Menjenguk keluar laman, aku terkejut seketika
Ehhh...apa tu sedang menyala nyala. Tinggi pula apinya!
Siap letupan letupan kecil berselang seli.
Aduh...ngeri.
Tengok sekali lagi.
Rupanya jiran sebelah sedang berunggun api. Pagi pagi safie.
Api menyambar rumpun buluh yang tinggi. Maka itulah punca letupan yg ku dengari.
Suara ku berteriak memanggil cikli dia dengar agaknya.
Nampak dia cepat2 ambil air utk mengekang api yang sedang marak
Mujur lagi. Kalau dibiar boleh melarat ke laman rumah kami....
Itu kisah dua tiga hari lalu. Dengan api yang begitu pun dah gigil lutut ku.
Dan sebentar tadi, aku mengikuti Al Jazeera . Or is it CNN.
CLIMATE CHANGE... intipatinya.
Professor2 dari 3 universiti berdiskusi,cause and effect on climate change.
Dan dari semalam aku ikuti berita yang benua yang pernah jadi tempat anak ku menuntut ilmu sedang terbakar. Suhu paling tinggi 50 darjah selsius sedang mereka alami. Api merah menyala membakar pohon2 di bumi NSW.
Dan kejadian forest fire bukan saja di benua Ausralia, Amerika, Afrika tapi sudah ada di Siberia!
pictures...googled.
Teringat aku akan situasi masa aku masih muda remaja. Satu tahun kemarau berlaku. Kering kontang bumi . Maka seharianlah siren balai bomba berbunyi. Tak henti2. Dan bila bazaar di pekan terbakar, kami dikampung dapat melihat api menjulang dgn jelas. Takut sangat.
Mesti itu perasaan mereka yang berada dibumi Australia yang sedang terbakar kini. Ramai rakyat kita di sana. Belajar atau sedang berkerja. Moga Allah selamatkan mereka.
Dan menonton rusuhan di India buat aku kecut perut....
Juga kisah Uighur di sana..sebelum Ozil buka mulut, dunia macam tak ambil kisah.Sekarang terpampang berita dan gambar merata.
Kita... tak habis habis cerita dalam kain semata....
Meluat aku. Bila nak habis ini semua?
Bila bumi meradang di bumi Malaysia,baru penamat kisah2 kotor agaknya.
Thats all folks. Keep safe anywhere you are.
Bye.
Semoga Allah melindungi dan merahmati kita daripada bala bencana dunia
ReplyDeleteAmiin. Tgk mcmana api kat australia,tak dpt bayangkan kan.
DeleteOaling takut dengan api walau sering membakar sampah.
ReplyDeleteSaya juga phobia tgk api esp yg tak sangka2. Haritu masa dapur kena,mau berhari2 juga seramnya
Delete