Hi folks, this is Nina's writing.
After so many days,mamason was able to let Nina write.
Peliklah mamason @ cikson ni. Sejak dua menjak ni dia dah tak mau mesra dengan kami anak beranak,adik beradik. Kalau kami masuk ke rumah,cepat cepat dia shoooo kami keluar.
Hairan juga Nina dan Tam
Dulu tak begini.
Jadi kami dua beranak hanya dapat bersantai diluar koridor rumah RBL. Hanya pokok terung saja yang menjadi tepat berteduh dari panas. Kalau hujan,lintang pukang kami lari cari perlindungan.
Nak ke laman depan rumah, si Luna dah isytihar itu territory dia. Lambat Nina melintas ,dia menerkam bagai singa lapar. Atas lori tempat Nina selalu bersantai pun dibuat rumah dia sendiri dengan anak anak dia. Mana aci!
Pagi pagi selepas subuh,kakina dah bersiap sedia untuk ke airport. Balik rumah sbb cuti dah habis. Cikli dan paklang hantar dia ke sana. Cikson kata dia tak sihat. Demam lagi. Bila lah orang tua tu nak sihat seperti sediakala. Asyik murung saja.
Kesian kakina kena berjam jam dalam kereta akibat jam dilebuhraya. Kata makcikson, boleh sampai balik negeri China lamanya. Besoknya dia cover tidur hingga tak ingat dunia. Letih agaknya.
Harap harap tu kembalilah bersinar RBL macam sediakala. Kami boleh tumpang bermanja bila kami masuk ke rumah. Mamason dah tak sakit lagi bila dekat dgn kami.
Hope for the best....
Eh rumah sebelah dah ada rumah sendiri untuk jenis macam kami. Tokwan Saad bertukang pagi petang siapkan.
Bestlah depa no......
Ninasandaq
No comments:
Post a Comment