Tuesday, March 28, 2017

Nina says it all...

Hi people,
Relax sat atas bangku ni sementara Luna tgh lena.
Its Nina's turn to pen a few words in this blog of mamason's @cikson @ mokjadeandell.



Its been hot lit lit kata oghang utagha. The heat dah full volume even when still early in the morning. Imagine at 9,nina and tam dah kena berlari lari semasa memijak simen luar RBL. Kadang kadang sedih benar nina anak beranak bila penat dan sakit berlari menuju pintu gelongsor ,tiba tiba cikson tak benarkan kami ke dalam. Kejam!

Jadi terpaksalah kami berdua lepak bawah daun daun pokok petola dan terung cikli. Nak lepak bawah pokok kelapak takut buah kelapa menghempap kepala. Nak ke bawah porch ada Luna yang cenge tak terperi. Nyampah! 

Hari minggu haritu, si Fahim and his dad n mom balik kampung. Nakalnya dia. Tak takut dengan Nina atau Tam. Di tariknya ekor kita.Dicubitnya badan kita ..eeeew sakit tau. Nakalnya!

Harini RBL dah kembali sunyi. Hanya tinggal ciksoncikli. Faten and her family dah balik KL bawa Fahim sekali. Dan bila begini cikson buka radio hiburkan hati. Selain mengaji dia dengar Gegar Pantai Timur dan India Beat. Lagu omputih kurang digemari . Filem2 pun dia tak berapa suka selain Discovery atau channel channel yang berinformasi. Berbeza dengan cikli yang suka sangat tonton wayang. Satu hari dalam kereta mereka berbicara...

HIM.. kat sini akan buka cineplex. Senang la nak tonton wayang.
HER: Eh malulah tua tua nak masuk panggung
Anak: Dulu tak ada pun semua ni. Boleh aja hidup.
HER: Ya la... panggung wayang pun dah masuk rumah .Bila tgk film ada pula cctv terakamlah kita punya aksi. Ternganga ka,terlopongkah . Ya la bila tgk movie tentu kita beremosi. Tak maulah kami..

See... cikli cikson rajin berdebat..Ada ada saja yang jadi topik perbualan.

Disekitar RBL sekarang ni, buah kuini masih ada lagi. Buah cermai pun dekat nak habis dikenduri. Buah kabu saja masih lebat dipokok . Tapi semua tu pokok pokok jiran sebelah. Rumah cikli masih kecil pokok pokok yang ditanam.Diseberang jalan,kawasan belukar dah ada perubahan. Dalam proses nak diclearkan. Katanya nak naik taman perumahan. Tak lama lagi hilanglah hijau dari pandangan atas nama pembangunan....KESIAN!
seberang sana begitulah keadaanya

Musim menanam belum mula


Hijau diseberang bila sawah ditanam semula
Buah buah kabu pun dah bertukar warna
Dari hijau ke coklat pula
Tanda musim buat bantal dah tiba

Thats all folks celoteh Nina utk kali ni. Lain Selasa kita jumpa lagi.



Ni kawan sebelah rumah
Bertampung macam Pong yg arwah
Tak boleh tengok orang senang
Mula lah nak mai menumpang




Being lonely is my choice dari beramai tapi penuh dengan ragam yang tak
menyenangkan... mungkin itu kata nina...




No comments:

Post a Comment