Sunday, January 27, 2019

An escapade 2... cuci mata,telinga dan mulut di puncak gunung Jerai..hai hai hai.


Berada beberapa jam di Jerai Hill Resort kami dihidangkan halwa telinga,mulut dan mata..haha.

Cantik bunga bunga batu di situ . Row after row of them. Ada warna biru dan merah samar. Terpesona mata memandang. Maka kepada penjaga taman kami bertegur sapa. Nak beli benih kalau ada dijual.
 Jangan buang duit,tenaga cik,katanya. Ternganga kami mendengarnya.
Dia yg arif tentang horticulture memberi tahu,tidak berjaya menanam pokok itu di bawah. Cuaca sejuk, tanah sesuai di puncak saja yang membolehkan pokok itu tumbuh .Maka bila berada disana,nikmatilah keindahan itu puas puas.

Bertegur sapa person in charge of the taman dan riadah, banyak cerita yang kami dengar.
Kerenah penghuni yang bermacam2. Macam malam tu,kami terserempak,sebuah rumah yang senang senang saja memperaga barrel minuman keras diluar bilik. Barrel tau bukan botol.
Ada yang buat kemudahan disitu macam harta benda nenek moyang sendiri. Melanggar do's and don't . 

Seorang yg baru sampai berjoging dari bawah ke puncak kami tegur. Umur dah 70an tapi masih mampu mendaki jalan jalan berliku. Juga seorang anak menolak kerusi roda ibu didepan rumah menarik perhatian kami. Masa balik,kami berselisih dia dan ibunya lagi dijalan.Bertuah siiubu. May Allah bless the son and family.

Makan nasi lemak masak sendiri nikmat terasa selepas perjalanan mencabar. Puas dapat menjamu anak2. Yg gelihati tu,bila habis mkn,kami tinggalkan bekalan diluar atas meja. Sedang rehat2,cikson nampak kelibat kepala bulat terhendap2 . Apalagi,sekuat suara cikson bertempik. Terkejut cikli yg sedang lena. Dan begitu juga si penghendap itu pun bungkus lintang pukang. Selamat makan malam kami...hihi.


nasi lemak,ayam pedas,ayam berempah, bilis goreng,telor rebus.
Tertinggal pula acar timun and nenas


Makan pagi di restaurant hotel pun sedap. Tentang mkn disini mudah sebenarnya. Ada cafe dan juga food court. Harga bolehlah tahan.


Add caption


Well... kalau ada rezeki,mau lagi kesini. Tapi rasa nya lebih selesa naik van berbayar. Tak gaduh fikir wear and tear kereta dipaksa naik bukit turun bukit. 

Gambar gambar kenangan anak beranak...

Kemudahan bilik 406...
bilik air ok

ruang bilik ok...cuma kati single comel sangat.

 Posing tangkap muat anak beranak. The image of Mary Poppin kept popping in my head. Adalah teringat aksi2 masa singing session dgn anak2 sekolah dulu.





















And at last...dibawah weeping willow.cikson berdiri...hihi.

2 comments:

  1. Pertama kali naik dulu tahun 77. Masa tu cuma ada satu je bungalow batu. Pi geng persatuan sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya. Sekarang banyak berubah. Tapi dok dengar kata ada tauke dok intai2 peluang nak beli. Skrg PKNK yg jaga. Mau dibuatnya kasino kat atas katanya.Dgr dari sembang sembang santai masa kat sana.

      Delete