Tuesday, February 26, 2019

The inferno


Dalam dua tiga hari ni, banyak juga kes kes terbakar terjadi .
Kes bakar sampah belakang rumah
Kes bakar sampah tepi jalan
Itu kecil kecilan...
Teringat akan kejadian beberapa tahun lalu di jalan Behor Mali, cikson tegur cikli yang bakar sampah tepi jalan satu petang.
Dangerous lah you bakar sampah kat situ. Tepi jalan tu....

Semalam, gambar gambar dan video kebakaran feri Langkawi-Kuala Perlis mengejutkan kita. Mujur tiada fataliti. Ferry Golden Dragon entah berapa kali kita naiki. Berulang alik ke Langkawi semasa berkursus dan bercuti.Ah..ngeri .


googled picture


Kejadian kebakaran lori tangki minyak di Highway dekat Slim River? juga amat menyayat hati. Tak gamak melihat sekujur tubuh dimamah api.Allahu. Alfatihah buat arwah.


googled picture



Di Perlis sekarang, sana sini orang membakar jerami. Senja semalam dari kejauhan nampak api menjulang ditengah sawah. Dengan angin yang agak kuat, api nampak kecil dari mula,tiba2 menjadi besar dan jelas dari RBL. Mujur api dapat dikawal.

Di Bangalore..300 buah kereta terbakar semasa pertunjukan Aero Show. Katanya penyebab kejadian puntung rokok. Namun ada juga terbaca, exhaust kereta punya angkara. Exhaust kereta yang diubah suai utk apa entah senang mengeluarkan spark. Dan bila kereta diparking atas rumput kering, maka itulah akibatnya.

from googled picture


Dan pagi ini di Durban, terbaca sebuah masjid jadi target arsony.

Begitu dengan api. Dia memang amat berguna kalau diguna dengan berhemah.Namun andai leka, the inferno unleashed is unfathomable.

Begitu juga api di hati....
Bakarnya mungkin dah lama terjadi
Namun baranya masih terselit ,susah nak mati..
Maka sekali sekala, nyalanya buat sakit menyakiti.

Thats all folks
Take care in this hot dry weather will you.



4 comments:

  1. Terbakar feri nampak asapnya. Terbakar di hati tak siapa tahu... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      terbakar hati tanggung sendiri. Banyak2 sabar ya dik.

      Delete
  2. Kemarau panjang tahun ni. Nak bakar sampah daun kayu pun takut. Siap buka air getah lagi. Standby kut2 merebak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mala,
      Hati hati tu perlu lebih2 lagi masa bakar membakar.

      Delete