Selagi dia tidak pulang ...ibu bimbang
Hidup dia dirantau orang...ibu bimbang
Lebih lebih lagi dengan berita yang mendatang
Di sana ,protest sana sini sedang membahang...
Semoga dia selamat diperantauan
Dan selamat pulang dalam masa lagi se bulan.
Itulah perasaan aku kini. Bimbang dengan sonny bonny yang sedang bertugas di benua India yang sedang bergolak kini. Dari berita yang ku langgani...yakni Astro News , footages of riots in Assam,Delhi and many more places were rife.
Dan baru tadi aku terbaca kenyataan wisma putra utk rakyat kita disana minta berwaspada.
Aku ingin ke sana. Melawat dia. Tapi awal awal lagi dia melarang. Bulan lepas lagi keadaan tidak enak dirasa. Penuh tentera katanya.
Musnah impian nak lihat Taj Mahal , Agra Fort dan tempat2 bersejarah disana. Juga makan tikka chicken yg enak rasa.Lagi lagi beli saree yang murah murah .... boleh buat baju kurung utk raya...
Sekarang autumn disana. Suhu 16 darjah. Datang Januari bila winter ,mau jatuh 10 darjah Celcius. Kebas jari...kebas kaki.
Hari ini bekas pemimpin kita nak bersumpah.Sumpah Laknat lagi!
Aduhai....masuk ini 3 kali aku tengok orang bersumpah laknat.
Jangan main main dengan sumpah lah. Ingat, akibat sumpah bukan selalunya dilihat ssemasa kita hidup. Akan ditanggung oleh anak cucu kita akibatnya.
Juga jangan bermain dengan fitnah. If its not a fact, please do not make it as one.
Bukan sedikit orang yang suka memfitnah orang lain, akibatnya hidup tidak sempurna. Bukan hanya diri yang terkena, orang terdekat juga terpalit sama.
Dan jangan sekali kali curang dgn pasangan yang setia. Akibatnya diri sendiri juga yang merana...
Kadang2 kita tak dapat berbuat apa2 . Hanya berdoa kepada Allah yang maha Esa supaya apa yang dibimbangi hanya khayalan semua. Yang dibimbangi selamat dari segala bencana.
Thats all folks...bye.
Salam Jumaat.
Hati seorang ibu kan..anak jauh di perantauan..semoga semuanya baik- baik aje..
ReplyDeleteBetul Suria, tapi masa anak yg lain menuntut di Australia tak pula bimbang sangat macam ni.Prempuan pulak tu. Semoga semua baik baik dan selamat hingga pulang ke tanah air.
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan anakanda di perantauan. aamiin
ReplyDeleteAmiin. Tak senang duduk selagi dia x balik msia. Harubiru kat sana. Mcm2.
Delete