Sunday, January 13, 2019

Meniti zaman...intekma hotel dlm kenangan.


Semalam keluar berita hotel UITM nak ditutup. Se tahu aku yang kurang tau di Shah Alam dulu ada 2 hotel UITM. Satu UITM hotel ,satu Intekma. Pernah menginap beberapa kali di dua2 buah hotel bila ada anak yang belajar didaerah sana. Selain itu, Concorde, Grand Blue Wave , dan beberapa lagi.

Kisah2 berkelana dan bermalam di hotel2 itu telah zaman berzaman. Masa anak2 sambung belajar luar Perlis, tinggal dihotel satu kemestian. Bermula dengan hotel2 sebelah KL semasa anak dara belajar di sekolah tengah Bandaraya... Seri Puteri. Bermula dengan menumpang di rumah adik cikli di Kg Melayu Sg Buloh, kami mula konfiden bermalam dihotel hotel setelah pandai selok belok jalanraya ibukota. Masih teringat arwah isteri adikcikli yang sentiasa memasak utk kami andai kami singgah ke rumahnya. Pagi pagi sebelum kerja dah siap juadahnya.Ada ada saja sajiannya.

Intekma resort pula kami singgah bila kami mula berkunjung ke Shah Alam.....beside Quality Hotel,hotel kegemaran kami. Banyak kenangan di sini.
Searching for pictures of our stay in Intekma in this blog ,tak adalah pula. So to google I went...





Meneliti posting posting dalam internet ada yang bercerita apartment di sini anker. Entah betul entah tidak. Tapi rasa seram tu ada. Apartment yang kami stay tu ada tangga menuju bilik tidur yg open ditingkat atas. Bawahnya adalah living room dan kitchen. Ingat lagi, kalau nak sorang2 ke bawah atau ke atas tidaklah....semacam saja rasanya.

Dengan penutupan hotel ini,hilang lagi satu landmark kenangan kami. Mula dulu Quality Shah Alam.
Whats next?

No comments:

Post a Comment