Tuesday, July 11, 2017

Rindu seorang atuk..telatah Pohim.


Semasa sambutan hari raya tempoh hari, si anak kecil ni jadi perhatian ke mana dia pergi.
Di sebelah cikli dia paling kecil. Tapi tahun hadapan dia jadi abang long untuk addition terbaru cicit tokwansaad. 2 sekali gus pula tu.

Apa ya keletah dia masa bercuti yg lalu.
Kesibukan menyediakan juadah hari raya buat aku kurang berinteraksi dengan dia. Tapi biasalah dia dengan lawaknya..

Dah pandai dia berboboboi. Nyaring suara dia menyebutnya dengan gaya dia.
Baju boiboiboi dah jadi kegemaran dia. Pantang nampak di gerai,menerewang saja jari menunjuk utk dibelikan. Amboi...
Semasa menonton tv,entah macamana tv merenek... berbintik bintik. Kelamkabut dia mengunjukkan remote warna hitam utk membetulkannya. Tau dia membezakan astro dan remote tv.

Skillnya dalam mengendali atet... top notch. Bagi budak setahun setengah lebih sikit boleh tau apa yg ditekannya  itu yg lucunya.
Menari ikut rentak lagu,mengecam huruf dan mensesuaikan binatang dengan betul agak memberangsangkan.
Masih terbayang di hotel penginapan,kami dihiburkan dengan concertnya atas katil. Siap suruh kami beraksi ikut dia menggayakan lagu.

Oh ya teringat gelagat dia masa berbuka di Regency dan berdinner di Koma.
Habis dikerah kami mengangkat tangan berdoa bila azan berkumandang. Bila dia lihat aunty nya tidak mengangkat tangan dia memanggil nama. Suruh berdoa.

Yang ini tak dapat cikson lupai. Satu malam semasa dipv cikson sorang sorang dalam bilik. Tengah dok belek phone. Bila bangun kepala nampak dia dihujung kaki sambil mata meleret . Macam berkata
Haaaa..tok pun main atet macam kami. Kata tak boleh main.....

Serius adakalanya..adala tu yg tak kena.

walau kaki tak sampai ,hati ingin mencuba

Wah dah berani lepas tangan 

Ada yang seronok pada hati

Beg ni lebih baik dipakai begini..

Siap beg digalas nak pergi beraya..

Senyum meleret tu tuju kat sapa ya...

Thats all folks.
On another note,rasa nak pi tempa tiket ets utk Jumaat ini. Boleh berjumpa sipengarang jantung kami sambil pi open house dan kenduri aqiqah adik di Bukit Mahkota.....hujung minggu ni. Cikli dah dok terayan rayan jumpa cucu yang keletah ini.

Bye... rindu Fahim.

No comments:

Post a Comment