Showing posts with label bila...... Show all posts
Showing posts with label bila...... Show all posts

Thursday, March 21, 2019

No words required...


Lambatnya lagi nak jumpa adik,katanya hari Sabtu
Video dan gambar sajalah jadi penyambung rindu
Itulah bila hidup berjauhan dengan anak cucu.
Nak berjumpa,bermain,bermanja pun kena tunggu....kena ikut cuti ibu.

Dulu,masa sihat dan kuat
Duit pun bergulung2 berlipat lipat
Sebut saja rindu mereka
Naik ETS, Firefly,Malindow terus berjumpa

Zaman berubah, tok nenek pun sama
Yang sihat, sakit sakit saja
Yang dulu mewah berbelanja
Sekarang kena jimat cermat semua.

Duit...
Masa banyak, beringatlah
Kerana masa tiada
Kita kan jadi serba salah sentiasa

Adik beradik buat buat kita tak wujud,walau dulu kau bantu mereka utk kelangsungan hidup.
Kawan rakan pun akan takut, mana tau kita buka mulut minta tolong utk mengisi perut
Hanya yang simpati saja yang tak terbantut dari membantu apa yang patut.

Duit..
No words required...

Heh... kenapa bab duit pula jadi bual hati pagi pagi
Hah...banyak cerita
Kesian ada,marah pun juga

Bye. Take care everybody. If you dont nobody will.








Sunday, March 17, 2019

Ribut pagi Ahad


Next Saturday will be a school holiday. Yehaaaa!
Adik dan abang nak balik kampung halaman
Jumpa tok,wan,kucing2 ,burung dan ayam.
Tentu seronok ,bukan?

Ayam berketuk...toketuk toook
Burung bernyanyi....tweeeeeetiew tweeet
Kucing mengiau....eeeeeeow weow

Tentu adik abnag rasa kagum
Lihat kucing berlari, burung berterbangan,ayam berak bertaburan atas porch lantai RBL.
Berkicau mulut adik terlopong tgk keadaan.

Petangsemalam,tok sibuk bersihkan porch dari taik ayam yang bertepek tepek
Pagi ini mereka datang lagi buat onar
Haiwan itu tiada fikiran yang perbuatan mereka menyakitkan hati dan mata
Itu saja.......

Ributkan suasana kampung halaman
Manakan dapat dibandar KL metropolitan
Yang ada hanya mengaum kereta di jalan.

Ribut suara tok marah marah ayam dilaman
Manakan tidak...habis bercalar kereta IRIZ tok dan X trail wan.
Sapa nak bayar ganti rugi kalau semua ini berpanjangan


Letih dia nak berhadapan dengan keadaan begini yang tak berkesudahan
Kata wan....mana2 pun ada cabaran
Pandai pandailah sesuai diri dan keadaaan.

Biarkan...
Hmmm..entahlah
Sampai bila boleh bertahan.

Ribut pagi Ahad
Walau panas dan hari kering kontang
Haha... just kerana ayaaaaam.............


cantik kau orang berdating atas x trail .
Amboi...
.



Tuesday, March 12, 2019

Sick and tired


Hows your days guys.
This unbearable weather is making so many of us sick and tired.
Including me and me hubby.
Ada saja sakit sakit yg tak terjangkakan.
I bet it must be because of the weather and the blasting heat wave that got hold of us these few days.
 I think I am going to get a thermometer. I said to cikli yesterday before going  to the mall.Mana lagi kalau bukan ke Giant.
But after chalking up a bill of 3 dollar less of 200 ringgit ,I for go the idea.

Cikli lost his appetite and wont have any rice for lunch.
Hmm,lets have mee kari instead.
So to the last counter that served noodles we went.
And on the shelf was a notice that said. REHAT sebentar.
Two workers were having their lunch together.
In spite of the notice, cikli acquired the worker when will the REHAT be over.
hehe... dah kan kena marah.
Dengan nada yg tak berapa baik, cik adik2 dibelakang kaunter yang sedang menjamu selera menjawab...Kami tgh makan. 15 minit lagi .
Ok ok ...makanlah.
Boleh saja layan customer kalau diatur time makan. Mereka berdua boleh saja bergilir makan. Tak perlulah tutup kaunter. Lagi pun bukan kami saja yg menjenguk ke situ. Ada lagi 3,4 customers.
Mau rugi taukeh .

Beralih pula ke kaunter lain.
Si pekerja kecil molek melekat dikerusi bila kami tinjau tinjau menu di situ. Kotlah nak sapa dan tanya pelanggan apa maunya.
Rugi lagi si tauke gerai.

Akhirnya kami ke gerai yang tidak pun plan nak pergi. 2 set nasi ayam penyet kami order.Cepat dan tangkas si hero dibelakang kaunter mengurus order kami. Tapi amat payah nak dengar bicara dia. Dan aku rasa dia bukan orang sini.

Kadang2 sick and tired juga tengok gelagat orang kita. Berniaga nak senang saja.Duit kecil tak pernah cukup. Jenuh kita menunggu utk dapat change balik.

Masuk ke Giant, mungkin kerana lama tak berkunjung, aku a bit lost cari barang nak beli. Dan badan yang sick and tired cepat terasa sick and tired berjalan menyorong trolley dari alley ke alley.
Tengok harga...lagilah sick and tired.

Sebelum apa apa,cepat beredar dari situ.
Balik rumah baru sedar yg nak dibeli banyak lagi belum berbeli!
Yang dibeli dah terlebih ration kat rumah..

Thats all folks.
Apa pula nak masak hari ni....

Images from google.




Thursday, February 28, 2019

Inferno 2....again!


Last night, seeing footages of the train crash in Cairo had my hair standing on ends.
It was too grotesque for me to upload it here.
Seeing people burning running up and down the stairs was terrifying in itself.
Masha Allah....besarnya dugaan.
In that incident,20 pronounced dead and hundreds wounded.
Been a victim of scalding with hot water and could fathom the pain the burns and wound inflicted.
Sakit sangat...
Ni terbakar...lagilah.

Following international news made me cringe too.
Everywhere, in fact there's only a few inches on the world map that are not marred with catastrophe.
Some were deep in ice.Coldest that the modern world has known.
And some were hot,as hot as can be.
Australia facing that hot season.Its summer there I presume.

But the tension between Pakistan and India had me fidgety.
The two nations been at each other's throat since time in memory. Dating back to 1971 or later where the last conflict saw the formation of Bangladesh...correct me if I got the history wrong.
These two nations has nuclear heads!

Having my sonny bonny there made me fear more.
Although he is hundreds of miles from the conflict area,my worries are real.
Been catching news on aljazeera and cnn almost as early as can be.
Statements from the Malaysian Embassy must not be taken lightly.
Malaysians are to put on hold visits to those areas.
There goes my plan for a holiday there.
Hope he is fine . And if matter arises he knows what to do....travel papers in order and other stuff.

In the home front... it was disturbing to see religion being used to instigate.

Thats all my friends
Doakan anakanda dan warga Malaysia yg lain selamat di Pakistan dan India.Dan dua negara ini berdamai utk keamanan dunia.Read that Mimpi Muhammad Qasim . Cringing.

Bye...Peace to Malaysia
Peace to the world.

Tuesday, February 26, 2019

The inferno


Dalam dua tiga hari ni, banyak juga kes kes terbakar terjadi .
Kes bakar sampah belakang rumah
Kes bakar sampah tepi jalan
Itu kecil kecilan...
Teringat akan kejadian beberapa tahun lalu di jalan Behor Mali, cikson tegur cikli yang bakar sampah tepi jalan satu petang.
Dangerous lah you bakar sampah kat situ. Tepi jalan tu....

Semalam, gambar gambar dan video kebakaran feri Langkawi-Kuala Perlis mengejutkan kita. Mujur tiada fataliti. Ferry Golden Dragon entah berapa kali kita naiki. Berulang alik ke Langkawi semasa berkursus dan bercuti.Ah..ngeri .


googled picture


Kejadian kebakaran lori tangki minyak di Highway dekat Slim River? juga amat menyayat hati. Tak gamak melihat sekujur tubuh dimamah api.Allahu. Alfatihah buat arwah.


googled picture



Di Perlis sekarang, sana sini orang membakar jerami. Senja semalam dari kejauhan nampak api menjulang ditengah sawah. Dengan angin yang agak kuat, api nampak kecil dari mula,tiba2 menjadi besar dan jelas dari RBL. Mujur api dapat dikawal.

Di Bangalore..300 buah kereta terbakar semasa pertunjukan Aero Show. Katanya penyebab kejadian puntung rokok. Namun ada juga terbaca, exhaust kereta punya angkara. Exhaust kereta yang diubah suai utk apa entah senang mengeluarkan spark. Dan bila kereta diparking atas rumput kering, maka itulah akibatnya.

from googled picture


Dan pagi ini di Durban, terbaca sebuah masjid jadi target arsony.

Begitu dengan api. Dia memang amat berguna kalau diguna dengan berhemah.Namun andai leka, the inferno unleashed is unfathomable.

Begitu juga api di hati....
Bakarnya mungkin dah lama terjadi
Namun baranya masih terselit ,susah nak mati..
Maka sekali sekala, nyalanya buat sakit menyakiti.

Thats all folks
Take care in this hot dry weather will you.



Monday, February 25, 2019

Patutlah mendidih saja...

dari jab met
Hah...lihat peta di atas
Patutlah rasa panas semacam
Dah tahap 1 ( Berjaga jaga )
Di Perlis, Sebahagian Perak, Kepong,Muar termasuk dalam kategori ni..

RBL ni bila sejuk,sejuk sunggoh.
Tapi bila panas...tak terpasan aircon dan kipas.
Semua panas
Lantai panas, sofa panas, udara panas.dinding panas.
Dari tgh hari sampai malam.
Termasuklah hati pun nak panas saja.
Sikit saja mau berdenting denting marah...haha

Semalam, mkn malam cucur goreng goreng.
Semalam juga tertengok rancangan penuh deraian airmata dgn Aznil sebagai pengacaranya.
Cashing on misfortunes and singing to win RM 20 thousands utk bayar hutang.

Well...Mikrofin Impian nama rancangan
Sedih tgk dgn sedu sedan penonton
Last last kita pula yg teremosi bila sebaris ayat dilontarkan..

Haaa..kita makan cucur kodok saja utk makan malam.
Bersungut ttg makanan yg disuap dimulut amat tidak senang didengari
Apa pun yang disaji...harus disyukuri
Ada orang tinggal Rm 1.20 utk biayai anak bini
Apa yang dapat dibeli dengan RM 1.20 ini.

Rezeki harus disyukuri
Lebih lebih lagi kalau dia datang dengan sendiri....

Hmmmm.... musin panas begini

Sunday, February 24, 2019

Bila rindu...


Bila rindu
Tatap gambar gambar kamu
Hati terhibur
Tengok telatah telatah kamu.

Nak berkunjung selalu
Jarak memisahkan
Jadi,dari kejauhan
Sama2 berkongsi perasaan.

Rindu pada yang ada
Telefon mereka selagi ada
Dan jangan pula
Bila kau panggung kepala,mereka sudah tiada.

Masing masing dengan kesibukan
Masing masing ada kehidupan
Derap langkah tak sama tak seragam
Namun ikatan persaudaraan,kekeluargaan jadi ikatan.

Adik kakak abang
Ingat pesanan
Andai ibubapa telah pergi
Ikatan silaturrahim antara kamu jangan dirungkai
Bantu yang susah
Hormat yang tua
Sayangi yang muda
Insha Allah,terpelihara semua.

Rindu dua2 budak ni


Abang yang riang ria



Adik yang praktis yoga

Sunday, February 17, 2019

Morrrrning folks.. Sunny Sunday you all...

dari pintu kaca sliding RBL...

Cahaya jingga dilangit menyinar
Tanda bumi akan terus kemarau kata yg bijaksana dan terpelajar.

This morning ,at around 7.30,I noticed a not so often phenomena .
The orange hue in the sky is more predominant than before.

A statement by a not so round and sound a person...his mentality I mean, garnered many comments and rebukes by the netizens.Ranging from the ordinary laymen, to the distinguish personalities the like of muftis and astronaut who responded academically,cynically or otherwise.

The earth is round laaaaa..
The earth is a hemisphere
The earth is like an egg....

I leave it to that...

Coming back to the orange hue in the sky, I did read that it is a sign that the kemarau or drought that we are facing right now is going to stay a bit longer than welcomed. Kangar has not seen rain for quite a long period of time. The sun shone brightly and its scorching heat could be felt strongly in the afternoon.

Perlis is harvesting season right now. Yesterday,the huge harvester was seen harvesting the plot of padi field in front of RBL. And after harvesting is burning of the straw. Pity those who have to live with smokes and threat of fire. And of late,there's been a number of fire which not only burn down the straw but properties as well.

In some places, right this moment, people were taking opportunities to take photographs of themselves on bales of padi straws. Just like TEXAS they say.But I have to say no... those creeepy crawlies deter me from getting near them..CHARLIE  is in my mind.

Thats all folks. Sunny Sunday for us. How about thee?

Layan gambar2 dari PerlisAktif fb.
TEXAS mai Perlis......







Saturday, February 16, 2019

Marie Kondo...


I got to know the who is Marie Kondo not long ago.
Ingat nama kondo yg bersepah di KL sana.
Rupanya ada siri dalam Netflix yg tengah famous sekarang.
Tentang cara cara mengemas rumah.
Namun sampai sekarang belum berkesempatan menontonnya on tv. 
Jadi makcikson pun cari tentangnya di google dan fb
Dapatlah tgk u tube dia satu dua. 
Bila jumpa fb dia, cikson terus like and follow.

Dalam banyak2 tu, tertonton cara dia lipat baju.
Baju yg dilipat boleh berdiri bila disusun sbb lipatannya tiga . Ada support gitu.Teringat masa cikson lipat dan susun tudung dn baju dulu, sng sangat berkecamuk bila dikeluarkan.If I have known earlier.

Bila mengemas dan clutter barang barang, Marie Kondo way is to go by category. Not places or rooms.
Dan bila dalam proses itu, satu soalan yg perlu di tanya adalah...
Adakah barang itu,benda itu spark joy.
SPARK JOY?
Aha...betul. Buat kita gembira.
Contohnya... bila pegang baju atau tudung. Tanya diri. Gembirakah aku pakai yg ini. Kenakah dia dgn personaliti, fizikal ku? Berapa kali aku cuba pakai, tapi tak menyenangkan fikiran. Serabut lagi ada.
So apa mau dibuat dgn benda itu?
Boleh donate, recycle, simpan sbg kenangan atau BUANG!

Satu lagi ... bila menyimpan perlu ada kotak,bekas atau penghadang.
Kotak tranlucent atau plastik transparent disyorkan supaya senang nampak.

Dua tiga video yg cikson tonton memberi sedikit panduan utk cikson nak menyimpan rumah.
Tapi kalau sorang saja minat menyimpan rumah, orang sebelah minat mengumpul tak berapa seronok juga.
Dua 2 suami isteri kena sefahaman. Begitu juga anak anak. Baru kena.
Semalam cikli bawa balik trash from somewhere. Dgn tegas cikson tak mau . Jgn bawa masuk rumah.
Di rumah no7, dah berlori cikson hapuskan dan luputkan barang barang himpunan cikli. Namun bila berkunjung balik, terkejut beruk cikson bila masih ada lagi harta karun yg dibawa balik. Punah kerja pembersihan yg dibuat. Terbantut niat nak jadikan no 7 berseri balik. Aduhai.

Cikli masih simpan fail kerja dia berpuluh tahun dulu. Penuh almari didepan rumah. Entah bila la dia nak kemas. Jangan tak tau,mau kiamat rumah,kalau barang barang dia disentuh. Sedangkan cikson dah lupuskan hampir semua harta karun masa kerja dulu. Hanya yg penting saja yg tinggal.

Well... satu hari cikson kena jadi Marie Kondo utk rumah dinombor tujuh.For once and for all.

Thats all folks. Jeritan dari hati...hihi

Ni cara cikson sebelum jumpa Marie Kondo..
..
barang dapur...

tudung masa kerja

 haha... sekarang ni mana depa?

Nanti bila terkesempatan buat cara Marie Kondo, tentu lebih kemas lagi...

Tuesday, February 5, 2019

The case of the missing digit 2..

Gong Xi Fatt Chai to all my Chinese friends and former colleagues as well as students.
Have a nice day.

Salam buat kawan2 di alam maya dan di dunia nyata buat yg lain.
Semoga semua dalam keadaan selamat and having peace of mind.

Peace of mind?
Ya lah... peace not piece.

Masih lagi kisah semalam dulu.
Kisah fikiran ku serabut kerana memikirkan dua ratus lima puloh empat ringgit ku terbang melayanglayang macam duit2 yg melayang masa AJL tu. Di akhir persembahan Suffian tu katanya yg melayang2 turun tu konon kononnya duit bukan bunga.
I miss this part because I was not watching tv by then.

Seperti biasa ,kalau aku ada problem,aku tanya uncle google.
Cepat jari aku menaip.
Silap akaun bayar tnb
Wrong payment of tnb account..


website ini ..

submit feedback.


Disitu ada fb tnb...tapi malu pula nak tulis dalam tu.
Then I enter tnb website....TNB Careline.
Di situ aku lihat ada macam borang. Lantas aku isi . Then send. Berkelip kelip saja page tu suruh aku tunggu masa tu. Lama sangat ,aku tutup dan ingat besok sajalah talipon hotline.

Masa nak tidur aku,scroll message2 lama. Haaaa.... masa tulah aku jumpa jawapannya dan dapatlah aku tidor lena.

It was next morning when an unfamiliar number rang me up.
It was TNB Kangar!
Waaah....cepatnya mereka response.
Wanita dihujung talipon menanya aku akan masaalah aku . Juga memberi my peace of mind.
RM 254 tu dah masuk akaun tnb RBL yg bernombor sekian.

Thank you TNB for the quick response.
Lega makcik.

Thats all folks. Have a peaceful day.

Saturday, February 2, 2019

Bila dia ketawaaaaaa...ehehehehe



 Tak perlu apa apa
Untuk buat dia ketawa
Acah acah sudah cukup sebenarnya
Buat dia terkekeh kekeh ketawa semaunya..

Kalau dapat aku jadi dia
Ketawa sentiasa
Tanpa perlu risau ttg apa apa.
Bertuahlah badan kalau begitu jadinya.

Risau tak membawa kita ke mana mana sebenarnya
It robs our happiness today thinking of tomorrow yang tak pasti.
What ever will be, will be.

Selamat menjalani hidup buat semua
Disini dan di sana
Semoga Allah memberkati kita.

Bye....
Ketawa macam adik selalu ya..
Ehehehehehhhh hahaha.
Semoga terbang semua risau dan runsing yang melanda.

Till we meet again,
Have a happy weekend.



Monday, January 28, 2019

New Begininininin....as pohim likes to say.Hehe.


Pohim is fond of saying Good Moningningning..a lot.
Voices of him wishing us this way cropped up now and then.

Emulating him, mamamia would like to wish kakngah Good Luck in your new begininingning....hihi.
Kakngah fondly addressed as auntie eena starts work at a new place commencing today.
Semoga anakanda dipermudahkan urusan dan segalanya dalam organisasi baru.

So too ,to my sonny bonny in Bangalore, India. This is his second week over there. Hope all the rough ends be polished by now. Yesterday mama messaged an old acquaintance who had spent some time in that region. Asked about the life up there. To my relief ,she was positive about the place. Hope you too would eventually find solace in your presence there. Heard about Kak Ani and Abang Nuar,our former late neighbour's daughter and son in law.

Heard that the two other girls too have their fair share of new beginnings. That is having new Heads. Kepala baru?  Ketua/GB/Pengarah barulah sayang...
Haha... dont care too much about what others got to say. Was my motto. Sometimes,you hear all the negative vibes of a person who is going to play a role in your career. You feel down. But when you actually meet and work with them...haaa..not bad after all.
Once,I was transferred to a school where everybody dread to go. Ketua tu garang nak mamps la, bengis la..yada yada yada. But when I worked there, I was ok. Feel safe under his administration . Parents pun tak berani nak mai complain tak ketahuan..even JPN pun . haha. Sapa tak kenal Mr. Jayaram kan. I think I would never thank him enough for his help.

Thats for the time being loves..Mommy wishes you all four the very best of everything. Good luck in all your undertakings.

Bye...
Remembered those days when I read books on motivation and hows to.....Got a few at the our old nook.Worth digging them up.

a good book 
Hope these quotes too could lift your spirit soaring high..




And above all... Jangan lupa ajaran agama..Its the pinnacle of our strength.

Bye again..

Monday, January 14, 2019

Cucu Atuk... satu kesan


Buntu. Kata kata macam tersekat.
Tapi yang hairannya, dalam kepala padat
Macam macam terpahat
Kenangan lama mengimbau menghambat.....

Satu posting dalam fb menarik perhatian ku.
Subject matter.... effect of unhappy upbringing as a child on our adult life.
Dan keadaan ini keadaan ini menggamit memori.....

Si ayah yang tidak pernah menggunakan kelembutan dalam komunikasi keluarga. Nada suara macam tele movie tv3 semalam...Cucu Atuk . Tegas, garang, memerintah . Watak yang dibawa pelakon veteran ,Jalil Hamid , berkesan dihati. Menerpa kenangan tentang susuk tubuh seseorang. Bukan hanya kata kata yang menghiris tapi juga perbuatan. Ada saja yang tak kena pada mata dan hati. Ada saja yg buat diri jadi Hulk bak gergasi mengeluarkan api. Kalau pagi marah, api kemarahan merah menyala sampai dini hari...
Menonton drama tv kadangkala beri keinsafan buat diri. Buat muhasabah akan kesalahan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang zaman . Bertuah mereka punya ibu ayah yang sefahaman, lembut tetapi tegas berbicara. Tiada syak wasangka dan sengketa antara mereka. Juga kasih bertaut rapat antara ahli kelurga.



Bercakap tentang ahli keluarga... sianak bersikap kurang ajar pada ayah kerana apa? Dalam cerita Cucu Atuk, silapnya kuat pada si ayah. Sikap panas barannya mungkin menyemai sikap memberontak anak2 . Ego dan hanya mementing diri akhirnya memakan diri sendiri.

Sini aku petik beberapa consequences anak anak yg dibesarkan dalam persekitaran tidak harmoni. ...








Well guys, if you happen to be in a position to shape someone's future and destiny,hope you have a grasp of what I am trying to say...

that to have nice, kind,children, we too as caregivers got to be kind and nice.
So mum and dad, please please show your best attitude. No shouting, no shaming, between the both of you.

You ( father) yang bercakap kasar dengan isteri berharap anak anak akan berlemah lembut. Sorry. You yang tak pernah tunjuk contoh yg baik, harap anak jadi baik.
You yang tak pernah tolong kerja rumah,yang anggap isteri second class citizen,harap anak2 akan hormat ibu mereka.

Well, the list goes on and on and on.

Besar responsibiliti seorang ayah dan atuk... jejak mu bertapak dan berbekas..

Drama tv adakala memberi kesan sebenarnya.

Sunday, January 13, 2019

Meniti zaman...intekma hotel dlm kenangan.


Semalam keluar berita hotel UITM nak ditutup. Se tahu aku yang kurang tau di Shah Alam dulu ada 2 hotel UITM. Satu UITM hotel ,satu Intekma. Pernah menginap beberapa kali di dua2 buah hotel bila ada anak yang belajar didaerah sana. Selain itu, Concorde, Grand Blue Wave , dan beberapa lagi.

Kisah2 berkelana dan bermalam di hotel2 itu telah zaman berzaman. Masa anak2 sambung belajar luar Perlis, tinggal dihotel satu kemestian. Bermula dengan hotel2 sebelah KL semasa anak dara belajar di sekolah tengah Bandaraya... Seri Puteri. Bermula dengan menumpang di rumah adik cikli di Kg Melayu Sg Buloh, kami mula konfiden bermalam dihotel hotel setelah pandai selok belok jalanraya ibukota. Masih teringat arwah isteri adikcikli yang sentiasa memasak utk kami andai kami singgah ke rumahnya. Pagi pagi sebelum kerja dah siap juadahnya.Ada ada saja sajiannya.

Intekma resort pula kami singgah bila kami mula berkunjung ke Shah Alam.....beside Quality Hotel,hotel kegemaran kami. Banyak kenangan di sini.
Searching for pictures of our stay in Intekma in this blog ,tak adalah pula. So to google I went...





Meneliti posting posting dalam internet ada yang bercerita apartment di sini anker. Entah betul entah tidak. Tapi rasa seram tu ada. Apartment yang kami stay tu ada tangga menuju bilik tidur yg open ditingkat atas. Bawahnya adalah living room dan kitchen. Ingat lagi, kalau nak sorang2 ke bawah atau ke atas tidaklah....semacam saja rasanya.

Dengan penutupan hotel ini,hilang lagi satu landmark kenangan kami. Mula dulu Quality Shah Alam.
Whats next?

Thursday, January 10, 2019

These few days...crossroads


Like driving, life is full of crossroads. Sometimes you are very sure of which turn to turn into. But sometimes.... you dilly dally, you speculate, you fumble,you rumble before taking a turn. Some may be calculated, some just move on, bull dozed on. Whatever may. Whatever be will be,will be. Que sera,sera.

Hence we have those multitude turns... heard about u turn, v turn, . Plentiful these days. We came across plans that are reversed. Plans that are overturned. Plans that stood still.

These few days, life for people in RBL or from RBL  or known to RBL were crisscrossed. My sympathy goes to my sister in law who lost her dear husband a few days before. Yesterday,after attending Klinik 1 Malaysia for his daily dressing, I drove into her taman. Honked a few times but no answer. Later got to know that she has to settle matters regarding her late hubby at the former work place. For a full time housewife, I could visualise her bewilderment. Hope alls well for her after hearing news about impending pembahagian harta peninggalan. Kesian kan seorang balu yang berhadapan kematian suami dan terpaksa mengharungi hari hari tidak menentu bila hak hak dipersoalkan. My doa for her.

My sonny bonny too is at crossroads. His attachment to India has many loose ends. To go or not to go back to Bangaluru. Many pertinent matters especially regarding perks, seniority, job scope arose. We tried very hard to help him in whatever we could.  Matters regarding working overseas especially in India were searched in the internet. Susah juga bila HR kurang membantu dalam memahami clause dalam perjanjian. Renumeration for instance. Kalau rugi tak berbaloi lah pergi. Teringat uncle yg banyak pengalaman berkerja diluar negara. Kalau dekat nak pi jumpa dia minta pendapat. Hi uncle!

There are a few matters too thats been hovering like drones over my head. Personal health, hal anak anak dan suami macam tak putus putus dok menghurung .... hai entahlah. Agaknya bila dah kaku baru hal hal begini selesai. Tapi mai hal lain pulak kan... seram memikirkan.

Wah.. panjang dah cikson dok click clack cluck kat papan kekunci ni. Got to sign off.

Semoga hari hari yg berbaki, aku lebih terarah...bila tiba di crossroads.

Saturday, January 5, 2019

PABUK...bukan mabuk!


At present,bukan presence, news about cyclone topical  PABUK is trending in socmedia. Its Pabuk not MABUK! ya. As some people likely put it.
We living up north could feel the rippling effect of the cyclone. I was walking down the alley of Hospital Tuanku Fauziah when I could feel strong winds blowing. The sturdy motorbike parked by the road could be seen wavering . It could be topple down any time. Walking against the wind , I could hear the splatter splitter of the roofs above. Afraid of falling objects I hurried down the road until I reached the proximity of the wards.

It is very cold these few days. Aircon was not on as it was a few days before. Even the fans were at low level. Tap water feels like ice to the skin.

I followed PABUK's path every now and then on the net. Now its over Segenting Kra in Thailand. Rough seas and high waves were the news these few days. Pulau Perhentian and the oil rigs in the east coast werent spared either. Koh Samui and the likes of it were not spared too. Hope theres no casualties. Hope too no one is fool hardy enough to swim in the rough seas.

Now to the MABUK part of the news on social media.
We have news about YDPA.... a lot circling around. From Russia to Malaysia ,news were abuzz about his marriage to the former Miss Moscow.

News about bickering and power struggle within a party in PH too is making us mabuk. For years we knew them by their struggles to upheld justice.Then...and now.

The temple issue is still on going. Hope for justice to be served .

Sonny Bonny attachment to India is still in the bargaining process. Though he should be there start of January 2019 ,some matters arose. How come they change clauses at their whim and fancies without prior notices to Malaysia hq. Hope there's no hanky panky la. Worry juga .


Thats all folks.
Hope too my sil is strong during this time after her hubby's untimely death. And people around her be understanding too. Give her the support she much needed .

Another mabuk issue...why is my energy bill creeping up ,up and away. From 100 plus its nearing 300 . CI is needed here.

Stay safe people.Bye.




Tuesday, January 1, 2019

HAPPY NEW YEAR round the globe


Where are you this first day of 2019.
Lets see ...

Malaysia

Add caption
Cuba teka kat mana greetings ni diucapkan...

1.



2.

3.




4.


5.
 

6.


7.


8.


9.


10. Lastly...





Happy New Year
Welcome 2019
Please be kind to us...


Monday, December 31, 2018

2018..throwback in pictures


2018...in memory. Harap harap tak tersasullah ingatan makcikson ni.
Alahai... bila terlebih veteran,ingatan pun lintang pukang


JANUARY....


buku catatan kewangan yg diguna


gubahan bunga yg dibeli utk menyeri RBL tahun ini/
 Yang ini paling bererti...


Muhammad Fateh Safiey...
sudah 2 cucu ciklicikson ni..Fahim and Fateh jadi penyeri..


FEBRUARY


Ada anak yang membeli property
MARCH


cikli masih gagah beraktiviti di gemari... memancing
APRIL

bday present

ini pun juga




MAY

pasangan veteran ini di tempat kenduri... eh lupa sapa punya kenduri eh...
Mungkin anak saudara cikli.



Kita juga mengundi... pilih mata satu corak yang akan mewarnai hidup kita 5 tahun ke depan ini
JUN.....


bulan puasa ....persiapan raya
JULAI....

Kita rayaaaa....eh ni bkn bulan Julai ke





Ke Ibu negara....ber ETS kita

Melawat dua beradik ni dan juga berhari raya di Bukit Mahkota


AUGUST.....

Aha aha... lama tak pernah buat

SEPTEMBER

Masuk hospital bulan ni...

Selepas makan kenduri...hihi


Mereka masih bersama...
OCTOBER...

Di sini kami... dari Zeta Homes,Kampung Batu

makan kenduri anak bapa saudara cikli
Walau kurang upaya tetap kami gagahi


Kemudian pergi ke daerah ini dan menginap disini..
Hotel  Cathayana namanya dia..

Lepas lelah sejenak di sini sambil tgk air sungai Pahang yang tenang

Di sini , juga
Pantai Balok menggamit pergi

cikli

sapa lagi...tu la kami..
 NOVEMBER...

Tak jemu menatap gambar ini
Moga dapat ke sana 2019 nanti..


Ada anak yang kena makan dalam sia begini
Nasi beriani setiap hari... di Bangaluru  untuk berbelas hari..
Thn 2019 ...kena setahun kali ni.


 DECEMBER...

Ahim balik kampung halamaaaan
Bersama mama, ateh kesayangan

Bukti2 mereka ada di RBL ini..
Asal mereka selesa dan senang berlari..

Tidak lupa juga dua kenduri di satu hari
Di Kangar dan SP


Kenduri di Sungai Petani.
Dua travel buddies yg suka mengembara
Semoga bahagia

Bersama emak dan bapa saudara
Anak saudara cikli di Kangar pula.


Pentupnya.....

I love this quote.... beginning and ending
Tepat....