Cikson anak jati Kedah...Kedahan born and schooled.Namun tak pernah sekali pun menjejak gunung famos amos dinegeri kelahiran tercinta
Akan Gunung Jerai ini,selalu dilihat bila melintasi Gurun. Selalu berfikir...ntah bila lah berpeluang nak ke sana.
Then, anak buat cadangan berpergian sehari dua semasa dia masih bercuti sementara kembali bekerja.
Pulau Pinang, Langkawi dalam cadangan.
Namun kataputus dibuat ke Gunung Jerai akhirnya perjalanan.
So that day saw us anak beranak melalui liku liku jalan penuh debaran menuju puncak. Berdegup jantung bila kena buat lipat patah. Hon dibunyikan bila signal horn kelihatan sepanjang jalan. Mujurlah hanya sekali kami bertembung dengan lori dan terpaksa himpit ke tepi...
Selepas hampir 13 km dan 30 minit ,selamat sampai ke Jerai Hill Resort PKNK. Bilik dibook terus melalui talipon dan bayaran dibuat online..Bilik 406 punya 2 katil single yg comel lote. Bersih dan lengkap kemudahnnya. Tapi view dia hanya taman dan swimming pool.
Lunch ,nasi lemak masak sendiri. Begitu juga malamnya. Breakfast di restaurant dan additional 29 ringgit per pax.
Aktiviti terhad buat kami sbb faktor kesihatan. So bye to flying fox ,absailing, jungle trekking dan seumpamanya.
Namun pemandangan berbaloi. Nyaman sungguh. Pokok pokok bunga segar bugar terutama gardenia. Puas menikmati panorama sekeliling.
Besoknya jam 11 lebih kami bergegas turun. Harapan tu tak adalah orang naik masa tu. Alhamdulillah benar tekaan kami. Semasa turun hanya sekali saja kami berselisih dgn kereta lain.
Jalan turun bukit agak mendebarkan. Laju saja memanjang. Guna gear rendah atau L dan sesekali brake. Hangit juga tayar. Lagi satu jangan guna aircon.
By and by ,nafas lega kami hela bila selamat sampai ke tanah rata..Syukur yaamat.
haha... layan je la gambar gambar semasa disana ya..diabadikan buat kenangan dihari muka.Gambar flora dan fauna nya yang marvelous. Ni musim kering , kalau sejuk lagilah menawan khabarnya.
Sana sini bunga batu menghias laman |
segar bugar dan besar |
Pokok tanah tinggi |
Ni bunga tongkeng kan.. |
antara fern yg tumbuh |
padang permainan |
dari beranda rumah tumpangan |
Thats all folks..bye.
Bila la nak boleh naik sini.
ReplyDeleteCubalah sekali. Rasa nak naik lagi.
Deletelamanya x kesana. x penah bermalam tp
ReplyDeletebalik hari saja dari Penang..
Mencabar juga kalau naik turun . Seriau jalan jalan kat situ. Tapi berbaloi juga jamu mata pemandangan kat sana.
Delete