Tuesday, December 31, 2019

2019...in pictures


January

This might means nuts to you.
But its meaningful to my eyes....
A mother knows no harm,no danger
As she begs for her loved ones.
So too ,as the story unfolded.... I did what I did for my children. Dont doubt a mother's concern.

sedap nampak....mailah sikit,anak lapaq kat rumah...
Oh yes, after having a piece of the chicken,she quickly ran across the road
And I saw a litter of kittens waiting for her.... . KUALA PERLIS
saying adios sayonara namaste...KLIA


February
A retreat to a familiar sight but never visited....Gunung Jerai with my beloved children brought some fond memories.
bunga batu

a step closer to nature....GUNUNG JERAI



March
Buah jambu sulung
first season...BEHOR GONCHAR



April
Happyyyy born day...
Happy Bday to ME....from Pahang with love



May
Jalan jalan cari pelam harumanis...


June
raya 2019...in memory.
Ahli tak pernah mencukupi...


July

the visitors 




August
The Merdeka bride...





September

the kenduri...

October

Pantai Tanjung Sepat....Kuantan 

Majlis bertandang..Kuantan


November
 balik kampung



December
Makan makan dan makan.....
Mee kuah mak ngah....gambar as it is...


Makan kat Hatnyai... ni makcikson tak join sekaki

Makan petang dibawah pohon cero nan rendang dan dibuai angin yg nyaman....Pantai Sungai Baru

Bihun sup di satu malam bila rasa tak mau makan nasi pun datang...

There might be jumbled up dates , but who cares ,right. Its the memory that counts. 
2019 has been a wonderful year. Should be thankful for that. But eclipse of the sun did appear  once in a blue moon. So has been life with old me.

2019.... will be over
But the memories linger.
For good, for bad
For the beauty ,for the ugly


Bye 2019
Welcome 2020.

Monday, December 30, 2019

In with a bang and out with a jerk...2019


2019 will be out in just a few hours....less than 40 I assume.
2020... the year of the Wawasan we were eagerly looking for will make its appearance shortly.
Hmmm... so much for 2019.

It starts with the loss of our beloved family member.my biras on cikli's side. He who shared quite a fistful of stories,sorrows with us. He who helped us in many ways he can. Lah...you are sadly missed.

Then my sonny bonny was caught in a quandary. To go or not to go. Being seconded on duty to a foreign land requires a lot of weighing. The pros and the cons. And what IF too.
He did go. And will be coming back soonest January although the company did persuade him to continue.

Health and sickness do make their entrance too. Cikli's numerous trip to the HSB in Alor Setar culminates in an operation to his eyes. Alhamdulillah,all turn up well. He's able to see better and his frequent visit there is now transferred to Kangar.

What was the ultimate happening in 2019, no doubt was kak long's wedding,I presumed.
Tak ada angin,tak ada ribut... selamatttt.
Haha... tu lah kalau dah jodoh semua dipermudahkan.Semoga perkahwinan mereka sentiasa dalam rahmat Allah .

2019... my year of miseries too.
Sometimes I thought I have enough. But NO. Then enter another one.And another one.  This time its here to stay. For me I never felt so offended before. But nevertheless, like always,tuhan kan ada. And I know that whatever you did for others,dont expect throwbalik. Balasan!
Dont ever reminisce that you have done good for someone. Orang nak ingat,ingat. Tak nak ingat tak payah...haha.Easy kan.Jangan kita terhegeh2 mengingatkan. Buat sakit hati.

With just a day to go to 2020,my earnest hope is that things will be rosier .But alas another jerk.
Now suffering from stiff limbs that limits my activities.
Sakit belakang pula weeei. Adooi.

Thats all folks. Take care.


Tuesday, December 24, 2019

Hip hip hoooraaaay.....


Looking at the pictures his mom sent me,its sufficient to say that I was pleasantly surprised.
My little abang has grown bigger if not physically but mentally.

Yesterday was his registration day at his kindy for year 2020.
By the look of it, he was happy to be there.

A snippet of what transpired...
Mommy was entering some particulars in a form when he meekly said
Yes mama,you can do it...
Hhaaa haaa....macam mak dia pula yang nak masuk tadika.

There is a video of him prancing around..looking at home at the place.

Add caption

Add caption
Hip hip hoooray...
Abang dah masuk sekolah..
Belajar baik baik ya .

Soon he received congratulations from his aunties who were excited for him.
And its expected that he will have tons to story about when they visit him.

Tok too is making plans to visit him in the near future. Tentu banyak benda dia nak ceritaaaaa.

Bye.Have a fruitful working day.

Monday, December 23, 2019

Abam and his tadika...


Today is orientation day for abam
Hope everything turns out all right.
No drama,no temper tantrum
As has been during his first attempt at nursery at two years old.

Now he is big. As he declared.
He wants to go to school.
Good boy

He has got auntie eena to buy him his fortnite bag.
Tapi nampaknya beg tu lebih besar dari dia.

Abang kena makan lebihlah utk jadi besaq...I coaxed him to finish his plate of rice.
He's a picky eater as compared to his little brother.

He's already into activities ala ala kindy.
Some of their ala ala kindy activities....




ni antara hasil aktiviti abam.

Selamat bertadika abam...
Wishing you all the best.


Sunday, December 22, 2019

This pink book of notes...2019 how do you do?

This pink book ,a quarter of an A4.
Holds many secrets for the year
Of money spent, foolishly or wisely
For future reference to see.

Money spent
Money sent.

It might be an inherited trait from my late father,who jot down expenditures to the last digit.
Sometimes,I sneaked a look at his secret....eeeee jahat

So lets see
Where's the bulk of the money .

Iriz, Maxis, TNB ,
Food, groceries and that medicine for HBP
And in cases of emergencies
Yang tak boleh lariiiiii.

Hai.... ada yang kena rebudget balik ni

To be frank, I have to put up an austerity drive this year. As my budget got swollen here and there.
That Astro...1723 for 2019 is a bee in the ear
Buzzz,buzzzzz from rear to rear
Also my MBF... wth have I entered that for!

Year 2020
This my resolution
Slash all those good for nothing expenditure
If I want to survive without headache this coming year.

Bye...have a safe weekend guys.

Jangan poket tinggal habuk sahaja

Kerana sifat berbelanja macam anak  bilionaire
Masuk kedai semua diborongnya
Tak tgk dah digit digit  dilabel
Akhirnya.... sewel.

Saturday, December 21, 2019

Bila Bumi pun Meradang...

Menjenguk keluar laman, aku terkejut seketika
Ehhh...apa tu sedang menyala nyala. Tinggi pula apinya!
Siap letupan letupan kecil berselang seli.
Aduh...ngeri.

Tengok sekali lagi.
Rupanya jiran sebelah sedang berunggun api. Pagi pagi safie.
Api menyambar rumpun buluh yang tinggi. Maka itulah punca letupan yg ku dengari.

Suara ku berteriak memanggil cikli dia dengar agaknya.
Nampak dia cepat2 ambil air utk mengekang api yang sedang marak
Mujur lagi. Kalau dibiar boleh melarat ke laman rumah kami....

Itu kisah dua tiga hari lalu. Dengan api yang begitu pun dah gigil lutut ku.
Dan sebentar tadi, aku mengikuti Al Jazeera . Or is it CNN.
CLIMATE CHANGE... intipatinya.
Professor2 dari 3 universiti berdiskusi,cause and effect on climate change.

Dan dari semalam aku ikuti berita yang benua yang pernah jadi tempat anak ku menuntut ilmu sedang terbakar. Suhu paling tinggi 50 darjah selsius sedang mereka alami. Api merah menyala membakar pohon2 di bumi NSW.
Dan kejadian forest fire bukan saja di benua Ausralia, Amerika, Afrika tapi sudah ada di Siberia!




pictures...googled.


Teringat aku akan situasi masa aku masih muda remaja. Satu tahun kemarau berlaku. Kering kontang bumi . Maka seharianlah siren balai bomba berbunyi. Tak henti2. Dan bila bazaar di pekan terbakar, kami dikampung dapat melihat api menjulang dgn jelas. Takut sangat.

Mesti itu perasaan mereka yang berada dibumi Australia yang sedang terbakar kini. Ramai rakyat kita di sana. Belajar atau sedang berkerja. Moga Allah selamatkan mereka.

Dan menonton rusuhan di India buat aku kecut perut....
Juga kisah Uighur di sana..sebelum Ozil buka mulut, dunia macam tak ambil kisah.Sekarang terpampang berita dan gambar merata.

Kita... tak habis habis cerita dalam kain semata....
Meluat aku. Bila nak habis ini semua?

Bila bumi meradang di bumi Malaysia,baru penamat kisah2 kotor agaknya.

Thats all folks. Keep safe anywhere you are.
Bye.


Friday, December 20, 2019

dan bimbang pun menyerang...

Selagi dia tidak pulang ...ibu bimbang
Hidup dia dirantau  orang...ibu bimbang
Lebih lebih lagi dengan berita yang mendatang
Di sana ,protest sana sini sedang membahang...

Semoga dia selamat diperantauan
Dan selamat pulang dalam masa lagi se bulan.

Itulah perasaan aku kini. Bimbang dengan sonny bonny yang sedang bertugas di benua India yang sedang bergolak kini. Dari berita yang ku langgani...yakni Astro News , footages of riots in Assam,Delhi and many more places were rife.
Dan baru tadi aku terbaca kenyataan wisma putra utk rakyat kita disana minta berwaspada.

Aku ingin ke sana. Melawat dia. Tapi awal awal lagi dia melarang. Bulan lepas lagi keadaan tidak enak dirasa. Penuh tentera katanya.
Musnah impian nak lihat Taj Mahal , Agra Fort dan tempat2 bersejarah disana. Juga makan tikka chicken yg enak rasa.Lagi lagi beli saree yang murah murah .... boleh buat baju kurung utk raya...

Sekarang autumn disana. Suhu 16 darjah. Datang Januari bila winter ,mau jatuh 10 darjah Celcius. Kebas jari...kebas kaki.

Hari ini bekas pemimpin kita nak bersumpah.Sumpah Laknat lagi!
Aduhai....masuk ini 3 kali aku tengok orang bersumpah laknat.
Jangan main main dengan sumpah lah. Ingat, akibat sumpah bukan selalunya dilihat ssemasa kita hidup. Akan ditanggung oleh anak cucu kita akibatnya.
Juga jangan bermain dengan fitnah. If its not a fact, please do not make it as one.
Bukan sedikit orang yang  suka memfitnah orang lain, akibatnya hidup tidak sempurna. Bukan hanya diri yang terkena, orang terdekat juga terpalit sama.
Dan jangan sekali kali curang dgn pasangan yang setia. Akibatnya diri sendiri juga yang merana... 

Kadang2 kita tak dapat berbuat apa2 . Hanya berdoa kepada Allah yang maha Esa supaya apa yang dibimbangi hanya khayalan semua. Yang dibimbangi selamat dari segala bencana.

Thats all folks...bye.
Salam Jumaat.









Thursday, December 19, 2019

Lisa Kamal ...

Lisa Kamal...satu nama yang tidak signifikan sebelumnya.
Namun satu posting fb membawa aku ke video U tube tentangnya.
Maka video di dalam posting sebelumnya hasilnya.

Mau ku tulis tentang kejayaan kejayaan anak anak Melayu seperti Lisa Kamal di bawah video itu. Namun tidak berhasil. Maka di sini aku titipkan coretan minda ku...

Basikal lajak, mat rempit , mat gian sinonim dgn anak anak muda sebangsa ku. Sedih aku bila berita tentang hal hal ini mendominasi berita.
Gulp.... inikah halatuju kita. Inikah pewaris masa depan kita.
Terbayang aku masa aku masih memakai name tag dan bergelumang dgn anak anak bangsa di kelas pasca 1970 an hingga aku pencen. Melihat anak2 dibawah ku berjaya adalah satu kepuasan.

4 kali cikson berpeluang memasuki dewan graduasi peringkat ijazah. Melalui 4 anak. Sentiasa terpegun dengan ucapan student representative semasa  itu. Bersemangat, konfiden. Itu mereka. Dan Lisa Kamal juga tidak berbeza.

Dalam dunia yang menghambat kejayaan, kejayaan anak anak muda kita mengangkat rasa kita pun bukan kurang upaya.
Seminggu dua lepas,nama nama yg berbin/binti mengisi ruang berita dgn kejayaan kejayaan mereka.
Asean level!
World class!

Bangga aku.

Semoga lebih ramai lagi kejayaan akan terpacu. Biar gah nama bangsaku. Yang kini longlai dik perbuatan pemimpin pemimpin kita yg bongsai.

Thats all folks.
Buat parents, didiklah anak2 sebaik baiknya. Jangan dikejar kemahuan diri semata.
Buat pendidik, didiklah anak2 dibawah mu dgn bersunggoh hingga mereka berjaya 
Buat pemacu pendidikan, keluarlah buah fikiran yg lebih berkesan. Bukan membebankan.

Bye....



UW–Madison 2019 Winter Commencement - Student Speaker: Lisa Kamal

Wednesday, December 18, 2019

Gulai ayam ... lest I forget


Usually,I failed at cooking gulai ayam.
Never like my own cooking.
Never perfected it until I came across a recipe somewhere in fb . Tried to find it but alas...

Before my memory fails me, this is how it goes... the recipe I mean.

Gulai ayam

Bahan nya

Ayam... a few chunks.

A....setengah biji bawang besar
       1 inci halia
       5 ulas bawang putih
       10 tangkai cil kering.....grind halus semua bahan A. Letak minyak supaya cepat halus.

B...   1 keping kulit kayu manis
         3 sekawan
         1 bungkus sup bunjut
         4 ulas bawang putih...hiris nipis
         setengah labu bawang besar...hiris nipis
         1 inci hlia..hiris nipis
         1 tangkai daun kari

1 bungkus santan kotak
air...kadar 2 to 3 bungkus santan kotak

Kari ayam Faiza.....3 senduk
Kentang
Bahan perasa...garam,asam jawa,gula
Minyak utk menumis.

Caranya.

1. Tumis bahan B hingga wangi
2. Masukkan bahan A
3. Masukkan  serbuk Kari ayam
4. Masak dua2 bahan hingga timbul minyak
5. Masukkan kentang
6. Masukkan ayam....kacau jgn bagi hangit
7. Masukkan santan sekotak diikuti air 2 - 3 kotak
8. Masukkan garam, asam jawa sebesar ibu jari dan sedikit gula.
9 .Didihkan hingga masak.

Sedap gulai ni. Thanks to the fb owner .Cicah dgn lempeng/roti mau terangkat.

gambar googled..
Begitulah lebih kurang rupa gulai ayam yg cikson masak semalam. Cikli bagi thumbs up..Selalu dia kaki kritik gulai ayam cikson.

Thats all folks. Bye.
Take care anywhere you are.

On a sour note... learning is an ongoing process. Really dont agree when people bangga sangat dgn cara dia buat kerja. Konon yang terbaik. The day I was snubbed for telling how to cook asam pedas...huhu. For me, am open to learning even from kids...like to watch Junior Masterchef .



Tuesday, December 17, 2019

CURHAT...


Last night, I happened to watch a talk show featuring Nabilla Huda anak penyanyi rock si Amy Search. Another host is who are you usatz or daie ...tak tau nama dia but is a familiar face. And the guests were Tuan Syed Azmi of PPIM  and that guy who used to shout MAHARAJALAWAK MEGAAAAA  until his voice croaks and cracked.

It was CURHAT . A programme I know not before, its content and halatuju.
But last night's topic caught my attention and I stay put on the show till the very end.

A voice on the other end of the line was telling. The wedding would be held grandly because both the bride and groom are anak bongsus. To meet ends meet she was considering pinjaman kewangan. And of all sources its the ALONG!.100 k pulak tuuu.

Pinjam 100 k from along! Nak cari mampooooos.
10k pun jangan inikan pula 100k...Itu pesan Tuan syed Azmi.
There were instances that 1 minute late of paying, a penalty of 1000 ringgit was imposed on the pemiutang.
A credit of 50k ended up paying millions and the hutang was never finalised.Gila kan.
And it was uncommon for the debtor to commit suicides because of the debt.

Why do people resort to taking debts from along then?
The answer is sometimes pitiable .But some like it....their way of life .
Nak menunjuk nunjuk. Nak happy happy jalan sana sini. Nak berlawan ...

It was indeed an eye opening for me and the mom in me. Always doa that my next of kin be safe from this deadly trap.

Then.... came AC Mizal in the picture.
Terkejut beruk jugalah makcikson tgk host pi tanya soalan bodoh kat AC.
Setepek AC bagi dan keluarlah ayat2 quran dari host utk justify apa yg dia tanya.

CURHAT... a talk show on Astro .
I give it a go....

Thats all folks.
Please take care during these days
The rain ,I mean.
Bye.

Sunday, December 15, 2019

SPARK JOY ?


Among things that Spark Joy for me is watching videos of the little brood.
This one is for keeps.


The video above was sent to me a few days before.Seeing him stomping his feet, wriggling his hands and dancing around to the sound of music SPARK JOY in old me.

What else could the old folks of RBL do to made life a little sweeter ? Well,cikli has found his old pastime back in action...fishing! Much to the consternation of the mem of the house.
Kaki tu bukan baik betul lagi!
Mata tu pun....

Entahlah...baik buruk siapa nak tanggung!

Harini  majlis pertunangan anak saudara di Kulim. Miss lagi....

Ehh ehh...the above video is not the correct one. Here is.


Wednesday, December 11, 2019

Bil bil...kenapa kau datang lagi


Mengikuti perkembangan perbicaraan DSN di media
Kagum juga seketika
Nak pujuk isterinya
Setengah juta dibelanja
Itu fakta

Semalam aku membereskan bil bil yang sedia menanti utk dilunaskan setiap bulan
Satu satu angka yang di ketuk dan di klik ku amati berkali kali kali. Berhati hati
Takut tersalah nombor account atau wang yang dibank in kan.
Andai terjadi,mau murung berhari hari.

Puan, saya ****. Saya dari bank XXX.
Puan masih berhutang RM 50 ringgit utk bulan ini. Suara dalam talian bersuara.
RM 50 ooooi...bukan 500,5000.
Itu pun bank dah call....aduhai.

Menjadi pesara dengan pencen yang tak seberapa
Aku kena waspada sentiasa. Bila berbelanja
Itulah yang akan menyara kami berdua sepanjang bulan,atau membantu mereka yang perlu kalau ada emergency kadangkala.
Ubat, makanan,bil letrik,bil internet sentiasa ada. Juga iriz kelabu taik anjing ku yg manja. Ada ada saja dia. Bulan ini dia kena di biayai lebih dari selalunya. Kalau tidak dok bawah porch lah dia ,tak kemana mana. Itu pun anakanda bermurah hati menolong dgn menjelaskan bayaran bulanannya. Thanks aten... love you .

Punca kakitangan kerajaan rasuah adalah sebab mereka suka berbelanja lebih dari pendapatan. Itu dapatan dari punca yg berkuasa.
Rasuah....bawa padah.
Tapi aku lihat mereka yang diheret ke pengadilan selalu mempamirkan senyum paling meriah. Nampak gigi...
Macam tak ada erti . Walau kena dihadap ke pengadilan, nampak muka mereka berseri seri.

Aku yang rakyat marhaen,yg kena pekin belanja sana sini jua yang muka kerut memikir nasib diri....
Nak senyum pun macam tak jadi..

Heh...belajar bersyukurlah makcikson. Semua tu bukan boleh bawa mati...
Tapi bil bil itu ....mari dan terus mari.


Monday, December 9, 2019

Secangkir nescafe .... yang mild mild saja


Secangkir nescafe,
Di pagi pagi hari
Bersama sekeping roti kering 4 segi
Sudah cukup puas hati
Dan pukul 11 nanti, perut pun meragam minta diisi
Dengan nasi....

Haha...begitu rutin cikson sepanjang zaman ini.
Tak perlu yang fancy fancy
Roti canai atau lempeng cicah kuah kari
Juga nasi lemak yang lemak berseri
Kalau dapat tentulah suka tak terperi.....

Namun secangkir nescafe... mild itu sudah memadai.
Hingga jam 11 pagi.

Semalam punya cerita....
Kain selimut, toto dan sarung bantal cikson basuh
Keting ketung bunyi wash machine berhempas pulas buat kerja
Dan bila signal teeet,teeet berbunyi, bingkas cikson keluarkan basuhan utk jemuran.
Ya Robbi, Ya Karim... terkejut ungka makcik tgk warna kain kain itu.
Dari berwarna warni dah jadi kusam,masam dan berlumpur.

Check punya check...
Aduh! Air paip yang selalunya crystal clear dah jadi sepekat kopi O!
Berlari ke bilik air master bedroom... hmmm...sama juga airnya. Keruh sekeruhnya.

Hingga ke petang,air masih begitu
Takut pula .
Entah2 bahan kimia apa pula yang tertumpah di stesen pump air.
Terbayang kes Sg Kim Kim di Johor sana.
Nauzubillah...

Hanya lewat malam air kembali normal. Sebelum tu jenuh guna tapis impromptu utk menjernihkan air.
Peristiwa semalam buat aku teringat keadaan hidup kami dikampung. Musim kemarau...musim hujan
Air ditelaga dari jernih bertukar rupa. Dari jernih ,putih susu adakalanya.

Kain baju semalam aku wash sekali lagi. Semoga kembalilah balik warna warni yg berseri.
Agak agaklah.... orang2 VVIP dan VIP ada tak mengalami keadaan air keruh begitu kelmarin.

Eh..manadaa... mereka kan diibukota sibuk dengan seminarrrr.

Ni pun mild sajab waktu pagi.
Sebenarnya around 2 air ni menjadi lebih pekat likat.

Sunday, December 8, 2019

Merajuk,merajuk,nak pergi manaaa....

Dua beradik yang kini berada nun diibu kota.
Macam macam hal lah mereka berdua.
Ada hari sayang menyayang sesama mereka.
Ada hari bergaduh,berebut ....eh ada ada saja.

Semalam punya cerita.
Berebut mereka permainan permainan yg jumlahnya pun dah boleh buka pasaraya.
Yang mana abang pegang itu yang adik suka
Mana tak jadi perang antara mereka.

Adik marah, handphone dibalingnya
Kena abang yang tentulah menangis semaunya.
Gitulah dua beradik yang sorang pandai bercakap,yang sorang lasak saja.

Adik kena marah dgn mama
Nak tahu apa yg dibuatnya?

Haaa...lihat lah aksinya.
Merajuk rupanya.
Tapi tak sampai seminit dua
Mereka ketawa....

Teringat cerita tt,nenek mereka.
Tok mereka pun kuat juga rajuknya walau belum boleh berkata kata...haha

siap beg dan slipper tu nak pi manaaa?


Saturday, December 7, 2019

Saturday musing....


This is Saturday. The day when most of us have our weekend holiday. Free from office work and able to pursue our own personal matters..for some la.
Sepatutnya hari ni dipenuhi dengan jalan jalan,cuti cuti sefamili.
Ingat lagi masa anak anak kecil dulu. Cuti cuti hujung minggu dipenuhi dengan balik kampung atau berbelanja di shopping mall di Alor Setar.
Tapi semua ni jarang jarang berlaku lagi. Sudah tiada lagi berbalik kampung kerana mereka yang selalu dikunjungi sudah tiada lagi. Berbelanja di Alor Setar juga jarang jarang berlalku kerana tidak ada keperluan lagi . Di sini pun sudah ada tempat yang boleh ditujui. Lagi pun apa ada lagi nak dicari kerana keperluan untuk itu jarang jarang untuk dipenuhi.
Sudah banyak tahun baju raya anak anak yang sedia. Keperluan ibu anak yang taja. Untuk raya dah siap 2 pasang baju berserta tudungnya. Tapi dah pakai untuk kenduri anak saudara hari tu. Dan yang satu lagi untuk dipakai kenduri 29 nanti walau tak menepati tema.. haha.

Ketawa cikson bila anak bertanya... mak suka yg mana.Gelang ke cincin?. Cepat cepat cikson kata tak minat dua dua sekali. Jangan beli atau beri. Mama tak pernah pakai barang kemas lagi  kerana allergic menguasai diri. Mujur lagi. Its a blessing kan kerana cikson tak payah pening kepala nak fikir bab barang kemas nak pakai kemana mana.

( This post was written long long ago. Entah tahun bila.)

Hari ni hari Sabtu datang lagi. Macam setiap pagi laptop Asus ku buka. Ku tatapi berita dalamnya. Entah apa yang terjadi semalam masa aku diulit mimpi. Perangkah disana sini. Bagaimana cuaca kini.
Mempunyai anak yang berperantauan dibenua orang, aku jadi peka pada apa yang berlaku disana. Kadang2 berita yg ku tahu mendahului anak yang disana.
Mama ni tahu saja berita...selorohnya.
Mana tidaknya. Setiap hari ada saja news yg singgah ke talipon mama.
Dari semua benua...
Macam semalam dari sana terbentang berita tentang airport baru . Dan dalam hati berbunga...well my dear is one of them that makes this happen. Just like when the double tracking railway in Msia makes the news..Ada keringat anak ku tumpah di situ.

On the home front....
Cikli berpergian. Memancing...aduhai dengan kesihatan yang begitu, aku jadi gusar setiap kali dia keluar rumah. Mudah mudahan everything ok.
Rancangan utk menghadiri kenduri kena fikir berkali. Aku tak berani keluar rumah sendirian. Buat pening menyerang ditengah jalan... mau padam.

Anak anak BU menaril perhatianku. Tapi setiap kali aku hampiri,mencicit lari sembunyi diri. Terbantut niat nak jadikan mereka peneman. Mengubat sunyi.
Sekarang biar radio astro bersuara...Gegar Pantai Timur berselang seli dengan Rayyan. Namun iklan kosmeik itu bingit sangatlah.... sakit telinga.

Aku bertanya sendiri apakah yang akan terjadi...bait2 lagu berkumandang....
Sehingga akhir bulan ini bila anak anak balik negeri,tinggallah aku sendiri.
Sunyi..




Friday, December 6, 2019

Lompong

Seperti ada ruang yang kosong sehari dua ini.
Nothingness. Emptiness seems so surreal.

Pagi ini alam mendung tanda nak hujan. Daun2 dipohon pohon didepan rumah bergoyang inul dipukul angin.
Hmm..kalau naik feri ke Langkawi ni mau mabuk dilambung ombak. Aku bermonolog.

Membaca dan menuruti kisah 18,19 kali itu buat aku rasa terthrow back bebarapa tahun yang lepas. Kisah disatu senja bila rumah aku didatangi tetamu yang tidak ku kenali.Ramai mereka. Ada ibu,ada isteri,ada anak dan bayi.... the rest is history. Sedih sangat bila aku kenangi. Kerana mereka tidak dapat ditolongi.
Entah apa nasib mereka semua. Tak pula aku ketahui.

Semalam ada dia lagi ditv. Benci aku pada susuk tubuh dia yang menzalimi isteri. Sedang mengandung pula tu. Dan terkini isteri pertama telah diceraikan. Hebat ya kamu wahai dai...
Terthrowback sekali lagi aku masa di wad bersalin anak yg keberapa ntah. Antara katil katil patient aku terdengar suara nurse meminta butir diri suami. Menangis si ibu sambil memberitau dia tak tahu kemana suami dia menghilang. Dan si suami tidak menunjukkan muka hingga akhirnya.

Kisah cerai berai keluarga selalu aku jumpai masa aku jadi guru. Kesian sunggoh pada anak2 yang jadi mangsa penceraian. Selalunya mereka memberontak dalam diam. Tidak hiraukan pelajaran kerana motivasi diri telah dicarik carikkan oleh keadaan rumahtangga ibubapa yang ego.Yang hanya mementingkan perasaan sendiri. Tidak mahu berkompromi .

Lompong juga perasaan hati bila kisah busuk itu dimainkan sekali lagi. Tak habis habis . Kisah busuk? Apa lagi kalau bukan yg berkaitan pemimpin itu lagi....

Sebelum anak anak balik mengunjungi kami akhir bulan ini, lompong masa pun terjadi. Maka terisi waktu dengan mengikuti situasi dalam dan luar negeri.
Whats next?

Thats all folks. Have a nice Friday.

Mengisi lompong waktu berlalu, kamera talipon android ku petik. Maka inilah hasilnya...

menghijau....

bukit bukau nun dikejauhan


Thursday, December 5, 2019

Seminggu yang riuh....


Sunyi senyap rumah pagi ini.
Anak cucu dah balik negeri,selepas seminggu riuh dikampung halaman.
Sedih,kata abang. Seperti biasa dia berwajah sugul masa meninggalkan kami. Berat hatilah tu nak tinggalkan tok dan wan.
Adik  pun begitu.
Dan bila cucu2 begitu,tersentuh hati kami. Entah bilalah dapat bertemu kembali.

Jam 10 mereka sampai ke rumah mereka. Syukur Alhamdulillah.

Seminggu mereka diRBL, riuh rumah dari pagi hingga malam.
Ada2 saja aktiviti mereka.
Abang dah kurang aktiviti lompat melompat,panjat memanjat. Tapi si adik pula yang mewarisinya. Riuh suaranya melakonkan aksi tembak menembak dengan senapang dibeli di Padang Besar.

On another note...
Masa ke Padang Besar, sesak rasanya masa memasuki Padang Waremart. Penuh dengan barangan jualan melimpah ruah hingga ke luar bangunan.
Ehhh..melampaulah depa ni nak berniaga pun tengoklah. Sampai sempit jalan dengan binaan tambahan. Rungut kami.
Jawapan kepada limpahan gerai jualan di Padang mart kami jumpai semasa kami memasuki kawasan biasa kami berbeli belah.
Pasar Padang Besar yang jadi tumpuan ramai sedang dalam renovation. Di bangunkan semula. No wonderlah semua inci tanah di tempat lain dipenuhi gerai.

Begitu juga bila memasuki Giant Kangar tempoh hari. Terpinga pinga cikson tgk lain sekali susunan barangan di dalamnya.

Bila anak cucu balik kampung, kami berjalan jalan cari makan sekali dua. Dan dalam jalan jalan begitu, terjumpa port laksa yg sesuai ditekak.
Warung Makteh Pakteh bersebelahan Warung Tepi Bukit tempatnya.
Sedap kuah laksanya.
Boleh pergi semula.

Thats all folks. Coretan cikson dipagi yang sunyi semula.
Hanya deruan kenderaan yang terdengar sekali sekala.

di warung maktehpakteh

ramboo ramba ,habis manequin ditembaknya




Tuesday, December 3, 2019

Abang,adik balik kampung


Akibat seharian didalam kenderaan, ibu serta nenek merungut sakit sakit badan.
Adoi...lenguh la kaki.Bahu pun berat .
Rungutan si nenek didengari cucu .
Minyak urut dicapai dan disuruh ibu menitiskan minyak ke tangannya.

Tok ,mai abang urut.
Sambil tangan memicit2 betis,mulut sibuk membaca surah al ikhlas.

Abang dah pandai baca ni. Bolehlah beli fortnite.Katanya.

Anak kecil 4 tahun itu berbagai ragamnya.
Semalam riuh rendah dua beradik beraksi iron man. Petang sebelumnya sibuk dengan kucing kucing dan ikan diparit.
Terdengar suara si abang menyoal
Monyet .Awak nama apa?
Monkey sikucing betina itu tentu terpinga pinga.









Monday, December 2, 2019

Dua misi dua visi


Semalam hari keluar rumah seharian buat warga RBL.
Jam 8.000 dah siap merentasi jalan beratus lampu isyarat jalan Kangar Jitra
And before 9 we reached the building of HSB. Justin time for the cards for 8 oclock patients to be received.

Cik Rosli! a voice loud and clear rang through the narrow passage way of the clinic.
Encik, kena pi bawah. Register dulu.
Haii,berapa kali nak register. Saya register kat kaunter 7. Jenuh la nak turun naik tangga ni. Came back cikli's roar.
Not wanting to argue, the nurse reiterated that she would make a call to the said counter. Hope they pick up the phone.
She disappeared into one of the cubicles and later emerged to announce that matter was resolved.
Haa..lega!

I left cikli after supplying him with some food and drinks. Yeah..he got company this morning.
And  to Central Mall we proceeded by 10.00
Having in mind for a quick breakfast and some express shopping.With cikten's hubby at the wheel, mission accomplished.
Sedaaap wei gulai ikan nyok nyok kat Food Court situ. Terasa macam kari buatan emak sendiri.

Ended up buying materials for kurung . Sponsored.

Then cikli rang up that he had finished with his treatment at HSB just a little after 11.00.

Maaa ,jom pi Penang ! cikten announced.
So to Penang we went after fetching cikli .
IKEA and Pelita were our pit stop.
Ingat orang ramai sampai tak jelus jalan. I joked.
Bought just a few articles. Tu pun tak pi ronda ronda. Just straight to the sales area.

By maghrib we reached Perlis safe and sound.
And good news is cikli no longer required to attend the klinik pakar mata in HSB. He can now just do it in Kangar. Legaaa.

Thats all folks. Cerita ceriti keluarga cikson anak cucu.

arigato...

aksi ciklicikson  bersama cucu2.