Tuesday, May 1, 2018

Legaaa.


Hari masih kelam di luar jendela. Tidak banyak kereta seperti sediakala.
Ohhh... lupa . Harini kan cuti semua.
1 May...Hari Buruh dulunya..tetapi sekarang Hari Pekerja.

While missing from blogsopt for a few days,I received a few surprises and well wishes from friends ,relatives and family. It was my bornday last Friday. Happy Bday to meeeee.

seronok dapat surrrrrprise
Kek dan bunga tanda ingatan dari anakanda


Legaaa rasanya bila sakit mata dah diubati.
Rumput yang panjang telah dimeseni
Kipas yang mengerikan telah diganti.
Lebih lebih lagi rasa lega bila dapat bermesra dengan dua cucu yang disayangi.

Pohim dan Fateh pulang sebentar ke rumah atok . Hari ini mereka dah kembali ke KL. Dan selama 4h3m itu terhibur cikson dengan gelagat mereka.
Sikecil Fateh dah pandai senyum bila diagah. Sudah mengeluarkan bunyi bunyi baby talknya.
Si abam Fahim pula menghiburkan kami dengan keletahnya. Panjat memanjat dan berlari persis iron man buat rumah riuh seketika. Dah hafal alphabet serta bunyi fonetiknya. Teringat cikson masa mengajar tahun satu MBMMBI dulu.
Oh ya lagu kegemaran masa kini adalah Katakan..nyanyian Alif Sattar kalau tak silap.


sedang menghiburkan penumpang2 kereta
Habis dihafal phonetic abc

Lagi satu yang melegakan... kipas yg asyik luruh bilahnya dah diganti. Kali ini 2 buah dulu. Jenama Panasonic 4 bilah steel berharga 290 sebuah jadi pilihan. Nak tau,bilah ketiga yg luruh itu menghempap bumi hanya seminit selepas cikson melalui bawahnya.Kalau tidak mau deremen kepala ( deremen... loghat Kedah utk luka ). Upah memasang hanya ucapan terimakasih yg tak  terhingga kerana menantu cikson yg tolong turun dan pasangkan.Ikut kedai utk upah sebiji 50 ringgit lebih. Sep money

menyembah bumi lagi


rongak 


mujur ada superman ayah fahim ironman 


Tapi ada satu hal lagi... sejak dua menjak ni rancak betul kaki kaki kecil berlari atas siling. Jenuh pula kami memukul besi grill tingkap utk menakutkan mereka supaya turun. Jiran2 kampung mesti terkejut dengar bunyi bising dari rumah. Gaduh ka depa.

Kena cari jalan macam mana nak halang mereka dari naik ke bumbung. Satu kerja lagi..

Selamat Bercuti semua... semoga dapat berehat dari rutin kerja yg memenatkan.
Selamat Bercuti sambil berkonferens buat adik dan ipar..Prof Hamzah dan Prof Madya Habibah di Amsterdam.Kalau abah masih ada he must be proud of you..Me too. Teringat gelagat dia masa kecil kecil dulu. Rajin belajar sambil tunggu kereta sorong ayah dan menyanyikan lagu Aman Bahagia sambil halau ayam.

wajah 2 kesayangan


Legaaa tengok adik beradik berjaya dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi inspirasi anak2 buah mereka.

Thats all folks my story mory.Stay happy wahtever may.

No comments:

Post a Comment