Showing posts with label ninasandaq. Show all posts
Showing posts with label ninasandaq. Show all posts

Tuesday, May 9, 2017

Ninasandaq beranak kecil lagi...

Dalam diam tak diam,Ninsandaq beranak kecil lagi.
Kali ni set tiga ekor kitties sekali gus. Ada itam,kelabu dan belang2. Haha... taulah siapa bapa mereka.
Si ninasandaq yg tak lagi bersandaq

Bawah meja laptop cikson dia berbaring,menyusukan anak yg kalau berbunyi sangatlah nyaring.


Si Tam pula membawa diri, atas kerusi dibilik ciklin.

Entah baca kat mana ntah.... kucing boleh beranak anak dari 3 romeo sekali gus. Dan diwilayah RBL ni ada 3 kucing jantan yang itam,kelabu dan belang2 dok masuk selalu.

Hari dia nak bersalin tu, nyaring dia mengiau minta tolong. Cikson sediakan kotak, dia tolak.
Kecil sangat kot untuk dia. Yg paling dia berkenan adalah almari baju bilik tengah. Hee eh...makcikson tegah. Mana boleh kan. Tu almari pakaian.

Cikson sediakan pula besen dilapik surat khbar. Mula2 nina ketegar. Tak mau dia beranak dalam besen... eh mana ada org beranak dalam besen. Besen tu cikson letak bawak meja yang dia tutup dengan kain. Jadi tersoroklah sedikit tempat itu ala ala wad bersalin.

Nina masih juga tak mahu tempat itu..Almari baju juga dia tuju. Last last cikson naik hantu. Telinga nina cikson ketu ( piat ).
At last nia mengalah dan menuju besen yg cikson sedia. Dan akhirnya dia beranak bawah meja tempat cikson selelau berkarya. Tempat ni aman dari bahaya rupanya. Fikir Nina.

Sekarang Nina sentiasa bersama anak anak kecilnya. Keluar rumah pun sekali dua. Nak relax katanya. Si Hitam yg besar panjang pun dah dia tak peduli. Maka ke kebun tokwan Tam membawa diri.
Kadang kadang susuk tubuh dia terlihat dikebun tok wan
Hai pi berkawan dengan cikyam ke cik Tam yg rupawan.


Nak tau hairan pula cikson. Tam sekarang ni ranggi bukan main. Menyerigai saja bila dia dihampiri. Amboi Ta,... apa dah Jadi ?
senang diri
hal orang tak usah ambil peduli
kata ciktam pada kami... hihi.

Kita marahlah,mak kita dah tak peduli pada kita... mungkin itu sebabnya perkara itu terjadi..

Tuesday, April 11, 2017

Drama anak beranak...jodoh bukan bodoh. 1


Terkuak saja pintu menerpa kedua beranak ini ke dalam rumah. Si anak menonong ke bilik air dan bersantai diatas simen yang lembab . Si ibu melabuhkan badannya yang nampak mengembang dengan 4 kaki ke atas. Without a care walau nampak kurang sopan.
Eleh.. kami binatang,tak perlu sopan sopan. Lagi pun Nina dah tua baya. Sapa nak kata apa. Mungkin itu kata hatinya. Dia tidak menghirau cikson yang memerhatinya. Selamba saja dia.

Puas berbaring,si ibu menuju ke dapur. Hidungnya kembang kuncup menghidu. Mungkin atas para atau dalam sinki ada sesuatu buat ku.
Sinki dipanjat dan mulutnya mengonggong potongan ikan yang di difrost tuannya.
Nina! Jerit cikson memarahinya  Pintu dibuka dan dua beranak dihambat keluar.

Membasuh pinggan, mata cikson meleret keluar jendela.
Ternampak 2 beranak moyok saja diatas tanah tepi pagar kebun tokwan.
Eh... itu bukan Tam rupanya.
Dia mencari Tam. Eh atas pagar bersantai dia disana.
Tam, pasaipa dok kat situ.Kenapa ada kucing lain ditanah dengan Nina.

Baru dia perasan, inilah kucing jantan yang selalu bertenggek dimana dua beranak ini bersantai. Dah seminggu lebih scenery begini ternampak olehnya.

macam merajuk saja Tam atas pagar tu

Inilah sibapa kucing dari laman sebelah

Terhendap hendap disebalik pohon

Handsome juga no ...
Antara kucing kucing jantan yang kuat mengstalk nina dan Tam. Ada kelabu.Ada kuning dan ada tompk tompk hitam putih. Tapi yang ini nampak persistent.

Adakah dia jodoh Tam or Nina? Aku tak pasti yang mana.
Cerdik nampaknya dia . Tak bodoh macam kucing yang lain. Cikson sergah saja dah lari menghilang diri..

Tuesday, April 4, 2017

Tam...ayu dan pemalu

Hi people. Its Nina's day once again.
Hope all of you are in the brim pink of health.
Sunny Tuesday in northern Malaysia
With the sun up and smiling in the morning but come evening....gosh..it rains. pours.




RBL or Rumah Baru Lin as cikson puts it is not as chirpy as it was with Pong's demise. Mamason nampaknya tak berapa mendekati kami lagi sejak dia terkena asthma tempoh hari. Dulu Pong dia benar masuk dalam rumah dan bersenang diri di mana kami suka. Sekarang... hai..sibuk saja dia menyuruh kami keluar . Takut bulu kami masuk hidung dia agaknya.

pemalu kan..
Nina pun sunyi juga macam mana cikson rasa. Kalau mamason anak2 dia duduk jauh. Tapi nina anak2 semua mati kecuali si Tam or Hitam. Hanya dialah pengarang jantung Nina. Kemana Nina ada,disitu dia sama. Manjanya bukan main.

Tapi dia ni amat pemalu dan cepat takut dengan manusia.
Suara dia halus dan manja. Rengeknya antara kedengaran dan tidak. Kalau cikson tegur saja dia akan lari sembunyi. Hanya matanya saja yang kelihatan terkebil kebil . Tapi dia manis semanis tampuk manggis.



Tam yang hitam tapi manis.


Thats all folks.Bye.

Ninasandaq bukan Fasasandaq.


Tuesday, March 28, 2017

Nina says it all...

Hi people,
Relax sat atas bangku ni sementara Luna tgh lena.
Its Nina's turn to pen a few words in this blog of mamason's @cikson @ mokjadeandell.



Its been hot lit lit kata oghang utagha. The heat dah full volume even when still early in the morning. Imagine at 9,nina and tam dah kena berlari lari semasa memijak simen luar RBL. Kadang kadang sedih benar nina anak beranak bila penat dan sakit berlari menuju pintu gelongsor ,tiba tiba cikson tak benarkan kami ke dalam. Kejam!

Jadi terpaksalah kami berdua lepak bawah daun daun pokok petola dan terung cikli. Nak lepak bawah pokok kelapak takut buah kelapa menghempap kepala. Nak ke bawah porch ada Luna yang cenge tak terperi. Nyampah! 

Hari minggu haritu, si Fahim and his dad n mom balik kampung. Nakalnya dia. Tak takut dengan Nina atau Tam. Di tariknya ekor kita.Dicubitnya badan kita ..eeeew sakit tau. Nakalnya!

Harini RBL dah kembali sunyi. Hanya tinggal ciksoncikli. Faten and her family dah balik KL bawa Fahim sekali. Dan bila begini cikson buka radio hiburkan hati. Selain mengaji dia dengar Gegar Pantai Timur dan India Beat. Lagu omputih kurang digemari . Filem2 pun dia tak berapa suka selain Discovery atau channel channel yang berinformasi. Berbeza dengan cikli yang suka sangat tonton wayang. Satu hari dalam kereta mereka berbicara...

HIM.. kat sini akan buka cineplex. Senang la nak tonton wayang.
HER: Eh malulah tua tua nak masuk panggung
Anak: Dulu tak ada pun semua ni. Boleh aja hidup.
HER: Ya la... panggung wayang pun dah masuk rumah .Bila tgk film ada pula cctv terakamlah kita punya aksi. Ternganga ka,terlopongkah . Ya la bila tgk movie tentu kita beremosi. Tak maulah kami..

See... cikli cikson rajin berdebat..Ada ada saja yang jadi topik perbualan.

Disekitar RBL sekarang ni, buah kuini masih ada lagi. Buah cermai pun dekat nak habis dikenduri. Buah kabu saja masih lebat dipokok . Tapi semua tu pokok pokok jiran sebelah. Rumah cikli masih kecil pokok pokok yang ditanam.Diseberang jalan,kawasan belukar dah ada perubahan. Dalam proses nak diclearkan. Katanya nak naik taman perumahan. Tak lama lagi hilanglah hijau dari pandangan atas nama pembangunan....KESIAN!
seberang sana begitulah keadaanya

Musim menanam belum mula


Hijau diseberang bila sawah ditanam semula
Buah buah kabu pun dah bertukar warna
Dari hijau ke coklat pula
Tanda musim buat bantal dah tiba

Thats all folks celoteh Nina utk kali ni. Lain Selasa kita jumpa lagi.



Ni kawan sebelah rumah
Bertampung macam Pong yg arwah
Tak boleh tengok orang senang
Mula lah nak mai menumpang




Being lonely is my choice dari beramai tapi penuh dengan ragam yang tak
menyenangkan... mungkin itu kata nina...




Tuesday, March 21, 2017

Its cuti time... ninasandaq tunggu tetamu

Its cuti time. Masa menunggu sanak saudara balik kampung.
Tentu riuh rendah bila semua berkumpul beramai ramai .
Tapi lain pula rumah cikson dan cikli. Sunyi sepi. Tak ada sapa pun yang mari.
Maka tak dapatlah nak bermanja manja dengan tetamu tetamu yang selalunya baik hati.
Hari Jumaat nanti baru ada tetamu katanya. Kita lihatlah siapa yang akan menyapa kita. Ada yang ramah membelai bulu2 Nina dan Tam tapi ada yang menyombong tak terperi. Nampak saja Nina n Tam bersantai dilantai dishoo shoo nya kami keluar. Eh..benci.

Jemu la... sapa pun tak balik


Hari sebelum cikson ada menulis tentang berholiday bila holiday. Especially kanak kanak sekolah. Time ni lah dapat lihat pemandangan berbeza dari biasa. Yang duduk KL tu pakat pakatlah mai Perlis. Tapi jangan terkejut la ni,Perlis tgh hangat dan hangit. Petang hujan .

Musim harum manis pun katanya dah bermula April ni. Tapi ada juga buah sesat sebelum April. Kawan cikson ada yang jual sekilo 28 ringgit. Sekilo tu adakala dapatlah 2,3 biji. Beranikah nak beli dengan harga tu. Cikson selalunya tak membelilah kalau harga begitu mahal. Tak kempunan pun katanya...lagi pun buah harumanis pokok dia sendiri dah berputik. .. Minta minta tu berjayalah buah itu membesar dengan elok hingga ke sudahnya.

haha.... kemetot saja pokoknya..
dah galak berbunga


Ha... tgk ni. Menteri Pendidikan pun syorkan pergi holiday u all.


Thats all folks from Nina. Bye.

Ninasandaq

Wednesday, February 8, 2017

Nina

Nampak kelamkabut saja Nina
Lambat pintu terbuka,menerpa dia ke dalam rumah.

Cikson oh cikson
Boleh tak tolong...
Dijamu separuh ikan,dia makan dengan lahapnya.
Keletihan dia berehat di atas lantai .
Eh...ketepi ketepi. Nanti terpijak perut yang boyot tu.Beritau cikson pada dia yang sedang buat muka poyo.

Cepat2 dia beralih duduk.
Kemudian dia mengiau ngiau semacam menahan sakit.
Tertinjau tinjau dia akan pintu bilik. Habis almari diselongkarnya tunggang tebalik.

Dah nak beranak dah ni
Cikson beritau suami.Kotak dicari,hospital bersalin dibuat
Bawah meja tulis ,ditutup kain untuk privasi ibu yang sakit. Tapi ...
Nina tak nampak suka dengan apa yang ada. Hey...mengada ngadanya dia.

Hari siang beranssur malam, Nina belum beranak lagi . Ke hulu ke hilir dia mencari tempat yang sesuai dia nak lahir baby. Akhirnya dia minta keluar rumah sendiri. Jadi kotak tempat bersalin pun diubah ke porch kereta bersama sama dia.

la macam Pusrawi kata nina

Eh... tak payahlah tangkap gambar kita

Anak anak dia...
Pagi tadi..
Cikson jenguk dia. Dah bersalin, dua ekor anaknya . Satu hitam dan satu macam Pong pula.Alhamdulilah selamat semua.

Persoalan lain pula timbul.... Siapa pula nak jadi tukang jaga ibu berpantang sbb kami akan berpergian.

Tuesday, December 27, 2016

Aksi si comel...anak anak bulus.

Muka aku tak percaya
Muka poyo
Muka  ada aku kisah

Muka.... eh jangan nak kelentonglah
The many faces of Nina's kids....
When once they came to RBL..

Lagi lagi muka depa

Muka...jangan kelentonglah lagi

Muka ... aku wongi kan
Kita pakai odorono la..

Tuesday, December 13, 2016

Tiada lagi mesra

Hi folks, this is Nina's writing.
After so many days,mamason was able to let Nina write.

Peliklah mamason @ cikson ni. Sejak dua menjak ni dia dah tak mau mesra dengan kami anak beranak,adik beradik. Kalau kami masuk ke rumah,cepat cepat dia shoooo kami keluar.
Hairan juga Nina dan Tam
Dulu tak begini.
Jadi kami dua beranak hanya dapat bersantai diluar koridor rumah RBL. Hanya pokok terung saja yang menjadi tepat berteduh dari panas. Kalau hujan,lintang pukang kami lari cari perlindungan.

Nak ke laman depan rumah, si Luna dah isytihar itu territory dia. Lambat Nina melintas ,dia menerkam bagai singa lapar. Atas lori tempat Nina selalu bersantai pun dibuat rumah dia sendiri dengan anak anak dia.  Mana aci!

Pagi pagi selepas subuh,kakina dah bersiap sedia untuk ke airport. Balik rumah sbb cuti dah habis. Cikli dan paklang hantar dia ke sana. Cikson kata dia tak sihat. Demam lagi. Bila lah orang tua tu nak sihat seperti sediakala. Asyik murung saja.
Kesian kakina kena berjam jam dalam kereta akibat jam dilebuhraya. Kata makcikson, boleh sampai balik negeri China lamanya. Besoknya dia cover tidur hingga tak ingat dunia. Letih agaknya.

Harap harap tu kembalilah bersinar RBL macam sediakala. Kami boleh tumpang bermanja bila kami masuk ke rumah. Mamason dah tak sakit lagi bila dekat dgn kami.

Hope for the best....
Eh rumah sebelah dah ada rumah sendiri untuk jenis macam kami. Tokwan Saad bertukang pagi petang siapkan.
Bestlah depa no......

Ninasandaq

Tuesday, November 15, 2016

Kesian dia...

Hai people, its Tuesday,right?
Its time for Nina writes..

Hmmmm..lets see

Bakul ni cikli punya..utk baju busuk dia


Pagi pagi lagi aku cemas tengok mamason tergopoh gapah.
Siap awal awal terus keluar rumah.

Kita ke Klinik Satu Malaysia sudahlah,kata cikli
Nak ke Remedic entah berapa ratus pula kena kali ni.

Bakul ni pula serbaguna...
Well,semalam cikli mengerang sakan. Sakit badan.
Tidur cikson suami isteri nampak terganggu bila Nina tengok rumah terang benderang.
Ooo..cikli demam rupanya. Petang tadi dalam hujan masih kuat dia membersih laman.
Tu la..bila cikson larang dia buat derk sakan. La ni kan dah demam.Kesian.

Cikson nampak berang. Entah apa dia marahkan.
Dia tak marah Nina juga Tam
Juga bukan pada cikli atau orang
Rupanya dia marah orang dalam TV.
Dalam TV?

Dia lihat orang yg tua tak tua muda tak muda itu.
Siapa?
Eleheh...dia terkenal seluruh Malaysia
JJ ...kalau tak silap namanya.

Lagilah dia marah bila dia buka fb
Dari video yang ditengok si JJ ni dah hilang kewarasannya agaknya.
Kalau anak Nina,mau kena sental berus besi,berus tembaga
Kongjak kat orang perempuan yang lebih tua bukan jantanla...

Entahlah apa nak jadi negaraku Malaysia
Bahaya....bahaya.
Kalau tak dibendung ini semua
Mau huruhara.

Thats all folks in Nina writes. Bye.
3 bakul,3urusan

Ninasandaq

Tuesday, October 25, 2016

Kisah anak beranak 2

Where's baby?
Cikson tanya dia yang sedang berbaring di lantai.
Dia pandang muka cikson sambil buat muka bingai.( Well if  you have yet to know ,please check Urban Dictionary..maana word ini )


boleh dia buat muka bingai..


bawah sofa tertinjau tinjau

Hmm...where's he? Seakan itu soalan balik dia kepada tuannya.
Lantas dia bangun,meninjau ninjau
Purrrrrgh,purrrrrr,purrrrrrg...lembut saja dia mengiau.

Disini tiada


ruang tamu tema kelabu dari dulu.


Disini juga

bawah tudung ini pun tiada si Tam

Bawah tudung meja ini pun tak ada.
Mana anak bertuah itu pergi agaknya.

sini pun tiada
Di mana dia?
Melilau lilau dia mencari si Tam.
Sini dia rupanya?

Syukur tak terkira
Tam tak hilang la..
Begitu juga dengan anak anaknya yang lain.
Bila cikson tanya dia...mana Baby
Itulah yang di lakukan bila mencari
Her baby....macam memahami vocab baby.

Tam duduk kat sini ya
Tak payah merayau ke mana mana
Risau mama
Mana tahu ada van putih dok intai intai kita
NAYA!



Amboi rajin pula mamason dok post ttg nina pagi pagi ni ya..
Eh... tak ada kerja ka?

Kisah anak beranak


muka kesian
     Setiap pagi,tanpa kecuali,kedua anak beranak ini setia menunggu. Depan pintu mereka berdua .Tanpa suara. Namun bila cikson lalu saja,jelas teruja wajah mereka. Seolah berkata:
hai,cikson
     Good morning makcik, how are you?
Pintu dibuka,seronoknya mereka. Masuk ke rumah tanpa dipelawa.
   What for breakfast ,mamason?

Lapaq pula..kalau ada ikan goreng,tentu gempaq ya.

   Well, today,ikan goreng tak ada
Bihun goreng mau kah?
bihun goreng pedas


Selesai makan,mereka bersantai
Setelah puas kejar mengejar
Keluar rumah lagi best...

Bila petang,cikli bergarden
Tekun dua beranak ini menolong
Cikli ke hilir,mereka ke hilir
Cikli ke hulu,mereka ke hulu.
Rajin sangatlah tu..kata si kelabu

Cikli berkebun

Gigih nak tolong konon..