Kali ni set tiga ekor kitties sekali gus. Ada itam,kelabu dan belang2. Haha... taulah siapa bapa mereka.
Si ninasandaq yg tak lagi bersandaq |
Bawah meja laptop cikson dia berbaring,menyusukan anak yg kalau berbunyi sangatlah nyaring. |
Si Tam pula membawa diri, atas kerusi dibilik ciklin. |
Entah baca kat mana ntah.... kucing boleh beranak anak dari 3 romeo sekali gus. Dan diwilayah RBL ni ada 3 kucing jantan yang itam,kelabu dan belang2 dok masuk selalu.
Hari dia nak bersalin tu, nyaring dia mengiau minta tolong. Cikson sediakan kotak, dia tolak.
Kecil sangat kot untuk dia. Yg paling dia berkenan adalah almari baju bilik tengah. Hee eh...makcikson tegah. Mana boleh kan. Tu almari pakaian.
Cikson sediakan pula besen dilapik surat khbar. Mula2 nina ketegar. Tak mau dia beranak dalam besen... eh mana ada org beranak dalam besen. Besen tu cikson letak bawak meja yang dia tutup dengan kain. Jadi tersoroklah sedikit tempat itu ala ala wad bersalin.
Nina masih juga tak mahu tempat itu..Almari baju juga dia tuju. Last last cikson naik hantu. Telinga nina cikson ketu ( piat ).
At last nia mengalah dan menuju besen yg cikson sedia. Dan akhirnya dia beranak bawah meja tempat cikson selelau berkarya. Tempat ni aman dari bahaya rupanya. Fikir Nina.
Sekarang Nina sentiasa bersama anak anak kecilnya. Keluar rumah pun sekali dua. Nak relax katanya. Si Hitam yg besar panjang pun dah dia tak peduli. Maka ke kebun tokwan Tam membawa diri.
Kadang kadang susuk tubuh dia terlihat dikebun tok wan Hai pi berkawan dengan cikyam ke cik Tam yg rupawan. |
Nak tau hairan pula cikson. Tam sekarang ni ranggi bukan main. Menyerigai saja bila dia dihampiri. Amboi Ta,... apa dah Jadi ?
senang diri hal orang tak usah ambil peduli kata ciktam pada kami... hihi. |
Kita marahlah,mak kita dah tak peduli pada kita... mungkin itu sebabnya perkara itu terjadi..
Tam majok tu Nina tak pedulikan dia lagi 😂
ReplyDeleteNour,
DeleteDia dah pandai cari pakwe sekarang ni. Ramai yg dok mai mengorat..alahai.