Monday, February 13, 2017

Sekali sekala .... PD lexis hibiscus


Terasa penat hap hap kata cikson
Tapi puas dapat jumpa anak 2,menantu dan cucu.
Rasa terubat segala rindu.

Rabu lepas,ciklicikson berlepas ke ibukota M'sia naik ETS. Jam 5.15 dengan Platinum . Perjalanan smooth,cepat dan kurang kerenah. Jam 10 dah sampai KL Central dan terus disambut ke pv KL East.

Pagi2 esoknya berlepas ke PD dari pv bersama cikten's family . Mengambil jalan lebuhraya PD, jalan rasa lama kerana kirikanan jalan hanyalah tumbuhan2 menghijau. Mau gerun juga kalau bawa sorang2 malam2 hari.
Di sini kami 3d2n sekali tu la agaknya.

080 villa tumpangan kami...executive pool villas nama diberi
oklah tu ...mmg executive dgn sewanya.
Dapatkan potongan harga di Agoda, murah sikit harganya


Destinasi holiday kali ini adalah Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dulu pernah ke Grand Lexis .
Memasuki kawasan resort, rasa macam duduk di PRC . Lantern2 CNY masih bergantungan dan replika ayam masih menghiasi lobby. Tulisan Gong Xi Fa Chai masih menyambut kedatangan tetamu. Tak perlu pergi Shanghai untuk merasa ambience negara China.

rasa tak macam di prc

post win cikli

malam di sinari lampu 


Selepas urusan check in kami berbuggy ke bilik hotel. Angin yang menampar muka rasa menyejukkan.
Dan bila bilik di buka, kami disambut dengan 2 katil king dan 2 daybed/ sofa yang boleh menampung kami berenam tidur utk 2 malam. Check in disini jam 4 .

By 8 ,bersiap dan terus keluar ke pekan. Nak makan malam dimana ya?
At one Mesra outlet ,kami berdinner persis di Kuala Perlis. Ada ikan bakar,sotong gtt, tomyam dll.
Bolehlah.... tapi tak boleh challenge tempat kita, kami berpendapat. Perlis tetap utuh diatas dalam sajian mkanan begitu.

3D 2 N... apa u all buat kat situ.

Di luar bilik ada kolam ..dipping pool. So most of the activities tentulah disitu. Berbumbungkan awan, berlatarbelakangkan laut ,gives us something to do.

Cuba juga ke tempat2 lain of attractions. Rumah Terbalik cuba dijenguk. Tapi bila lihat ongkos yg perlu dikorban buat kami berlalu pergi walau dah sampai dimuka pintu. RM 20 utk seorang dan sikecil pula 15 membantutkan selera.

sejenak di Teluk Kemang

Posing tak jadi kami..

Cari makan di foodcourt hotel..
bolehlah .. RM 10 sepinggan ckt...char kotiaw
Banding 35 sepinggan kalau dibilik..

pantai di Lexis Hibiscus.

senangkan hati..mari ke sini
Tapi kena bawa duit seguni..hihi.

So... off to Pantai Telok Kemang we went for a while. Air kelapa RM 5.00 sebiji menghilang haus dipetang hari. Orang tak ramai kerana bukan holiday.

BY Saturday kami balik pv. Menunggu hari esoknya naik ETS lagi balik negeri.
5,18 ETS pun mari.... hihi ingat dia pecut macam masa datang dulu. Rupanya dia macam bas berhenti henti. Segala stesen ada yg turun dan ada yg naik. Tapah Road, Taiping,Kola Kangsaq pun . Sekali sekala bau tandas mewangi koc yg kami naiki. Pening weeei....

Eh...napa koc ni berhenti banyak sangat.
So ticket cikson telti... oh rupanya dia kelas ekonomi. RM 41 utk orang pencen macam kami.

By 10.30 Arau Train Stesen kami sampai. Mujur ada Pakya siap menunggu. Tidak haru !
And by 10.40,late dinner at the usual haunt... terpandang kelapa2 yang bersusun.
Berapa dik buah nyok ...3.50 came the reply.

Well... itu saja a little bit of our long awaited holiday sponsored by anak2 . Thank you so much aten and safuan. Juga buat abang and kakina. Kesian kaklin tak dapat bersama kerana bertugas. Lain kali kita organise lagi.
And the best of all was meeting my dearest cucu... Mohd Fahim Zaidan.
Fohimmmm.

Writing this post for remembrance sake. Nothing else yo.

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Saya pernah menginap di Grand Lexis, anak menantu juga yang belanja. Teringin hendak menginap di Lexis Hibiscus yang ada private pool tu, tapi bila tengok harga walaupun lepas diskaun, telan airliur je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam kakcik,
      Itulah bila tgk harga, tak mampulah saya . Tapi bila anak2 sponsor,merasalah sikit. Grand Lexis pool dia lebih panjang dari Hibiscus. Seronok juga bila dpt berendam dlm privcy. Semasa depa kecik,kami rajin bawa mereka ke hotel yg ada pool. La ni terbalik,depa pula bawa kita .

      Delete
  2. Saya dah lama tak ke PD. Terakhir masa belajar tahun 81. Tapi saya rasa suasana masa itu lebih damai dan ori berbanding sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak hotel2 yg lama macam hidup segan mati tak mau. Pertama pergi masa thn 1970an. Zaman seluar bell bottom dan rambut maggi.

      Delete
  3. Saya rasa last sekali saya ke PD lebih kurang 10 tahun yang lalu. Seriyau nak pi hujong minggu bila teringatkan kesesakan lalulintas nak masuk pd tu....Cikli nampak sehat nooo...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Mujur time kami pi, jalanraya tak sesak. Sat saja sampai banding masa pi dulu.
      Syukur alhamdulilah cikli dapat bersama2 dgn anak cucu.

      Delete