Monday, February 5, 2018

Bila cucu2 balik kampung...

Sudah agak lama ciksoncikli tidak berpeluang ke sana ke mari seperti awal awal cikson berpencen. Yang kerapnya adalah ke hospital,ke klinik,ke hospital lagi dan lagi.Tak dapat menghibur hati...

Kalau dahulu,teringat saja cucu akan sampai kami ke sana. Naik ETS cepat dan murah sahaja.

Sekarang kami jadi penghuni gua..hari hari kat RBL kami bertapa..

SO... gumbira hati tak sangga bila cikten bawa ahli keluarga bertemu bonda. Abam Fahim ,adik Fatih ayah ibu datang menjenguk teratak kita...

Dulu ,kalau abam Fahim balik,RBL berubah rupa. Kain biru menyerkup divider . Meja kerusi ditolak segala. Jambangan bunga pun hilang dari pandangan mata. Bersembunyi mereka.
Selain memastikan tiada unsur bahaya dalam rumah, keselesaan juga amat cikson jaga. Biar cucu yg seorang tu berasa lega.Nak guling,nak berlunjur dengan bersilat pun boleh semua.

Masih ada lagi... hiburan buat cucu tersayang juga perlu ada. Dulu dia ok saja main tupperware, pengepit baju. Sekarang sikit haru.. Dah pandai dia. Tantrum seorang toddler dua tahun ..hoooi . Mau roboh langit sana. Apalagi bila ada adik baru yang memerlukan perhatian ibunya. Tangisnya macam dibuat buat. Ragamnya datang tak dibuat buat. Terkulat kulatlah siapa siapa yang menjaganya. mati kutu kita dibuatnya...haha

Oh well... begitu juga aku dulu dengan anak anak ku. Ada yg kuat meragam,menangis pagi petang.Ada yang aman tenteram,siang malam. Tak berdehek berdehuk,tup tup dah besar panjang...

Ragam membesarkan anak anak memang memenatkan ,adakalanya. Tambahan lagi kalau kedua ibubapa tidak sehala. Yg satu kata aaaaaa,yang satu kata biiiiiiiiiii. So..anak anak pun jadi keliru yang mana arahan yg nak dituruti. Begitu juga dengan adanya gadget madget yang kita orang dewasa perlu tahu had kegunaanya. Tahu apa bahayanya pada pertumbuhan anak kita.

Eh.. panjang lebar juga ya cerita cikson pagi pagi ni.Got to sign off. Banyak kerja kena bereskan..
Fahim..cepat boleh menangkap apa yg dilihat dan diberitahu
Ajar sekali dah boleh...tapi kalau meragam...hiiiiii..mau runtuh langit nan biru.

Fatih... seperti nama
aman tenteram
merengek pun sekali sekala
harap harap begitu adanya...

No comments:

Post a Comment