara biasalah kan. Tapi aku rasa inilah undangan yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku.
Anak murid yang hampir 40 tahun aku ajar dulu meraikan perkahwinan anaknya. Rosmawati salah seorang classmate Azhar yang mengundang aku ke majlis kenduri kahwin anaknya dulu.

So to Putra Regency we went.
Cikli was sceptical all the way to the venue because he wasnt too sure that I got the right message.
Eh..betul ka apa yang you dengar?
Betul ke kenduri harini dan disini
Sapa nama pengantin?

But up to the 1st floor of the hotel we went.
The flight of stairs reminded me of the times when we frequented the hotel for functions.
Reaching the ballroom, yes, there's a wedding all right.

Salam.Tumpang tanya...I greeted a well dressed gentleman dressed in baju melayu and sampin.
Tuan rumah kenduri,Puan Rosmawati ka?
And I told them who I am... siap tahun ngajar Seri Indera lagi..hehe

Tak ramai yang ku kenal...seorang wanita ku tegur ramah... but it turns out to be the wrong person. Tu la..cikson fares poorly in public relations. Lupa nama ,lupa wajah sentiasa.

When we are leaving, we met the mother of the groom .
Bergetar suara dia memanggil nama ku. Sempat memohon maaf semasa dia menjadi murid . Ya Allah,sebak aku. Rasanya aku yang perlu mohon maaf pada anak anak didikku. Mungkin aku terkasar. Betul..aku mmg seorang yang kasar. Cenge . Garang. Lebih lebih lagi masa aku mula mengajar. Mungkin aku cuai dan curi tulang... tapi aku dulu rajin sangat..Amboi amboi. Angkat diri.

Cikgu....a few ladies came up to me.
Cikgu kenal saya tak ?
Tersengih sajalah aku. Kami satu class dengan Ros.

Cikgu saya dah ada cucu.
Cikgu saya empat tahum lagi nak pencen..

Ha...baru tersedar aku . Rupanya aku dah terlalu tua...haha.
Anak murid aku pun dah bercucu.

Oh how time flies..

To all my students ....teacher loves you.

Bye...



Monday, January 1, 2018

2018... hari pertama bulan pertama...semoga ceria.


Hari pertama tahun 2018 sudah sekerat hari. Masa ku tuliskan ini jam hitam Ikea atas meja menunjukkan 3. 11. Jam laptop pemberian anak jenama Asus with Intel Pentium pula 3.09. Dan jam asus handphone android diwarisi dari anak juga sudah 3.10.

hehe...3 jam 3 waktu. Walau jarak satu minit saja.

Pagi sebelum keluar ke klinik mengambil cikli, aku kemas rumah.
Heh..tahun baru nak suasana baru la
Katil aku bogelkan dan salin pakaiannnya.
Alas kaki tak jadi guna didapur aku hampar di kaki katil
Bunga diatas meja makan,ku capai dan jadi hiasan.
Gambar keluarga ke Langkawi ku letak dikepala katil..

Gambar ku ambil dan wassap anak anak.
Happy new year... caption ku tulis.
Heehee... ingat ya katil kena kemas selalu. Usah malas kerana kita tak tahu entah beribu hama yg melata diatasnya. Juga kan sedap pandangan mata..Teringat tt yg keras mendidik kami masa kecil. Katil bukan tempat boleh dibuat main. Bawah katil tak pa..jadi tempat aku membaca novel novel.Ingat lagi katil besi yang tinggi dengan bunga kerawang nya. Aku tak pernah jumpa cobweb atau habuk  meninggi bawah katil ibu. Such was my mum..cleanaholic.

Lets go to Giant,cikli beri cadangan
To tell the truth ,I was tired cleaning the house and driving to the clinic was rela dalam paksa. And I have the assumption that Giant would be crowded today as it was the last day for parents with school going children to shop.
Mencuka cikli.

Next pitstop is restauran kampung, our fav place for lunch. Makanan dia selera kita and laksa dia uuumph cukup rasa.
Before that a detour into a florist shop that was always closed the last few days .
Hey..depa dah tutup kedaikah?
Nampak dibuka harini. Langsung aku masuki.
Bunga bunga memang aku gemari. Hobby.
So for 30 + ringgit, I came back with a handful of flowers
Now they are safely in the vases until abam Fohim comes home ...

bunga tahun baru..

atas divider pun ada

semoga ceriaaaaaaa...
ceria ceria
lagu kegemaran fohim..
Thats all folks
Well,the grass has their cut . Am happy that the bushes were gone as for now.
Ceria ceria ceriaaaaaaaaaaaa.
Bye.

On another note,
The first entry for 2018 was this...

 in this pink notebook.


Till then...Happy New Year.


Sunday, December 24, 2017

Ribut Taufan kehidupan... the calm before the storm.


Reading about the recent scum  that throngs Felda,I was taken aback. Why was I so concerned. Kau bukan anak Felda pun.
When I was growing up, a Felda settlement in Kedah was my favourite place to visit. My aunt on tt's side was so welcoming that every visit was so enjoyable. Her hospitality was such that you would be served meals whenever you arrived at her door, notified beforehand or otherwise.Kerabu umbut kelapa was to die for. And when you come back ,your car would be full of fruits and other things that we could use. Susah wei sekarang ni nak jumpa orang bersusah payah sediakan makanan untuk tetamu macam makcik I dulu.

The visits became lesser  because of some unfortunate circumstances. And both aunt and uncles were laid to rest not long after. Hilang satu tempat bermanja cikson...sampai sekarang tak jumpa .

Takdir juga menempatkan tempat pertama posting cikson adalah sebuah petempatan Felda. Felda yg terletak diSelangor. Seribu kenangan disitu. Dan kalau takdir tidak mencelah, cikson mungkin jadi famili Felda.

Reading about Felda these days ,my stomach squirmed. Senang2 tanah sebillion dijual hanya beratus juta. Itu pun duitnya Felda tidak terima. Tanah di Jalan Semarak ditukar hakmilik dalam keadaan yang meragukan. Hope orang dan mereka yang bertanggungjawab cepat diheret kemuka pengadilan.Itu pun belum diambil kira bab FGV,FIC dan entah berapa F lagi.

Terimbau kenangan ku masa mula2 ku pijak kaki ke tanah Felda. Anak anak Felda itu mungkin dah bercucu. Rindu aku nak jejak kaki ke sana kembali. Lihat apa perkembangan mereka. Rumah rumah papan tentu dah tiada. Bas Mara yang membawa kami ke Tg Malim mungkin dah bersara. Kuarters guru pun mungkin berubah rupa. Dari kayu mungkin dah batu bata.

Masih lagi adakah pakcik yg jual mee kegemaran. Warung disimpang jalan...Masih hijaukah pemandangan dari jendela rumah tumpangan. Masih berlari ,berketawakah anak anak kecil dijalan jalan .
Seriously, aku rindu ketenangan dan pemandangan hijau yg disajikan. Satu masa lalu. Sekarang aku tak tahu..






Friday, November 17, 2017

Bila Jalika berkumandang disana,ingatan SK Sena terpahat selamanya 1.


Jalika jalika jalika
Kau lah gadis jelita...

Berkumandang lagu itu dalam majlis pagi itu. Bukan dinyanyikan tapi diangklongkan. Terpegun hadirin melihat tingkah rancak anak anak sekolah dengan derap langkah dan ayunan angklung yang diiramakan.

Eh lagu apa ya,tanya Professor Datuk Dr. Ramlah Adam disebelahku.Kali pertama aku berjumpa dr. aku kagum dengan keramahannya. Dan dia macam adikku,personaliti dan gayanya.Rindu kamu .

Jaleha,Zulaika..berteka teki kami.Jalika kata seseorang. Lagu kegemaran orang kenamaan rupanya.

Hari itu aku terima jemputan lewat wassap aku sedikit apprehensive utk menghadirinya. Setelah sekian lama,aktiviti ku terbatas di RBL dan hospital serta klinik ,rasa segan menebal dalam diri utk menghadiri keramaian.
Warkah jemputan ku belek berulangkali.

masih ada lagi yang sudi menjemput. Terimakasih atas ingatan

Aturcara ... 


Rangkaian kata... saya dan warga sekolah sangat berharap kehadiran cikgu buat aku terfikir sejenak.
Langsung malamnya aku siap siap baju dan keperluan. Ambik kau... 3 pasang aku seterika. Besok pagi buat keputusan yang mana aku akan peragakan..

Badan kurang sihat. Masih ada sakit sakit. Cikli kena ke klinik. Aduh bersimpang siur fikiran ku antara hendak atau tak hendak pergi. Namun by 10.00 aku bersiap mengenakan busana hijau ihsan anak anak juga beg dari Perth. Berpeluh peluh lilit tudung ariani sepagi...hahahihi. (Ha sapa kata pemberian kamu akan bertapa dalam wardrobe selamanya. Ini ibu dah pakai semuanya. Thanks so much . teringat tokton menghargai pemberian adalah satu sifatnya. Apa yg anak anak bagi dipakai dgn suka hati) .

Detour dulu aku ke klinik dalam perjalanan ke sana. Drop cikli disitu dan aku memacu kereta ke Kampung Bakau.
Waduh... berderet kereta. Mana nak ku parkir ya?
Tiba2 teringat pagar kecil yg jadi isu masa aku disana. Terus aku belok ke perumahan sebelah dan mujur parking senang dan pintu pagar kecil itu terbuka.
Melintasi anak anak yang berkumpul sepanjang koridor ,namun tiada sapa yang greet aku macam dulu dulu.
Mana mereka nak kenal... itu senario lapan sembilan  tahun dulu.
In time for the formal programme.
Whew....
Coretan personal seorang pesara GB yg melawat sekolah akhirnya.

Selamat menyambut ulangtahun ke 25 tahun. Dah Jubli Perak ni. Tahniah.
cenderahati..


 Bye.. thats all folks. Jotting tentang rasa seorang pesara.

Tuesday, September 19, 2017

Anak anak yang terbiar...

Melalui pintu gelongsor kaca
Mata melirik melihat dia
Tunggul kayu mati yg dah sekian lama
Jadi persinggahan mereka yang terasa lelah agaknya
Di atasnya mereka bertenggek sementara
Bermenung,memikir masaalah masaalah yang melanda
Begitulah yg aku simpulkan selalunya

Tunggul kayu jadi tempat berehat si ayam hitam
Mengambil tempat kucing kucing yg lama tak berkejaran
Sejak anak anak pergi
Ninasandaq nampak murung sekali
Mula mula dia mengiau mencari cari
Lama kelamaan dia macam telah mengerti
Yang anak anak dia semuanya telah tiada lagi

Kucing pun tahu meratapi kehilangan anak anaknya
Tentu sukar ibu dan ayah yang hilang anak anak lebih lebih lagi dalam keadaan yang begitu rupa
Hingga pagi ini ,air mata masih mengalir laju bila aku terbaca kisah anak anak itu.

Masih aku teringat anak anak yang pernah aku ajar selama aku bergelar pendidik . Berbagai ragam yang ku temui. Ada cantik,kacak,kaya namun ada yang daif ,hodoh dan bodoh.  Ada yang baik bagai malaikat namun ada yang nakal,gagal sepanjang hayat..

Aku yang semasa sekolah daif ,hodoh dan miskin lebih suka mendekati anak anak yang kurang serba serbi. Rasa amat teruja kalau mereka yang nakal mahu mengikut pelajaran ku. Sangat berpuas hati kalau anak2 ini menunjukkan walau pun sedikit kemajuan. Dari yang mengoyak buku ,jadilah kalau dia mampu tulis sebaris ayat.
Rasa tersentuh hati bila anak anak yang tak terpilih menjadi wakil sekolah untuk pertandingan BI mahu menunjukkan juga bakat mereka. Aku benarkan mereka naik pentas. Lihat mereka berebut berbaris dan menunjukkan apa yang mereka tahu menyentuh hati aku..Walau langkah mereka songsang dan canggung,namun itulah yang membuat hati aku berbangga dan tersentuh.
Murid 2 SKRPB tahun 2 tak ingat pula tahun bila..singing you are my sunshine buat aku mengingati mereka sampai bila bila. Ya Allah ,lindungi anak anak itu.
Aku rasa aku macam Mary Poppin dengan anak anak itu. Gembira menyanyi dan menari .
Semoga mereka membesar jadi insan yang tak memalukan ibu dan ayah.Walau akademik tak menyerlah,namun mereka anak anak yang baik.
Harapan aku untuk semua anak anak kelas belakang. Smoga mereka jadi orang.

Membaca kisah anak anak terbiar, aku rasa sedih sangat...


Saturday, September 16, 2017

The sky too is crying here in the north.


Right now live on tv , is live telecast from HKL.
Pengurusan jenazah sedang dijalankan .

Terbayang masa MH17.

Seharian hari ini awan mendung dan hujan turun sekejap lebat sekejap ringan.

Kalau kita yg menonton pun boleh sebak,bayangkan kaum keluarga.
Allah hu Akhbar.

That was what was written yesterday afternoon while watching Astro Awani. Sedih sangat lihat pengebumian salah seorang mangsa kebakaran di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah.

Pagi ini hari terus mendung. Macam langit juga tak mau berhenti menangis. Dalam masa terdekat Kemangkatan DYMM Sultan Kedah juga membawa kesedihan buat warga Malaysia lebih lebih lagi rakyat Kedah.Rasanya sejak kemangkatan baginda,langit belum mampu tersemyum ria.

Masih terbayang aku dalam ribuan manusia di pekan kecil Kulim ada perayaan. Aku pun ingat ingat lupa sebab masa tu aku tahun satu. 1959. Rakyat Kedah gembira mendapat Sultan dan Sultanah baru.If I was not mistaken, dalam perarakan kereta berhias,pertunjukan padang aku adalah antara ribuan penonton. Kecil lagi dan samar samar saja ingatan yg tinggal.

Almarhum Sultan Kedah dan Sultanah Bahiyah selalu juga jadi tetamu kehormat Sekolah Sultan Badlishah semasa aku menuntut di situ. Dan aku antara penerima hadiah utk hari Kecemerlangan. Lukisan dan hasil jahitan aku jadi bahan pameran pada hari itu.Ingat lagi baju kembang payung polka dot yang disarung dimannequin tu adalah hasil tanganku. Dan bila tgk lukisan dipamer terselit hasil calitan warna ku...hehe.

Kenangan yang indah..Tapi bila sijil kecemerlangan bereben ku hulur pada keluarga, terbalik cerita jadinya.Bukan kegembiraan ku terima tapi cemuhan semata.Aduhai....antara kenangan pahit aku yg buat aku kuat memberontak...haha. Bodohnya..

Pagi ini hujan masih turun, Langit masih mendung. Debar dada lihat air dalam parit didepan rumah . Melayari berita internet,keadaan dalam berjaga jaga. Sekolah sekolah bersiap sedia utk jadi pusat pemindahan.
Doakan kami semoga semua ini hanya sementara dan semua kembali baik segera.
Tak terdaya nak fikir andai hujan masih turun...

terasing



Membaca laporan kaji cuaca, terasa gusar melanda...


Monday, July 24, 2017

Through the corridor of life...Thank you ba...


At a dining table over sumptious open house spread, I chanced upon a conversation with my other sister's son's parents in law... mau berkerut kening you all kena pikiaq.Sapa yang I had a conversation with.

Mereka,pasangan cantik manis adalah mertua kepada anak adik I di SP. Memenuhi jemputan open house adik bongsu I di Bukit Mahkota Bangi. Begitu besar hati adik bongsu .Mertua anak2 penakan di KL pun dijemput sama.

Seronok tengok professor kahwin professor. Hebat mereka..kata pasangan itu.
Cikgu pun apa kurang. GB. Untung emak ayah semua anak anak berjaya. Cucu cucu pun ok.

Aku tersenyum . Kembang semangkuk hati bila kena puji. Ya la.. orang nak puji cantik,lawa,flawless tentulah lambat kan...
Well...bukan nak membongkak kata family cikson semua berjaya. Ada juga yang terpeleot. Terpeleot kerana pilihan..hmmm.

All these would not be possible if abah or ba tak letak foundation.
Although known for his bengkeng dan garangnya, bab pelajaran dia letak nombor satu. Remembered susah payah dia cari duit untuk sekolahkan aku. Anak perempuan zaman 60 an. Yang kebanyakan orang tak akan went that far. Malu diletak ketepi bila wang perlu dicari.

Pak Mat Mee.. they called him. Remembered him goig through our school work. Siaplah kalau lembab belajar. Tali pinggang siap untuk dibantai..Adik  pernah kena humban kerana cuba ponteng sekolah. Perdu pokok nyiok pula tu.

If I think of his garang tak bertepi,memang sakit hati. Tapi bila fikir apa yang dia buat untuk anak2 dia dalam mengejar pelajaran, tak bertepi pula kebanggaan.

Begitu juga pada cikli. Dengan anak2 selalu aku mengingati mereka akan kebaikan dan susah payah bapa mereka menyekolahkan mereka. Kalau mama seorang mungkin tak tercapai tangan. Ingat siapa yang mengajar mereka ABC. Siapa yang menghantar mereka kesekolah, mengambil mereka, berjumpa guru .attend PIBG meeting.. Tanpa dia yang dipanggil abah.hidup masa tu mungkin susah.

Melihat Pohim diajar abahnya terimbau kenangan.
Bercerita dengan pasangan cantik manis dirumah adik ,terimbau kehidupan silam. Zaman persekolahan yang penuh cabaran.. Tak tergambarkan.

Bye... thats all folks for today.
Hope you all sihat sihat semua.


Wednesday, July 12, 2017

WW.. baju baru kerusi makan .


Besok,Insha Allah makcikson upkan DIY untuk buatnya. Simple as ABC.Yang tak pi sekolah jahit pun boleh buat sendiri. Kalau ada kemahuan di hati.

Layan dulu ya gambaq gambaq ni...

baju baru rasa pun baru
Kat dapur pun ada sesuatu ...
Tudung/langsir tempat basuh pinggan yg baru bertukang hari tuuuu.

Nak letak tudung meja cikten
Besar pula dia ... so mcm nilah saja buat la ni...

Runner dari ikea
Dah bertahun lamanya... tapi tak pa...asal ada.

Cikli pun nak enterframe sekali
Thumbs up tanda puas hati
Hasil tangan isteri.... dia kata tak dapat beli mana2 pun kalau dicari
Anak menakan KL kata boleh challenge Nilai 3 kalau lagu ni....hihihi.
Murah saja modalnya... bawah seratus saja
Tapi upah buatnya yang tak ternilai harganya.
Bye... thats all my DIY friends.


Tuesday, July 11, 2017

Rindu seorang atuk..telatah Pohim.


Semasa sambutan hari raya tempoh hari, si anak kecil ni jadi perhatian ke mana dia pergi.
Di sebelah cikli dia paling kecil. Tapi tahun hadapan dia jadi abang long untuk addition terbaru cicit tokwansaad. 2 sekali gus pula tu.

Apa ya keletah dia masa bercuti yg lalu.
Kesibukan menyediakan juadah hari raya buat aku kurang berinteraksi dengan dia. Tapi biasalah dia dengan lawaknya..

Dah pandai dia berboboboi. Nyaring suara dia menyebutnya dengan gaya dia.
Baju boiboiboi dah jadi kegemaran dia. Pantang nampak di gerai,menerewang saja jari menunjuk utk dibelikan. Amboi...
Semasa menonton tv,entah macamana tv merenek... berbintik bintik. Kelamkabut dia mengunjukkan remote warna hitam utk membetulkannya. Tau dia membezakan astro dan remote tv.

Skillnya dalam mengendali atet... top notch. Bagi budak setahun setengah lebih sikit boleh tau apa yg ditekannya  itu yg lucunya.
Menari ikut rentak lagu,mengecam huruf dan mensesuaikan binatang dengan betul agak memberangsangkan.
Masih terbayang di hotel penginapan,kami dihiburkan dengan concertnya atas katil. Siap suruh kami beraksi ikut dia menggayakan lagu.

Oh ya teringat gelagat dia masa berbuka di Regency dan berdinner di Koma.
Habis dikerah kami mengangkat tangan berdoa bila azan berkumandang. Bila dia lihat aunty nya tidak mengangkat tangan dia memanggil nama. Suruh berdoa.

Yang ini tak dapat cikson lupai. Satu malam semasa dipv cikson sorang sorang dalam bilik. Tengah dok belek phone. Bila bangun kepala nampak dia dihujung kaki sambil mata meleret . Macam berkata
Haaaa..tok pun main atet macam kami. Kata tak boleh main.....

Serius adakalanya..adala tu yg tak kena.

walau kaki tak sampai ,hati ingin mencuba

Wah dah berani lepas tangan 

Ada yang seronok pada hati

Beg ni lebih baik dipakai begini..

Siap beg digalas nak pergi beraya..

Senyum meleret tu tuju kat sapa ya...

Thats all folks.
On another note,rasa nak pi tempa tiket ets utk Jumaat ini. Boleh berjumpa sipengarang jantung kami sambil pi open house dan kenduri aqiqah adik di Bukit Mahkota.....hujung minggu ni. Cikli dah dok terayan rayan jumpa cucu yang keletah ini.

Bye... rindu Fahim.

Wednesday, July 5, 2017

Happy Birthday to uuuu... Eeena

To my dearest ... this poem resonates best on this auspicious gotcha day of yours.


Couldn't ask for a better daughter.
You do all you can for us and would give us your last.
You provided when it's was just you
And I know it was hard, but I just want to thank you
For respecting me to be the woman I am today!
You're the strongest, most beautiful, independent,
Hard-working, intelligent daughter there is.
And don't you for one second forget it!
I could go on and on, but you know who you are!
May this poem be the best gift on your birthday.

Wishing you all the best that Life has got to offer. May Allah SWT bestow you with much love ,guide you in the rightful path in life and thereafter. May you find true love that completes the beautiful soul of who you are. 

Hey ... gotcha some pics from those wonderful days . Hope you like it baby.
those were the days....
Mommachon with lots of love.


Tuesday, June 6, 2017

Londang la dondang...ala sayang


Mendengar anak saudara mendapat tempat di salah sebuah institusi pengajian tinggi selepas SPM mengimbau kembali tempat tempat seprtinya yang kami anak beranak pernah tempuhi.

Cikson ada 4 anak. Jadi selepas SPM, beragam kenangan mereka.
Bermula dengan yang sulung . Mendapat tawaran UITM/UKM Bachelor in TESL dimulai dengan foundation years di PJ. Or is it Shah Alam. Sekarang lecturer di Pahang.Itu rezekinya.

Yang kedua selepas Seri Puteri, Londang di hantar untuk matrikulasi. Di sini berbagai pengalaman lucu dan ngeri.
Lucukan bila dinding bangunan tiba2 jatuh tanpa angin dan ribut.Mujur tak ada yang kemalangan bila dinding makmal jadi bahan.
Ngeri bila ulat2 bulu berkehitaman atas lantai dan merayap masuk dalam dorm dan kasut penuntut. Juga bau ayam yang dibawa angin mematahkan selera makan.
Itu semua 10 tahun lebih yang lalu. Harapnya tidak begitu lagi sekarang ini.
Anak yang kedua ini memasuki UPM dan kini eksekutif di sebuah organisasi.

Anak ketiga lelaki. Ke Melaka dia dihantar untuk diploma selepas SPM dan di KL dia belajar semasa U. Susah payah anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Banyak cabaran. Sekarang bekerja di KL. Bidang engineering.

Dan anak ketiga yang cacamerba. Banyak tawaran diterima hingga tak keruan yang mana. Matrik Pulau Pinang , Law UIA, Maritim , juga IPBA/QUT Australia.
Ibu ayah berminat anak ambil law. Tapi sianak berminat QUT. Sekarang mengajar di WP.

Sebenarnya anak2 ciksoncikli bukanlah top top student dalam sekolah dalam hal akademik. Tapi semasa bersekolah rendah dan menengah mereka digesa utk berbuat yang terbaik. Buntang mata kami kalau result tak berapa nak elok. Ke sana sini menghantar mereka . Tak biarkan mereka buat sesuka hati sampai ada yang mencebik.
Anak2 dah besar biarlah mereka urus sendiri.

Sampai satu masa memang benar sekali. Sekarang mereka yang kena tolong kami. Tapi selagi mereka belum boleh berdikari,ibubapalah tempat mereka bergantung diri. Jangan buat tak peduli.

Itulah sedikit perjalanan hidup kami dalam memberi pelajaran buat anak anak. Kalau dikarang semua,boleh buat ensaiklopedia....haha.




Tuesday, May 2, 2017

Wedding Lily... anakmenakan cikli


Hari Sabtu 29 hb April,hari Akad dan Nikah anakanda Lily ,anak saudara cikli. Bertempat di Putra Regency seawal 10 pagi majlis akad nikah dijalankan dan diikuti dengan Majlis Reception selepas itu.
Nampak meriah acara disitu. Cikson tak dapat hadir kerana berada di Sungai Petani kerana majlis Resepsi anak menakan@ saudara cikson juga berlaku serentak sama hari.... so you see.Cikson di sana sana sementara cikli disini.
pose selepas akad nikah..

So gambar gambar yang mengisi post ini adalah gambar 2 fb,wassap yang cikson pinjam....ehehe.Sorry na tuan2 punya gambar gambar itu.

Wedding Reception
By the way,to make for the loss of being unable to attend the Kangar do cikson join majlis sebelah pengantin lelaki. So adalah terselit gambar maklongson disana. Walau hari panas lit lit dan peluh merecik dan membasahi baju ,semua yang hadir puas berjamu santapan yang enak...By 3 we parted  ways and made our way home...kekenyangan.

Buat pasangan Lily and Firdaus,maklong wishes both of you a Happy Married Life Till Jannah . And to my adik ipar Selamat Mendapat Menantu dan menjadi Ibu Mertua...

Pengantin dan mama


Family pengantin perempuan
happy semuanya.

Majlis Sambut Menantu di Jitra.
 Bye...
Penuh harap agar kenduri December nanti,tak adalah lagi pertembungan majlis.
Pssssst.. nampaknya ada lagi yg nak makan nasi minyak nooooo. Terlepas ketapi pula cikson ttg ni..hihi.

Friday, September 16, 2016

Keletah si Fohim

Dah sepuloh bulan umurnya.
Come October 19 th genap  setahun usia dia.

Bercuti di Langkawi tentu tak meriah tanpa kehadiran dia
Satu satu nya cucu yang ada.
Satu satu anak menakan buat emak saudara emak saudara .

Satu malam kami berjalan di Cenang
Penuh kain baju,kasut beg bergantungan
Tiba tiba dia terpandang akan bungkusan mainan
Terus menerewang tangan menunjuk utk dibelikan.

Gelihati tgk dia...ada saja aksi buat orang ketawa
Mat Saleh, Aci India semua ditegurnya
Dan mereka berbalas melambai tangan dengannya.

Teringat cikson akan ibunya
Masa kecil dia jadi duta
Senang berkawan dengan orang .Tak kira tua muda .


bangun pagi, lori mainan ini jadi permainan

bersama ibu ayah

seronok sunggoh dapat mainan
walau mengantuk masih bertahan

main air kali pertama

seronoknya dia

leka dia

bersama tok dan wannya..

sukanya dia...

Kabarnya demam bila balik ke rumahnya. Kesiannya.


Sunday, July 17, 2016

Koridor Kenangan

Dah lama benar aku tidak melalui koridor berbumbung itu. Hari itu atas jemputan aku kembali. Kembali menyantuni institusi yang amat dekat dihati ku. Disini aku punya sejarah dalam pendidikan.
koridor kenangan
Cikgu,GB sebelum cikgu Lan kan. Seorang wanita yang tak ku kenali menyapa.
Bagaimana tahu? Aku bertanya kembali.
Tengok gambar cikgu di office.

Selepas menjamah hidangan, aku ke tempat guru guru sedang melayan anak anak murid. Riang ria segak mereka berpakaian raya. Hidangan disaji pula beraneka rupa. Gembira mereka.

Dalam ramai ramai guru di situ,beberapa orang adalah guru2 semasa aku berkhidmat disana, Sama2 bertungkus lumus menceriakan sekolah. Sama2 menyediakan dokumen untuk Sekolah Kluster. Sama2 mencari jalan supaya anak anak murid mendapat pendedahan terbaik bukan saja dalam PnP tetapi diluar dari skop itu. Jadi tidak hairanlah kalau SK Sena menceburi dan memasuki berbagai pertandingan lokal,kebangsaan atau international.

Masa itu lompat tali SK Sena nombor satu
Tahun itu SK Sena pecah sejarah dapat bilangan terbanyak 5A.
Murid Sena guna Bahasa Arab dan Inggeris dalam acara2

Bertuah aku dapat berkhidmat dengan mereka yang gigih. Walau adakala pedih  dan sedih.Semangat kami mendidih untuk melonjakkan nama dan prestasi SK Sena.

Aku tinggalkan Sena dengan Sekolah Sena mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dan penggantiku guru Penolong Kanan Satu ...cikgu yang membawa Sena banyak kecemerlangan. Roslan Yatim.

Menyelusuri koridor sekolah ,aku kagum banyak pembaharuan yang telah berlaku. Dewan Gimnasium tersergam indah. Kawasan sekolah diperindah.....seronok tengok.

Jam 11 lebih. Aku bergegas keluar dari kawasan sekolah kerana bimbang tersangkut dalam ratusan kenderaan. Mau pula hari itu hari Jumaat. Kereta sesak dan padat.

Bye Sena. Lain kali kita jumpa lagi......
meriah 

segak dan lawa berbaju raya

celah celah pohon

merimbun pohon2

laman sekolah ...ada wajah wajah 








Sunday, May 15, 2016

Selera kampung...mengimbau kenangan lalu yg syahdu.

Dulu dulu masa kecil kecil,rumah keluarga cikson di JPL adalah rumah kampung...typically Malay house built on stilts. Atap zinc yang bila panas hari membahang panasnya. Dan bila malam sejuk gedi hingga menggigil body. Air telaga dan jamban timba.....haha.

Yes,u children could visualise my childhood and teen life back then.

Well,thats not that matter.
What I want to tell u all is that we are self sustained thanks to the dilgence of tt and tokwan mat.
We have chickens and ducks....eggs a plenty.
We have pokok pisang,pokok ubi,pokok keladi around our tiny weeny compound.

Goreng pisang tak kena beli, ubi kayu rebus menambat hati
Buah betik boleh di gulai,di jam dan menyicah petang hari

And in RBL compound,tok Saad dilegence saw us with many free source of food.
ubi rebus free
tambah gula sira dan santan kelapa....yehaaa
The other day, ubi rebus makan dgn gula sira and santan pekat was yummy. Lama tak pekena macam ni.
Alas, a basketful of eggs went to waste when it fell down on the floor. I was sorry for not noticing the eggs. Tidak boleh buat telor asin utk jadi bekalan puasa nanti.
kesian...ayam
This afternoon,rasanya nak menggulai pisang yang diterima semalam...gu dengan tulang ikan masin yg ciklin beli dari Kuantan..

Hmm by the way...tanah dikeliling rumah masih kosong. Entah bila dapat diisi dengan hasil tani...



cucu nan sorang pun dah pandai makan2.