Tuesday, June 6, 2017

Londang la dondang...ala sayang


Mendengar anak saudara mendapat tempat di salah sebuah institusi pengajian tinggi selepas SPM mengimbau kembali tempat tempat seprtinya yang kami anak beranak pernah tempuhi.

Cikson ada 4 anak. Jadi selepas SPM, beragam kenangan mereka.
Bermula dengan yang sulung . Mendapat tawaran UITM/UKM Bachelor in TESL dimulai dengan foundation years di PJ. Or is it Shah Alam. Sekarang lecturer di Pahang.Itu rezekinya.

Yang kedua selepas Seri Puteri, Londang di hantar untuk matrikulasi. Di sini berbagai pengalaman lucu dan ngeri.
Lucukan bila dinding bangunan tiba2 jatuh tanpa angin dan ribut.Mujur tak ada yang kemalangan bila dinding makmal jadi bahan.
Ngeri bila ulat2 bulu berkehitaman atas lantai dan merayap masuk dalam dorm dan kasut penuntut. Juga bau ayam yang dibawa angin mematahkan selera makan.
Itu semua 10 tahun lebih yang lalu. Harapnya tidak begitu lagi sekarang ini.
Anak yang kedua ini memasuki UPM dan kini eksekutif di sebuah organisasi.

Anak ketiga lelaki. Ke Melaka dia dihantar untuk diploma selepas SPM dan di KL dia belajar semasa U. Susah payah anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Banyak cabaran. Sekarang bekerja di KL. Bidang engineering.

Dan anak ketiga yang cacamerba. Banyak tawaran diterima hingga tak keruan yang mana. Matrik Pulau Pinang , Law UIA, Maritim , juga IPBA/QUT Australia.
Ibu ayah berminat anak ambil law. Tapi sianak berminat QUT. Sekarang mengajar di WP.

Sebenarnya anak2 ciksoncikli bukanlah top top student dalam sekolah dalam hal akademik. Tapi semasa bersekolah rendah dan menengah mereka digesa utk berbuat yang terbaik. Buntang mata kami kalau result tak berapa nak elok. Ke sana sini menghantar mereka . Tak biarkan mereka buat sesuka hati sampai ada yang mencebik.
Anak2 dah besar biarlah mereka urus sendiri.

Sampai satu masa memang benar sekali. Sekarang mereka yang kena tolong kami. Tapi selagi mereka belum boleh berdikari,ibubapalah tempat mereka bergantung diri. Jangan buat tak peduli.

Itulah sedikit perjalanan hidup kami dalam memberi pelajaran buat anak anak. Kalau dikarang semua,boleh buat ensaiklopedia....haha.




2 comments:

  1. Benar cikgu
    Selagi namanya anak, kitalah pembimbing mereka hingga ke akhir hayat.
    Alhamdulillah
    Berkat didikan kedua cikgu dan suami anak2 berjaya dlm pelajaran dan bekerjaya hebat.
    Bagus utk saya jadikan pedoman dlm menguruskan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak,
      Anak2 perlu bimbingan ibuayah .Kita kena jadi terbaik buat mereka. Kalau kita pun senget macamana nak betulkan anak2. Ttg kerjaya mereka,alhamdulilah.Lepas dari ibubapa dah mencukupi. Namun apa pun,sentiasa berdoa buat mereka maju jaya dalam karier mereka dah hidup mereka.

      Delete