Monday, July 24, 2017

Through the corridor of life...Thank you ba...


At a dining table over sumptious open house spread, I chanced upon a conversation with my other sister's son's parents in law... mau berkerut kening you all kena pikiaq.Sapa yang I had a conversation with.

Mereka,pasangan cantik manis adalah mertua kepada anak adik I di SP. Memenuhi jemputan open house adik bongsu I di Bukit Mahkota Bangi. Begitu besar hati adik bongsu .Mertua anak2 penakan di KL pun dijemput sama.

Seronok tengok professor kahwin professor. Hebat mereka..kata pasangan itu.
Cikgu pun apa kurang. GB. Untung emak ayah semua anak anak berjaya. Cucu cucu pun ok.

Aku tersenyum . Kembang semangkuk hati bila kena puji. Ya la.. orang nak puji cantik,lawa,flawless tentulah lambat kan...
Well...bukan nak membongkak kata family cikson semua berjaya. Ada juga yang terpeleot. Terpeleot kerana pilihan..hmmm.

All these would not be possible if abah or ba tak letak foundation.
Although known for his bengkeng dan garangnya, bab pelajaran dia letak nombor satu. Remembered susah payah dia cari duit untuk sekolahkan aku. Anak perempuan zaman 60 an. Yang kebanyakan orang tak akan went that far. Malu diletak ketepi bila wang perlu dicari.

Pak Mat Mee.. they called him. Remembered him goig through our school work. Siaplah kalau lembab belajar. Tali pinggang siap untuk dibantai..Adik  pernah kena humban kerana cuba ponteng sekolah. Perdu pokok nyiok pula tu.

If I think of his garang tak bertepi,memang sakit hati. Tapi bila fikir apa yang dia buat untuk anak2 dia dalam mengejar pelajaran, tak bertepi pula kebanggaan.

Begitu juga pada cikli. Dengan anak2 selalu aku mengingati mereka akan kebaikan dan susah payah bapa mereka menyekolahkan mereka. Kalau mama seorang mungkin tak tercapai tangan. Ingat siapa yang mengajar mereka ABC. Siapa yang menghantar mereka kesekolah, mengambil mereka, berjumpa guru .attend PIBG meeting.. Tanpa dia yang dipanggil abah.hidup masa tu mungkin susah.

Melihat Pohim diajar abahnya terimbau kenangan.
Bercerita dengan pasangan cantik manis dirumah adik ,terimbau kehidupan silam. Zaman persekolahan yang penuh cabaran.. Tak tergambarkan.

Bye... thats all folks for today.
Hope you all sihat sihat semua.


No comments:

Post a Comment