Friday, November 17, 2017

Bila Jalika berkumandang disana,ingatan SK Sena terpahat selamanya 1.


Jalika jalika jalika
Kau lah gadis jelita...

Berkumandang lagu itu dalam majlis pagi itu. Bukan dinyanyikan tapi diangklongkan. Terpegun hadirin melihat tingkah rancak anak anak sekolah dengan derap langkah dan ayunan angklung yang diiramakan.

Eh lagu apa ya,tanya Professor Datuk Dr. Ramlah Adam disebelahku.Kali pertama aku berjumpa dr. aku kagum dengan keramahannya. Dan dia macam adikku,personaliti dan gayanya.Rindu kamu .

Jaleha,Zulaika..berteka teki kami.Jalika kata seseorang. Lagu kegemaran orang kenamaan rupanya.

Hari itu aku terima jemputan lewat wassap aku sedikit apprehensive utk menghadirinya. Setelah sekian lama,aktiviti ku terbatas di RBL dan hospital serta klinik ,rasa segan menebal dalam diri utk menghadiri keramaian.
Warkah jemputan ku belek berulangkali.

masih ada lagi yang sudi menjemput. Terimakasih atas ingatan

Aturcara ... 


Rangkaian kata... saya dan warga sekolah sangat berharap kehadiran cikgu buat aku terfikir sejenak.
Langsung malamnya aku siap siap baju dan keperluan. Ambik kau... 3 pasang aku seterika. Besok pagi buat keputusan yang mana aku akan peragakan..

Badan kurang sihat. Masih ada sakit sakit. Cikli kena ke klinik. Aduh bersimpang siur fikiran ku antara hendak atau tak hendak pergi. Namun by 10.00 aku bersiap mengenakan busana hijau ihsan anak anak juga beg dari Perth. Berpeluh peluh lilit tudung ariani sepagi...hahahihi. (Ha sapa kata pemberian kamu akan bertapa dalam wardrobe selamanya. Ini ibu dah pakai semuanya. Thanks so much . teringat tokton menghargai pemberian adalah satu sifatnya. Apa yg anak anak bagi dipakai dgn suka hati) .

Detour dulu aku ke klinik dalam perjalanan ke sana. Drop cikli disitu dan aku memacu kereta ke Kampung Bakau.
Waduh... berderet kereta. Mana nak ku parkir ya?
Tiba2 teringat pagar kecil yg jadi isu masa aku disana. Terus aku belok ke perumahan sebelah dan mujur parking senang dan pintu pagar kecil itu terbuka.
Melintasi anak anak yang berkumpul sepanjang koridor ,namun tiada sapa yang greet aku macam dulu dulu.
Mana mereka nak kenal... itu senario lapan sembilan  tahun dulu.
In time for the formal programme.
Whew....
Coretan personal seorang pesara GB yg melawat sekolah akhirnya.

Selamat menyambut ulangtahun ke 25 tahun. Dah Jubli Perak ni. Tahniah.
cenderahati..


 Bye.. thats all folks. Jotting tentang rasa seorang pesara.

No comments:

Post a Comment