Showing posts with label cucu tok. Show all posts
Showing posts with label cucu tok. Show all posts

Saturday, September 8, 2018

Simple pleasures

Feeling down?
Dont let that rotten feeling get you down.
Be as simple as a baby if you want to enjoy simple pleasures.
How then?

Lets Fateh shows you how....

No 1.
Watch the wipers move. Laugh out.

No 2
Put on your biggest sunnies.
Roam the mall.

tak ada besaq lagi ka adik?
No.3
Strike a chord. Sing a song you know the tune. To hell with the lyrics.
Let Fohim shows you how...


oh no... its not the one.


This is


                                         
Life is complicated always,but let it be simple some times. 
Bye... enjoy your long holiday. Waech out for the simple things that may bring joy to you. 
May Allah ease our ways always.

Wednesday, September 5, 2018

Tanpa bicara

Abam pakai topi McD



Adik pakai topi tokki
Hari Rabu tanpa bicara
Maka gambar2 saja ya...
Abam bermisai melintang

adik pula .............misai mesti panjang

Monday, August 27, 2018

8 hari di jalanan...

Hi guys,
Its been an absence of 7 days from this platform. Been on a jalan jalan lawat anak cucu time. Tried feeding post from my i phone but to no avail. Once or twice I typed on the phone and tried posting from KL and Pahang...hihi tak memuaskan hati langsung. So since I am back at my own sanctuary, here I am once again.

Ewah macamlah ada orang terasa kehilangan kita...syok sendiri otn.

Oh well..here are some of our on the road time.Ingat dah tak berpeluang jalan jalan dgn keadaan kesihatan yg tak menentu. Alhamdulillah dipermudahkan.

The journey started with a wedding invitation from cikli's uncle. Since its the last wedding of the family, we felt its an obligation to attend. Lagi2 bila kenangkan jasa pak saudara cikli dulu.Tak terbalas rasanya,

On the ets we boarded last Thursday morning. In coach C the window seat that I got was riddled with broken fragments. Gerun tgk 2 tingkap pecah begitu.
my tingkap.
Luckily,no untowards incident and we arrived at KL Central that afternoon safely. Hope KTMB dah rectified the broken window glasses. Tak terbayang wei  kalau dia berderai. Bahaya.

That Friday we spent our time at Zeta Homes. Homes to the boys.Fahim and Fateh. So much entertainment with the two boys around. And I got a new nickname... tok hotdot..haha.

Saturday afternoon saw us attending the wedding

After the wedding to MM as Fahim called it. Konon nak cari baju or tudung. But nothing caught my eyes.

Lupa pula bila ke Ikea Damansara...well on one of those evening. Beli selimut utk perjalanan balik kerana tiket pukul 11.30 malam Saturday night the next week. Anticipated a very cold ride .

all in red..tokwan and fohim


Sunday saw us travelling across the LPT1 to Kuantan. Stayed a night at Cathayana..

view from the hotel window

the hotel... oklah..
The next day Fahim and family returned to KL while we stayed on in Gambang. Raya Haji bersama anakanda until the next Friday... quite a long while.

haha... lihatlah sini kami


And returning to KL,we took the last ets at 11.30 pm on a Saturday and reached home exhausted but contented. Its a time worth spending .

Thats all folks.Bye.

Monday, August 13, 2018

Belaian Jiwa


Seronok tengok gambar dua beradik dihantar ibu pada nenek yg nun jauh diutara sedangkan mereka di ibu kota.
Rindu terhadap mereka terubat jua lewat gambar2,video yg di terima

Lihat ahim ber once upon a time terimbau kenangan lama.
Dua adik2 ku ada mengingati aku akan kisah 2 aku bersama mereka.

Kak,selalu cerita. Ada ada saja . Bawah katil besi kita sembunyi,dengar cerita kakchon yang bersiri...
Kak,aku teringat gulai buah betik kakak masak. Sedaap ditekak.
Kak,aku suka baju yang kak jahit . 

Oh well... those words . It opens your heart and memories to the days gone by.
Sweet memories stay ingrained in our hearts. But not all siblings shared the same joy. Some brought you despair, rivalries and atrocities. You cannot have a connection.From childhood till the end. Poor thing.
the bois

once upon a time...

ni apa? .... mungkin itu soalan Fateh.,6 months to Fahim 2yrs 10 months.
Semoga Fahim dan Fateh membesar menjadi dua beradik yang menyantuni, melindungi antara satu sama lain.No sibling rivalries. Not being squirmish against each other.
Doa tok kedua dua abang dan adik menjadi insan mulia , patuh pada ayah bonda dan agama.Insha Allah.
Sekarang ni nampak Fahim abang yang menyayangi adik. Alhamdulillah.

Wednesday, July 11, 2018

Kasih abang adik

Rasa lega bila mereka selamat. Walau apa bangsa,negara dan fahaman agama. Dugaan selama itu yg mereka lalui pasti mencemaskan sanak saudara ,ibubapa . Well done to the rescuers.

Memandang wajah adik dan abang berdua terpancar kasih sayang . Lambat saja adik merengek,si abang cepat2 menghampiri sambil menyebut.... Abang ada berulang kali. Sejuk hati.

Hanya mereka berdua cucu cucu ciklicikson. Nun,jauh diibukota ,menjenguk mereka hanya sekali sekala. Dengan sakit demam yg selalu melanda, tenaga yg kurang upaya ,melawat mereka jadi payah juga. Bertuah mereka yang ada anak2 dan cucu2 didepan mata. Teringat saja,start kereta dapat berjumpa.

Raya haritu,mereka mengunjungi atuk dan nenek. Keletah si abang dan tenteramnya siadik terpahat dalam ingatan. Tapi macam2 la si abam....

Semoga tidak luput kenangan mereka berdua, ini gambar2 yang terakam. Aksi mereka mmg mencuitkan.

hai,saya abam 

Saya adik 

Time utk relax 2 dan santai2 sambil usha orang lalu lalang

Hai auntie eena,mailah main dgn saya

Auntie bolin pun ok juga

Waaaaaaah... depa buat tak tau saja. 

Alahai... abam f to the rescue
Adik jgn nangis. Abang ada . Abang ada. Kata abangnya
 My hope for them that they grow together as loving and caring brothers.Tak ada lain selain brotherly love. No sibling rivalry. Minta dijauhi dari sifat itu kerana efeknya bukan sedikit tau.Talian persaudaraan kalau sudah kukuh dan baik akan jadi membawa rahmat hingga generasi yg akan datang.

Thats all folks...bye.
Sayang abang dan adik

Monday, June 25, 2018

When the boys came home for raya


Raya pertama dah jauh malam.Kelibat mereka belum kelihatan.
Tahun ini giliran beraya di ibukota. So atok Perlis kena redha...
And its nearly one when the much awaited cucus arrived at RBL.

 Aahim and his younger brother Aateh  ,dua cucu ciksoncikli. Dah pandai berkomunikasi siabangnya dan siadik dah pandai ketawa bila dicah . Meriah.

Ahim mai rumah sapa ni?
Ni rumah tok Perlis.
Sapa ada sini.
Tok Wan,Nina,Bu ,Monkey jawabnya lancar.
Lambat ternampak kelibat Nina.dia menerpa utk bermesra. Tapi anak anak Nina lari bertempiaran ketakutan tgk abam Ahim. Kesian.Entah apa mereka takutkan.

Lihat dia bergaul dengan rakan sebaya yg mengunjungi rumah , berkongsi lolipop , syukur sangat. Dah besar cucu yg satu. Boleh ditinggalkan ibuayah dengan ibu2 saudara, nampak mesra. Bergelak ketawa,bersenda gurau antara mereka buat hati atok dan wan rasa bahagia.

Wan, kaki wan. Nanti sepit.
Dia mengingati wannya semasa nenek menarik pintu gelongsor.
Wan, be careful! Kena kaki. Dia menegur wan yang mengheret besi buai adiknya.
Perihatin dia. Tersentuh hati wan anak kecil dua tahun mengambil berat tentang dia.

Adik dia menangis cepat dia menerpa.
Ahim ada ,ahim ada. Jangan nangis.
Dan bila adik terus menangis dalam dukungan auntie olin, cepat 2 dia anjurkan auntie eena yg menjaga.
Adik nak auntie eena lah..katanya.

Itu antara keletah abang. Sekejap dia bertukar jadi hulk bila dia rasa marah bila disuruh berhenti bermain dgn gadgetnya.

Adik pula dah lima bulan. Baik saja tanpa meragam. Mudah terhibur bila nampak kelibat auntie . eena.

Riuh rendah RBL masa semua berkumpul sejenak dihari raya. Sekarang semua sudah kembali ke ibu kota. Tinggallah dua insan tua tanpa banyak kata kata...haha.

For records ... raya antara juadah..
Ist raya.. ketupat and rendang daging.
2nd raya.. lontong and nasi Hatijah caterer.
3rd raya... kotiau sup siam n nasi.
4th raya.. nasi lemak kakchon style.
5th raya... masak rendang daging n ketupat n bihun goreng.

Thats all folks. Catatan entah apa2 saya. Bila rumah sudah sunyi, baru idea nak tulis turun ke bumi.
Bye... happy working anak anak.
masa balik dulu dulu .besar ni

Masih baby

Dah bertambah besar dan keletah mereka

seronok berbaju tidur ultra mannnn

dah bersiap2 nak balik..

on their way home... bergaya dia.



Bye...

Sunday, April 1, 2018

Layannnn....ting tang ting tang ting eh.....versi pohim.

Sendat kepala dengan seribu maneka persoalan,isu yg ada kena mengena,yang sipi2 kena dan kadang2 tak kena langsung.?
Confused.
Le me put this simply... have too much of everything and so little of something makes one's mind ting tong.
So ... lets have something that makes the mind relaxxxx.
Check this out ,lovelies.

Dato ctdk rasanya tak perlu cari jauh 2 kalau nak backup singer.

Abam pohim kan adee..
Lepas nyanyi dia pun terlena....haha

letih menyanyi
Thats all folks...thank you.

Friday, March 16, 2018

sronoknya dia



Walau di mana saja
Biar bukan di taman bunga
Atau bilik karok yang dikenakan harga

Emak sibuk berkemas barang untuk pindah
Dia pula sibuk dengan concert solonya... alahai cucu yang satu.

Nanti pergi masjid ikut wan pi Jumaat ya..

Sunday, March 11, 2018

rindu seorang atuk


Kesian juga makcik tgk cikli. Hari hari tak lekang sebut pohim dari mulutnya.
Seringkali dia ulangtayang video video pohim yang dihantar anak.
La ni dia buat apa ya..itu soalan lazim cikli

Hari tu dia ulang ulangkan video abam pohim nyanyi lagu bday utk auntie bobonya.
Lepas tu dia melarat menyanyi lagu itu utk tok, wan,auntie eena dan cats.
Even the cats ada dalam lagunya.
Dan abam pohim ingat nama nama kucing di RBL.
Lantang dia memanggil mereka
BU,Nina ,Monkey!

Eh...jom kita pi tengok depa.Ajak cikli
Lepas dicongak,dikali dibahagi kami tak jadi pi.
Tu appointment doktor kan nak kena pergi.
Mereka sefamily nak ke Kuching dan kita ada kenduri.
Hmm... melepaslah cikli nak tengok gelagat cucu cucu yang dikasihi.

Sejak cikli tak berapa sihat, melawat anak anak pun susah nak dibuat.
Kadang kadang cikson pun rasa bosan yang tak terperi kerana asyik dok bertapa saja dalam rumah . Keluar sejengkal,duit, sejengkal duit. Dan dalam keadaan ekonomi kini, tak boleh sangat happy nak berbelanja suka hati.

Maka nak jalan jalan pun kena hitung dulu keadaan ekonomi....
So bila dapat gambar gambar cucu cucu,itu pun dah ok jadi pengubat rindu dihati.

ini si fateh adiknya si pohim

Ni si pohim abangnya si fateh

Ni pohim

Pohim lagi..

haha.... baby giraffe ajak ahim main ya..
Bijak bercakap ahim ni..
Ada saja yg dia bualkan buat kita geli hati.
Tu yang buat siatuk rindu tak terperi..

Bye...happy Sunday folks.

Monday, February 26, 2018

some like it hot....


Deruan kereta dijalan depan rumah sudah berkurangan berbanding jam 7 tadi. Menandakan warga kerja,warga sekolah sudah mula memulakan tugas . Hanya sekali sekala sebiji dua kereta atau motor menderum laju.

Semalam bervoice exchange dgn cucu di KL.
Lembut suara menyapa aku..
Tok dah makan
Tok makan ape?

Suara Muhammad Fahim Zaidan terasa lembut ditelinga . Suara seorang cucu yg disayangi dan dirindui.
Dah pandai menyusun ayat budak dua tahun itu.
Ada karektor nya yang tersendiri.

Baru dulu dia meragam bila dihantar ke play school. Ragamnya bukan kepalang. Selang seminit raungnya bila ditinggalkan.
Ahim dont want school. Itu kata kata dia.
Dan ragam dia tetap sama walau masuk minggu ketiga. Malah meningkat darjah decibel raunganya.

Masa di RBL, ibunya bercerita ttg ragamnya disekolah. Nampak riak wajahnya berubah bila sekolah disebut. Jadi ibu kena mengeja school bila masa hendak bercerita.
But he seemed to catch up with our conversation.
No,ahim tak mau school.
Ahim tak mau friends.
Katanya sambil memuncungkan mulut dan sedih.

Dulu kami cubit saja kalau anak anak tak mau dengar kata...lama2 takutlah dia nak buat perangai.
Mungkin itu saranan orang yg terlebih makan garam.
Well for me,what we have been subjected to, should not be passed to our predecessors.
Ya lah... kalau kita menghadapi kesusahan,kepayahan,pergaduhan,kezaliman dan berpuluh lagi ketidak ketahuan, eloklah kita jauhi dari anak cucu kita.Selagi daya.
adik abam fahim..fatih namanya

sayangi adik 

haha... mengasuh adik


Dulu,ilmu pengetahuan jenuh kena cari. Kena beli buku atau kena jengah ke library. Berbanding sekarang,semua dihujung jari. Taip saja digoogle jumpalah dia.
Maka aku pun menaip ..
temper tantrums in 2 years old.
having baby brother
sibling rivalry.

Dulu mak kita tak dak pun komputer komputer ni. Tali pinggang, penampaq , sedia saja kena kat anak. Besar juga anak . Jadi orang juga.

Well again... some like it hot. But I prefer mine mild. Not cold not hot. Its cool babe.

Till then again. Bye..


Tuesday, February 6, 2018

Thru the eyes of ninasandaq... the antics of abam fahim

Hi people,its Tuesday once again.
Come Tuesday,Thru Ups n Downs is dedicated to nina's thought n fancies...hehe.

Well,well....

Its quite a havoc when budak banyak akal as mamason put it came visiting his grandmom. Last Wednesday, with his mummy,ayah and lil baby brother ,he arrived at RBL just before maghrib. It was a long journey from KL ,so they said.

That night nina could hear his wailing loud and clear.
Nak pi rumah tok,nak pi rumah tok... between his sobs.
Ni kan rumah tok,cikson replied
Tak... ni butan...
He clinged to his father and refused to be consoled. The louder he wailed when someday tried to calm him down. So much for a two year old terrible two's temper tantrum.

Esok tok beli swimming poooool.
Tak mau. Tak nak...

At last after tiring himself he fell asleep.And all was quiet until the next morning.

The next morning....
When nina went into the house, Fahim was a happy self and greeted nina beaming with a smile.
Asokla..
Nina dah akan...he asked me wether I had eaten.
Bu and Nyet following me attracted his attention too.He chased after them trying to pull them by their tails. This startled and terrified the two and they scuttled out of the door in no time at all. Never to enter the house at the sight of abam Fahim.

Now and then, Abam Fahim would put on his show.
He could be seen jumping as in temple run, singing songs that he knew of and make believe s.
The green tins were his favourite toys.Nobody taught him how to use it.
One moment,it was obstacles for the temple run. He would lay down the tins and run over them hailing huk huk huk.
The next time ,the tins were arranged in such a way,it resembled a bday cake on tok wan's sarung. He sang the bday song and puffed at the make believe bday candle. Clapping gleefully.

But his temper tantrums were a class of its own.....

Until cikson went to PB with auntie eena and brought home a mini swimming pool. He was such a happy toddler when given the chance to enter the pool.
Sonok... nak swim.Tok beli. Auntie eena beli...he would tell people.

Oh well.. he's into story telling too.
Gigi supih... he went to demo how he collided with wawa and he fell to the floor. Senget benget dia tunjuk how he went down.
But no mention of  school. He pulled a long face at the mention of sekolah. Such a bad experience for him.

Alahai abam Fahim... those were some of his antics..Such a lively child he is.
Some vocabs of him..
Naik,naik naik.... he imitated the kambings' episode of balik reban that he watched.
I got,you got it... aunty eena taught him..
Bu , Monkey.... calling after the nina's munchkins.
Tok Perlis...

But his attachment to atet @ gadget was something that should be dealt with .... I hope.

Thats all folks..bye

Kita main sini aja anak anak..
Mamason tak bagi kami masuk rumah.
Tu la asyik nak garu saja..

Nina...mai swim
Sonok tau...

Video nila yg abam Fahim minat sangat
Berbelas kali dia tgk.
Dah hafal ...naik naik naik
Baliiiiiiikkkkkkk
Up up up up up..
NINASANDAQ


Monday, February 5, 2018

Bila cucu2 balik kampung...

Sudah agak lama ciksoncikli tidak berpeluang ke sana ke mari seperti awal awal cikson berpencen. Yang kerapnya adalah ke hospital,ke klinik,ke hospital lagi dan lagi.Tak dapat menghibur hati...

Kalau dahulu,teringat saja cucu akan sampai kami ke sana. Naik ETS cepat dan murah sahaja.

Sekarang kami jadi penghuni gua..hari hari kat RBL kami bertapa..

SO... gumbira hati tak sangga bila cikten bawa ahli keluarga bertemu bonda. Abam Fahim ,adik Fatih ayah ibu datang menjenguk teratak kita...

Dulu ,kalau abam Fahim balik,RBL berubah rupa. Kain biru menyerkup divider . Meja kerusi ditolak segala. Jambangan bunga pun hilang dari pandangan mata. Bersembunyi mereka.
Selain memastikan tiada unsur bahaya dalam rumah, keselesaan juga amat cikson jaga. Biar cucu yg seorang tu berasa lega.Nak guling,nak berlunjur dengan bersilat pun boleh semua.

Masih ada lagi... hiburan buat cucu tersayang juga perlu ada. Dulu dia ok saja main tupperware, pengepit baju. Sekarang sikit haru.. Dah pandai dia. Tantrum seorang toddler dua tahun ..hoooi . Mau roboh langit sana. Apalagi bila ada adik baru yang memerlukan perhatian ibunya. Tangisnya macam dibuat buat. Ragamnya datang tak dibuat buat. Terkulat kulatlah siapa siapa yang menjaganya. mati kutu kita dibuatnya...haha

Oh well... begitu juga aku dulu dengan anak anak ku. Ada yg kuat meragam,menangis pagi petang.Ada yang aman tenteram,siang malam. Tak berdehek berdehuk,tup tup dah besar panjang...

Ragam membesarkan anak anak memang memenatkan ,adakalanya. Tambahan lagi kalau kedua ibubapa tidak sehala. Yg satu kata aaaaaa,yang satu kata biiiiiiiiiii. So..anak anak pun jadi keliru yang mana arahan yg nak dituruti. Begitu juga dengan adanya gadget madget yang kita orang dewasa perlu tahu had kegunaanya. Tahu apa bahayanya pada pertumbuhan anak kita.

Eh.. panjang lebar juga ya cerita cikson pagi pagi ni.Got to sign off. Banyak kerja kena bereskan..
Fahim..cepat boleh menangkap apa yg dilihat dan diberitahu
Ajar sekali dah boleh...tapi kalau meragam...hiiiiii..mau runtuh langit nan biru.

Fatih... seperti nama
aman tenteram
merengek pun sekali sekala
harap harap begitu adanya...

Saturday, January 27, 2018

Loving them...






new addition.... Muhammad Fatih Safiey

the two muhammads..
 Lambat rasanya
Berjumpa mereka
Rasa nak terbang saja ke sana
Tapi....cikli sapa nak jaga...hehe
Appointment doktor menunggu saja.






Friday, January 5, 2018

Abam Fohim masuk sekolah..alahai cucu


Sudah dua hari abam Fohim masuk taman asuhan. Kesian pun ada kena berenggang dengan mommy and daddynya. Selalunya dia ke rumah tokder . Tapi tahun ini bakal menyaksikan pertambahan cucu lagi so off he goes to play school. Sikit tak beza dengan anak anak ku dahulu. At a very young age dah berembun pagi hantar ke pengasuh atau taman asuhan. Kalau diingati , wauu.. tak cukup se buku nak ku ingati.

Well... those were the days.
Anak anak ku ada yg dihantar ke rumah pengasuh.
Ada yang pengasuh datang ke rumah
Ada yang dihantar ke pusat jagaan kanak kanak
Dan ada yang berpeluang di asuh oleh neneknya sendiri
Macam macam pengalaman pahit manis dilalui .

Lihat pada gambar gambar Muhammad Fahim di situ ,tersentuh juga hati. At two,apa dia tahu. Yang dia kena berdikari sendiri ditempat baru. No ayah,no mummy atau tok n wan. Nampak juga dia terpinga pinga. Wajah sugul menceritakan semua..

Semalam dia menangis panggil ibu ayah. Tunjuk kereta hitam
Minta minta tu hari ni dia lebih tenteram
And by the fourth day dia sudah ngam dengan keadaan.

Add caption





Semoga hari ini dan seterusnya abam Fohim selesa di tempat baru.

Thats all folks.
Bye...
Tak boleh lama lama,banyak tugas menunggu.