Sunday, March 11, 2018

rindu seorang atuk


Kesian juga makcik tgk cikli. Hari hari tak lekang sebut pohim dari mulutnya.
Seringkali dia ulangtayang video video pohim yang dihantar anak.
La ni dia buat apa ya..itu soalan lazim cikli

Hari tu dia ulang ulangkan video abam pohim nyanyi lagu bday utk auntie bobonya.
Lepas tu dia melarat menyanyi lagu itu utk tok, wan,auntie eena dan cats.
Even the cats ada dalam lagunya.
Dan abam pohim ingat nama nama kucing di RBL.
Lantang dia memanggil mereka
BU,Nina ,Monkey!

Eh...jom kita pi tengok depa.Ajak cikli
Lepas dicongak,dikali dibahagi kami tak jadi pi.
Tu appointment doktor kan nak kena pergi.
Mereka sefamily nak ke Kuching dan kita ada kenduri.
Hmm... melepaslah cikli nak tengok gelagat cucu cucu yang dikasihi.

Sejak cikli tak berapa sihat, melawat anak anak pun susah nak dibuat.
Kadang kadang cikson pun rasa bosan yang tak terperi kerana asyik dok bertapa saja dalam rumah . Keluar sejengkal,duit, sejengkal duit. Dan dalam keadaan ekonomi kini, tak boleh sangat happy nak berbelanja suka hati.

Maka nak jalan jalan pun kena hitung dulu keadaan ekonomi....
So bila dapat gambar gambar cucu cucu,itu pun dah ok jadi pengubat rindu dihati.

ini si fateh adiknya si pohim

Ni si pohim abangnya si fateh

Ni pohim

Pohim lagi..

haha.... baby giraffe ajak ahim main ya..
Bijak bercakap ahim ni..
Ada saja yg dia bualkan buat kita geli hati.
Tu yang buat siatuk rindu tak terperi..

Bye...happy Sunday folks.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu...

    benar tu. Sekarang ni kalau hendak 'berjalan-jalan' kena betul-betul ditimbangtara... Keluar sejengkal pun silap-silap perlukan duit...

    Kasih sayang atuk nenek kepada cucu-cucu memang tidak boleh disangkal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kakcik
      Tak terlukis dan tertulis kan rasa sayang dan rindu atuk nenek pada cucu2. Apa boleh buat... kesihatan dan kewangan jadi penghalang untuk ke sana selalu. Aduhai

      Delete
  2. hehehe
    biasalah tu
    cucu kan
    mahu tak rindu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hans,betul sangat sangat. Tak sabaq tunggu depa balik kampung.

      Delete
  3. Assalamualaikum CikSon...
    How r u? CikSom sini of the defunct Alkisah blog. Ingat I lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Som. Hari ni baru nampak comment Cik Som. How are you too.

      Delete