Thursday, December 5, 2019

Seminggu yang riuh....


Sunyi senyap rumah pagi ini.
Anak cucu dah balik negeri,selepas seminggu riuh dikampung halaman.
Sedih,kata abang. Seperti biasa dia berwajah sugul masa meninggalkan kami. Berat hatilah tu nak tinggalkan tok dan wan.
Adik  pun begitu.
Dan bila cucu2 begitu,tersentuh hati kami. Entah bilalah dapat bertemu kembali.

Jam 10 mereka sampai ke rumah mereka. Syukur Alhamdulillah.

Seminggu mereka diRBL, riuh rumah dari pagi hingga malam.
Ada2 saja aktiviti mereka.
Abang dah kurang aktiviti lompat melompat,panjat memanjat. Tapi si adik pula yang mewarisinya. Riuh suaranya melakonkan aksi tembak menembak dengan senapang dibeli di Padang Besar.

On another note...
Masa ke Padang Besar, sesak rasanya masa memasuki Padang Waremart. Penuh dengan barangan jualan melimpah ruah hingga ke luar bangunan.
Ehhh..melampaulah depa ni nak berniaga pun tengoklah. Sampai sempit jalan dengan binaan tambahan. Rungut kami.
Jawapan kepada limpahan gerai jualan di Padang mart kami jumpai semasa kami memasuki kawasan biasa kami berbeli belah.
Pasar Padang Besar yang jadi tumpuan ramai sedang dalam renovation. Di bangunkan semula. No wonderlah semua inci tanah di tempat lain dipenuhi gerai.

Begitu juga bila memasuki Giant Kangar tempoh hari. Terpinga pinga cikson tgk lain sekali susunan barangan di dalamnya.

Bila anak cucu balik kampung, kami berjalan jalan cari makan sekali dua. Dan dalam jalan jalan begitu, terjumpa port laksa yg sesuai ditekak.
Warung Makteh Pakteh bersebelahan Warung Tepi Bukit tempatnya.
Sedap kuah laksanya.
Boleh pergi semula.

Thats all folks. Coretan cikson dipagi yang sunyi semula.
Hanya deruan kenderaan yang terdengar sekali sekala.

di warung maktehpakteh

ramboo ramba ,habis manequin ditembaknya




4 comments:

  1. kesian mannequin itu...kalau boleh menangis dah lama dia meraung

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Shiela. Kan. Mau meraung menaquin tu.Sehingga senapang tu rosak,habis benda jadi sasaran.

      Delete
  2. takpa nikmat jugak tu riuh rendah, hehe. bila sunyi nanti, timbul rasa rindu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Umi. Sekarang pun dah terasa rindu dgn dua budak tu. Satu keletah berkata kata,satu lasak dan pandai merajuk dan mengajuk semua.

      Delete