Saturday, December 7, 2019

Saturday musing....


This is Saturday. The day when most of us have our weekend holiday. Free from office work and able to pursue our own personal matters..for some la.
Sepatutnya hari ni dipenuhi dengan jalan jalan,cuti cuti sefamili.
Ingat lagi masa anak anak kecil dulu. Cuti cuti hujung minggu dipenuhi dengan balik kampung atau berbelanja di shopping mall di Alor Setar.
Tapi semua ni jarang jarang berlaku lagi. Sudah tiada lagi berbalik kampung kerana mereka yang selalu dikunjungi sudah tiada lagi. Berbelanja di Alor Setar juga jarang jarang berlalku kerana tidak ada keperluan lagi . Di sini pun sudah ada tempat yang boleh ditujui. Lagi pun apa ada lagi nak dicari kerana keperluan untuk itu jarang jarang untuk dipenuhi.
Sudah banyak tahun baju raya anak anak yang sedia. Keperluan ibu anak yang taja. Untuk raya dah siap 2 pasang baju berserta tudungnya. Tapi dah pakai untuk kenduri anak saudara hari tu. Dan yang satu lagi untuk dipakai kenduri 29 nanti walau tak menepati tema.. haha.

Ketawa cikson bila anak bertanya... mak suka yg mana.Gelang ke cincin?. Cepat cepat cikson kata tak minat dua dua sekali. Jangan beli atau beri. Mama tak pernah pakai barang kemas lagi  kerana allergic menguasai diri. Mujur lagi. Its a blessing kan kerana cikson tak payah pening kepala nak fikir bab barang kemas nak pakai kemana mana.

( This post was written long long ago. Entah tahun bila.)

Hari ni hari Sabtu datang lagi. Macam setiap pagi laptop Asus ku buka. Ku tatapi berita dalamnya. Entah apa yang terjadi semalam masa aku diulit mimpi. Perangkah disana sini. Bagaimana cuaca kini.
Mempunyai anak yang berperantauan dibenua orang, aku jadi peka pada apa yang berlaku disana. Kadang2 berita yg ku tahu mendahului anak yang disana.
Mama ni tahu saja berita...selorohnya.
Mana tidaknya. Setiap hari ada saja news yg singgah ke talipon mama.
Dari semua benua...
Macam semalam dari sana terbentang berita tentang airport baru . Dan dalam hati berbunga...well my dear is one of them that makes this happen. Just like when the double tracking railway in Msia makes the news..Ada keringat anak ku tumpah di situ.

On the home front....
Cikli berpergian. Memancing...aduhai dengan kesihatan yang begitu, aku jadi gusar setiap kali dia keluar rumah. Mudah mudahan everything ok.
Rancangan utk menghadiri kenduri kena fikir berkali. Aku tak berani keluar rumah sendirian. Buat pening menyerang ditengah jalan... mau padam.

Anak anak BU menaril perhatianku. Tapi setiap kali aku hampiri,mencicit lari sembunyi diri. Terbantut niat nak jadikan mereka peneman. Mengubat sunyi.
Sekarang biar radio astro bersuara...Gegar Pantai Timur berselang seli dengan Rayyan. Namun iklan kosmeik itu bingit sangatlah.... sakit telinga.

Aku bertanya sendiri apakah yang akan terjadi...bait2 lagu berkumandang....
Sehingga akhir bulan ini bila anak anak balik negeri,tinggallah aku sendiri.
Sunyi..




2 comments:

  1. hai salam singgah. happy happy selalu, fighting! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm.Sudah tentu kena happy happy selalu. Bila fighting fighting ni,tak seronok hidup jadinya.

      Delete