2017... today 31.12.17 is the last day. Tomorrow is 1.1.18 and it is a new year.
Hmmm... let me throwback what was 2017 like...
pemandangan hari hari biasa |
Rasanya sama saja macam 2016.
Sakit demam,.hospital sana hospital sini, jadi rutin hidup ciklicikson ni. Rasanya tahun ni lah kami banyak berkurung di RBL saja. Tak ke mana mana. Even to KL or SP. Rindu bagai digamit gamit ingin ke sana. Gambang juga tidak lupa.
Kalau dulu aku rasa tidak konfiden masa mula mula tukar kereta dari manual ke auto,kini level konfiden ku sedikit bertambah. Aku sudah berani keluar mlm ,memandu cikli ke mesyuarat yg dia perlu hadiri dan kemudian menjemput dia balik setelah usai urusan dia.
Haha... aku dah jadi driver sepenuh masa .
Orang mungkin nampak aku macam tai tai saja. Tak ada anak kecil,tak ada cucu cicit dok bergantung tepi kain. Tak ada masaalah..
Biarkanlah..
begini jadinya bila cikli dah tak berupaya.. Senak perut juga bila tgk ini semua.. |
eh.... kemana kami ya Ada gambar pula.. |
ke sini ,mkn mee udang pulau sayak.. |
antara kenduri yg dihadiri... Sungai Petani eh.. ye ke tahun ni? |
Dulu,aku tidak gemar ke pasar basah,ke pasar tani atau mana2 yg ramai orang. Tapi sekarang aku perlu ke sana kalau hendak barang basah. Dah tidak lagi dapat cikli tolongi.Dulu aku hanya list down apa yang aku hendak,ciklilah yg memberesi belian semua.
Rutin aku memang banyak berubah..
Jam 10 aku kena bersiap menghantar cikli ke klinik setiap hari. Kalau ada yg boleh cikli tumpangi, bolehlah aku keluar sedikit lewat.
Jam 11 lebih, selalunya aku keluar dan kami menuju restauran utk mkn tgh hari.Dan bila petang hari baru aku dapat memasak utk mlmnya..
Rumput dilaman pun cikli sudah tidak dapat menguruskan lagi. Dia mahu juga gagahi. Tapi aku yg tak benarkan.
Biarlah benar benar sembuh dulu,kata ku.
Maka ... berkebunlah aku bila berkesempatan dan bertenaga dan berupaya. Andai aku juga letih, maka panjanglah rumput rampai dilaman. Bertepek tepeklah taik ayam di porch kereta. Berterbanganlah sampah dibelakang rumah..
Kami hanya berdua. Anak cucu pulang hanya sekali sekala.
Anyway... aku bersyukur kerana walau ada masa kepala rasa tingtong,kaki rasa goyang dilantai,aku masih berdaya langsaikan tugasku.
Haha... nak listkan juga what I have been doing..hehe
Driver
Tukang cuci
Tukang kebun
Tukang masak
Cashier n banker
Financial controller....dan juga termasuk dalam list ni...
tukang berleter.... hihi.
kenangan 2017... 2016,2015,2014...tercatat dlm buku buku nota about belanja... nak tahu ringgit malaysia aku ke mana |
Rasanya 2017 tak separah 2016 bila aku mula mula diterjah situasi begini. Mau jadi nanar kalau sabar tak ada dalam diri masa itu.
As I see it...2017 has been kind to me. Even though banyak kemahuan tidak dipenuhi. Banyak harapan tidak dilayani.
Last but not least... Kenangan bersama si Tam Sebentar saja dia bersama kami.. |
Thats all folks... antara kenangan 2017 kami
Semoga 2018 bawa sinar yang lebih baik lagi..
No comments:
Post a Comment