Monday, February 26, 2018

some like it hot....


Deruan kereta dijalan depan rumah sudah berkurangan berbanding jam 7 tadi. Menandakan warga kerja,warga sekolah sudah mula memulakan tugas . Hanya sekali sekala sebiji dua kereta atau motor menderum laju.

Semalam bervoice exchange dgn cucu di KL.
Lembut suara menyapa aku..
Tok dah makan
Tok makan ape?

Suara Muhammad Fahim Zaidan terasa lembut ditelinga . Suara seorang cucu yg disayangi dan dirindui.
Dah pandai menyusun ayat budak dua tahun itu.
Ada karektor nya yang tersendiri.

Baru dulu dia meragam bila dihantar ke play school. Ragamnya bukan kepalang. Selang seminit raungnya bila ditinggalkan.
Ahim dont want school. Itu kata kata dia.
Dan ragam dia tetap sama walau masuk minggu ketiga. Malah meningkat darjah decibel raunganya.

Masa di RBL, ibunya bercerita ttg ragamnya disekolah. Nampak riak wajahnya berubah bila sekolah disebut. Jadi ibu kena mengeja school bila masa hendak bercerita.
But he seemed to catch up with our conversation.
No,ahim tak mau school.
Ahim tak mau friends.
Katanya sambil memuncungkan mulut dan sedih.

Dulu kami cubit saja kalau anak anak tak mau dengar kata...lama2 takutlah dia nak buat perangai.
Mungkin itu saranan orang yg terlebih makan garam.
Well for me,what we have been subjected to, should not be passed to our predecessors.
Ya lah... kalau kita menghadapi kesusahan,kepayahan,pergaduhan,kezaliman dan berpuluh lagi ketidak ketahuan, eloklah kita jauhi dari anak cucu kita.Selagi daya.
adik abam fahim..fatih namanya

sayangi adik 

haha... mengasuh adik


Dulu,ilmu pengetahuan jenuh kena cari. Kena beli buku atau kena jengah ke library. Berbanding sekarang,semua dihujung jari. Taip saja digoogle jumpalah dia.
Maka aku pun menaip ..
temper tantrums in 2 years old.
having baby brother
sibling rivalry.

Dulu mak kita tak dak pun komputer komputer ni. Tali pinggang, penampaq , sedia saja kena kat anak. Besar juga anak . Jadi orang juga.

Well again... some like it hot. But I prefer mine mild. Not cold not hot. Its cool babe.

Till then again. Bye..


No comments:

Post a Comment