Wednesday, March 1, 2017

Dari Mambau ke Hollywood..apa pasal nak ribut?

Entahlah...
Elok or not cikson tulis post ini.
Umur2 macam kita pun dok layan cerita artist....nanti ada ustaz ustazah tarbiah pula sat lagi. Hihi.

Oh no... bukan layan in agongkan,idolakan tapi ambil pot saja.
Tak adalah sampai pin up gambar kat dinding or bermimpi jumpa artist pujaan walau masa anak dara sekali pun. Setakat suka lakonan,lawak atau nyanyian mereka.Tak ada mereka pun hambar jadinya hidup kita kan...Sekali sekala mau ketawa, rasa nyaman dengar lagu yang syahdu atau bersedih,bergembira tonton lakonan mereka.

Selain seniman agong P.Ramlee , nyanyian merdu Jamal ,cikson suka lawak Nabil.
Yes, I like Nabil semenjak dia mula menapak dalam mencari tapak dalam industri lawak jenaka.
Setiap kali dia muncul melawak dipentas Raja Lawak,mesti ada yang buat aku tergelak. Stand up comediesnya mmg dinanti2. Idea dia mencerminkan dia punya ketajaman fikiran walau pelajaran hanya SPM. Dari mula hingga dia berjaya sekarang, aku salute dia walau kadangkala dia tersasul sini sana dalam mengacara atau membuat lawak dia. Semasa dia bermula menapak dia seorang mat despatch berasal dari Mambau.

So... aku tertarik bila terbaca dalam fb tentang dia dan terbalas komen didalamnya.
Ooops...
Nak baca....nah pi sini

Ada yang mempertikaikan achievement Nabil mendapat peluang ke Oscar menemuramah aktor aktress Hollywood utk HBO Asia.
Dan bagi seorang bekas guru yang selalu melihat potensi dari kelemahan, aku melihat keupayaan Nabil adalah satu penambahbaikan dalam bidang seni dia. Dia gigih berusaha memperbaiki Bahasa Inggeris dia. Berani dan yakin diri. Ingat senang ke nak yakinkan diri yang kita boleh lakukan sesuatu yang baru. Cb dik.

Teringat aku anak anak murid yang galus masa aku jadi cikgu dulu. Bukan semua berakhir dengan jadi galus selamanya. Berkat dorongan dan keupayaan mereka merubah hidup mereka. Yang failures adalah yang tampan lawa cerdik tapi berakhir dengan masuk pusat serenti...Itu pun kalau dapat merubah mereka kejalan yang benar dan diredhai adalah satu kejayaan yang dicari.

Well...panjang lebar dah makcikson bermain dilaptop ini.. Masa nak sidai kain dah mari. Mesin basuh dah jerit tadi..
Teeeeeteeeetteeett.

Bye. Hingga jumpa lagi.

1 comment:

  1. Dah baca entry tu...saya bangga dengan dia sebab sanggup menyahut cabaran...tak seperti seorang pengacara dulu yang menarik diri kerana suatu hal...Nabil boleh dijadikan salah satu contoh untuk memperbaiki diri kita yang serba kekurangan..

    ReplyDelete