Serik rasanya naik ets waktu malam. Tak sepicing boleh lena. Rasanya lebih selesa berbas bila perjalanan malam sebab: Dalam perjalanan malam itu,
- Bunyi bising dari kriuk kriak tren
- Bau busuk dari toilet di koc D semerbak sampai koc C
- Goyangan koc mcm naik bot dialun ombak sekali sekala
- Tv masih dionkan walau jam lebih dua pagi. Gambar kartun pula tu...
Tiket tinggal 4 sahaja. Jadi yg dapat itulah yg kena terima. Maka tak boleh kata apa2 bila kami berpisah tempat duduk. Cikson di seat 6B dan cikli di seat 10C. Untuk pengetahuan kalau seat 10 ke atas dikoc C adalah seat face to face leg to leg... hehe..Mujur ada hamba Allah yg sukarela nak switch seat . So cikson diseat 11 mengadap seat cikli. Ruang utk kaki sedikit padat. Tak boleh senang hati berlunjur gitu.
Ni la seat face to face tu... Sesuai utk famili |
bila mengadap cafe... macam2 aksi dapat diperhati.. |
Terimbau kenangan masa zaman muda belia cikson merantau ke Selangor. Masa itu belum ada express bus semua. So by trainlah selalunya. Di stesen BM atau Butterworth , perjalanan adakala sendat dgn penumpang. Dan bila tren berhenti seketika di Tg Malim, rasa peristiwa itu baru kelmarin.Dulu2 ada bunk utk tidur dan koc tren berkelas kelas gitu. Kalau first class selesalah dari third class dengan perbezaan yg ketara
gambar google...sapa pernah naik tren malam gini..nostalgic betul |
For info,tren malam ni berhenti entah berapa puluh station. Tapah Road, Tasik Gelugur antaranya.
Dan schedule dia tak ada selalu. Hanya hujung minggu.
Perjalanan 5 jam dari KL Central jauh beza dari masa dulu dulu. Dulu more exciting and happening. Sekarang masing masing bawa hal masing. Dengan gadget ditelinga,mata tertumpu di screen, perbualan tak kemana...Dan tiada lagi hiruk pikuk orang berjaja diatas tren.Sementelah terpampang no outside food allowed.
seat 10 dan 11 face to face dgn penumpang lain di koc C Screen masih tunjuk gambar kartun walau sudah dinihari. Rasanya kanak2 pun dah tak minat nak tonton tv waktu begini. |
Sebenarnya banyak kemudahan bila ber ets bila berjalanan..
- Boleh letak minuman dan brg2 ringan depan kerusi,tapi pohon jgnlah letak kaki
pull out mini table |
- boleh pilih seat kalau rajin bertanya pada kaunter atau bila buat on line purchasing.
Ha... tgk betul betul seat dan koc yg sesuai Yg ada toilet atau dkt toilet kalau boleh elakkan Kalau tidak terhidulah bau yg semacam...masem |
- Boleh tahu kat mana dah ets sampai atau sedang menuju
tren mlm rupanya banyak stesen dia singgah |
Mmm... Hubby saya duk teringin lama dah nak pergi bercuti naik keretapi. Tak tau la ya selesa ke tidak nanti.
ReplyDeleteselamat berkeretapi cik mala. Pilih seat yg betul ,perjalanan selesa. Kalau tersalah mau pening sepanjang perjalanan.
Delete