Friday, December 6, 2019

Lompong

Seperti ada ruang yang kosong sehari dua ini.
Nothingness. Emptiness seems so surreal.

Pagi ini alam mendung tanda nak hujan. Daun2 dipohon pohon didepan rumah bergoyang inul dipukul angin.
Hmm..kalau naik feri ke Langkawi ni mau mabuk dilambung ombak. Aku bermonolog.

Membaca dan menuruti kisah 18,19 kali itu buat aku rasa terthrow back bebarapa tahun yang lepas. Kisah disatu senja bila rumah aku didatangi tetamu yang tidak ku kenali.Ramai mereka. Ada ibu,ada isteri,ada anak dan bayi.... the rest is history. Sedih sangat bila aku kenangi. Kerana mereka tidak dapat ditolongi.
Entah apa nasib mereka semua. Tak pula aku ketahui.

Semalam ada dia lagi ditv. Benci aku pada susuk tubuh dia yang menzalimi isteri. Sedang mengandung pula tu. Dan terkini isteri pertama telah diceraikan. Hebat ya kamu wahai dai...
Terthrowback sekali lagi aku masa di wad bersalin anak yg keberapa ntah. Antara katil katil patient aku terdengar suara nurse meminta butir diri suami. Menangis si ibu sambil memberitau dia tak tahu kemana suami dia menghilang. Dan si suami tidak menunjukkan muka hingga akhirnya.

Kisah cerai berai keluarga selalu aku jumpai masa aku jadi guru. Kesian sunggoh pada anak2 yang jadi mangsa penceraian. Selalunya mereka memberontak dalam diam. Tidak hiraukan pelajaran kerana motivasi diri telah dicarik carikkan oleh keadaan rumahtangga ibubapa yang ego.Yang hanya mementingkan perasaan sendiri. Tidak mahu berkompromi .

Lompong juga perasaan hati bila kisah busuk itu dimainkan sekali lagi. Tak habis habis . Kisah busuk? Apa lagi kalau bukan yg berkaitan pemimpin itu lagi....

Sebelum anak anak balik mengunjungi kami akhir bulan ini, lompong masa pun terjadi. Maka terisi waktu dengan mengikuti situasi dalam dan luar negeri.
Whats next?

Thats all folks. Have a nice Friday.

Mengisi lompong waktu berlalu, kamera talipon android ku petik. Maka inilah hasilnya...

menghijau....

bukit bukau nun dikejauhan


4 comments:

  1. salam singgah. kak pun suka memikir ketika mengisi masa lompong jugak. kadang tak tercapai dek akal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Umi, Tu la kena cari jln macam mana nak kurangkan bab fikir memikir ni. Adakala terlalu absurd jadinya.

      Delete
  2. saya lebih suka bersendirian bila ada masa lompong. kerana itu waktu pagi hari cuti bekerja amat berharga bagi saya. masa lain saya akan sibuk menguruskan ibu_suri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul IM, bersendirian lebih mendamaikan selalunya dari berjumpa muka lalu terlibat dalam kata mengata,umpat mengumpat...Bertuah ibu suri punya suami yang sedia berbakti. Kakak kagum dengan kamu. Syabas IM. Semoga jadi contoh buat suami suami yg lain.

      Delete