Saturday, February 18, 2017

Menunggu BRIM


Semalam dia terima pesanan....
Duit tinggal 90 sen. Ingat dapat BRIM hari ni.

Entah entah bukan dia seorang saja yang begitu
ntah ntah dia antara yang beribu ribu.
Terputus belanja akibat menunggu BRIM.
Semalam kata 16 hb dapat.
Hari ni pm announced 18 akan dapat
Dan pagi ni katanya 22 baru betul betul dapat.

Antara dapat,akan dapat ,betul betul dapat ,maka akan ada yang mengikat perut ketat ketat.

Dalam forum yang cikson layari,BRIM lah antara topik sensasi selain kisah pembunuhan abang tiri.

sketsa lawak yg mungkin itu kebenaran


Terbayang kisah sebulan dua yang tertonton ditv
Tentang Greece .
Harap2 kita tidak jadi macam mereka
Walau jalan ke arah itu sentiasa menganga menunggu kita

Kadang2 ,melihat ,mendengar kesusahan orang sudah buat kita hilang selera makan ala gegar vaganza. Kita sajikan keseronokan kita menikmati makanan yang melimpah ruah sedangkan ada yang tinggal sembilan puloh sen dalam poket .
Apa boleh dibeli dengan duit sebanyak itu?
Semalam kami bermakan malam dengan mee maggi perasa kari
Rasanya harga dia lebih dari jumlah sen yang ada dalam poket penerima BRIM yang belum terima BRIM.
Berbekalkan udang dan sebutir telor ayam serta sayur, mee maggi itu aku masak utk makan malam.
Rasanya yang penuh dgn seasoning buat aku hanya dapat menyuap dua tiga mulut sahaja.
Tgh malam perut meragam.
Eh... ada apa yang boleh di makan?
Hanya sebelah buah jambu batu melenyapkan bunyi perut yang minta diisi.

Itu cerita kami,yang cuci habis petiais kerana pergi berjalan hari tu.....

4 comments:

  1. Walaupun ramai yang menghentam, namun masih ramai lagi yang mengharapkan BR1M ni. Moga pemberian BR1M sedikit sebanyak meringankan bebanan kita yang memerlukan.

    Yang tak layak dapat, tapi masih dapat, harapnya dapatlah salurkan bahagian dia kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Azz,
      Tak dapatlah makcikson nak kata apa2. Suka atau duka rakyat Malaysia banyak dikatakan bergantung pada BRIM. Ia ka.

      Delete
  2. tapi, lebih baik turunkan harga barang, turunkan harga minyak... bila semua harga turun, rakyat pun dpt menabung, ada simpanan. mmg BRIM membantu rkyt, tapi lg membantu dgn turunkan harga brg yg dinaikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nour,
      Makcik setuju sangat. Kalau dapat kembali ke zaman harga barang lebih murah,taraf hidup kita tak lah susah...

      Delete