Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, February 8, 2018

Nak masak apa kita harini ya...masak lemak cili api la pula kali ni.


Tergaru kepala yg tak gatal juga memikirkan apa juadah tgh hari ini. Nak masak nasi berlauk atau just gorengan atau rebusan mee or kotiauw.

Terdahulu ini beberpa masakan cikson yg tak sepertinya..

Masak lemak cili api tak selalu dimasak macam gulai atau kari. Orang utara mana boleh survive lama lama tanpa gulai kan.

Masak lemak cili padi cara kami...org lain masak mungkin tak macam ini

2 tiga ketul isi ikan
2,3 keping asam gelugur
1 kotak santan

Tumbuk... halia,bawang besar,bawang putih ,cili padi,kunyit hidup . Grind pun boleh.

Panaskan periuk. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air. Renehkan sebentar. Masukkan santan . Kacau selalu. Bila mendidih,masukkan ikan dan asam keping. Nak bagi ramai masukkan hirisan carrot.Perasakan asam garamnya. SIAP!

jamuan perut satu tgh hari..

masak lemak ikan cili padi
pedaih berapi
tapi barulah ada kick kalau nak tau bagi...

Ni sayur kegemaran cikli
sayur bayam bersotong masakan isteri

ewah... goreng pisang pun ikut tersaji
balance sarapan pagi tadi..

Raya Cina tak lama lagi
Maka tersajilah buah limau ini walau raya lambat lagiii.
Thats all folks. Cerita kami. Bye....

Thursday, April 13, 2017

Harumanis nan satu

Terbaca dalam forum ttg harga buah ini. Setakat 28 - 30 ringgit tu perkara biasa. Tetapi semalam terbaca harganya naik sampai ada yg tergamak menjual dengan harga 50 ringgit sekilo. Gila kata ku siapa yang membeli. Itu kataku yang tak punya duit berguni guni. Mungkin mereka yang punya not not seratus bertimbun,bersusun dalam lemari baju dan lemari lauk, setakat 50 hinggit utk dua tiga mempelam ini tak jadi kudis. Maka kita yang simpanan dok menipis hanya lihat sajalah dalam gambar isinya yang manis. Bayangkan kemanisannya......keharumannya.

pokok mangga nan sebatang itu
Ha semalam cikson jenguk jenguk buah sebiji dipokok nan sebatang dilaman RBL.Dah sebesar genggaman budak bila cikson intai dia disebalik sarung surat khabar yg cikli sarungkan...tapikan..nampak macam tak berapa sihat saja. Agaknya pokok muda mengeluarkan buah mula beginilah kot rasanya. Macam budak budak berkahwin...Hari tu terkejut cikson baca tentang anak murid yang baru berusia 14-15 years berkahwin. Entah apalah wawasan mereka.


Buah nan sebiji itu


 Menjenguk dibelakang rumah, terlihat ayah cikli membalut buah buah harumanisnya yang berjuntai didalam pagar dan diluar pagar. Dah besar elok buah buah itu. Tahun lepas dapatlah merasa sebiji. Nampaknya rezeki tahun ini lebih sedikit.

Pokok mangga belakang rumah
tuannya pun ramah

Talking about harumanis ni... cikson taklah berapa excited atau teruja utk memakannya. Lebih minat buah mempelam biasa biasa yang boleh dibuat cicah . Duduk ramai ramai atas pelantar mengadap sawah ..hu.


Ice cream harumanis
jgn terkena kincing manih

tak semua orang suka yang serupa
manis ,harum tapi mahal tak masuk akal
usah dok teringin kalau poket tak cukup tebal...
 Thats all folks celoteh dari utara.
Harini tak dak DIY ya..
Terlupa pula... semalam satu hari makan bihun tomyam bersantan. Resepi ikut sedap tangan.Bye.

Sunday, April 2, 2017

Bila lalu,laju. Bila tak lalu,layu

Eh apakah dia .....Bila lalu laju,bila tak lalu,layu.
Kenderaan kah, hujan kah?
Hehe ...salah.

Bila lalu tu ialah lalu makan. Ada masa lalu saja apa saja . Sedap saja rasa makanan ditelan. Lapar saja setiasa.
Macam hari ni dan semalam.
Hari ni cikson masak asam pedas ikan kerisi,tumbuk sambal mempelam dan sayurkan bayam sepinggan juga goreng ikan goreng . Amboi laju makan nasi walau menu tidaklah hebat hebat. Dua kali tambah juga kami suami isteri.
Menjelang petang cikson teringin nak makan asam laksa. Rendam laksa sekeping, celur dan siapkan bawang besar hiris dan cili potong. Laju saja telan laksa dengan kuah asam pedas.

mee kuah pulau sayak
Semalam, utk makan malam cikson rajin pula buat kuah mee. Buat mee bodoh bodoh saja dengan apa yang ada. Habis juga 2,3 pinggan .

Sehari dua ni laju saja selera makan..Alhamdulilah.

Berbanding satu masa dulu,bila sebutir nasi pun payah nak telan. Nasi rasa macam jadam. Biar dibeli atau dimasak sendiri ,semua tolak ketepi. Last last cikli masuk hospital sebab dihidrasi. Cikson pula ke ER .Tapi yang hairan bila ciklin masak nasi goreng,mau pula makan berpinggan.

Siang tadi berderet kereta diparkir dijalan depan rumah. Ada yang sampai masuk dalam kawasan rumah.Terdengar lagu dan juga suara DJ. Rupanya diseberang jalan ada rumah kenduri .Rumah terlindung dengan tumbuh tumbuhan yang merindang.Mungkin tuan rumah tak kenal kami . Kalau tidak boleh makan nasi kenduri.
Rupanya di Perlis pun dah jadi macam ibu kota sekarang ni. Tak kenal maka tak panggil. Walau rumah seberang jalan. Masa cikson kenduri tapi buat di hall sekolah cikson pun tak ke seberang jalan. Barulah padan..
Lain kali kita kenduri,semua rumah sepanjang jalan Bohor Gonchar ni selagi suara DJ boleh dengar kita jemput tau. 

hehe...bilalah lain kalinya nak buat kenduri. Calon2 pun tak nampak batang hidung lagi.

Ikan bakar Kola

Mee kari dah lupa restoran mana

Eh..hari ni nak masak apa ya?
Jom pi Padang makan pulut ayam dan beli buah setaq , Ajak cikli walau jalan terketaq ketaq. Cikson hanya senyum tawaq...hehe.

Thursday, March 16, 2017

DIY...jom main masak masak.... moi ayam cikson

Tengah hari tadi ,masa memasak, tiba 2 terilham nak masak moi sup.
So by 12.00 tersedialah seperiuk nasi moi untuk santapan ciklicikson suami isteri.
By evening,licin seperiuk .
Verdict... sedap juga wei ... haha.

Moi ayam cikson.
Beras 1 gelas... basuh dan toskan

Bawang putih 3 ulas...cincang
Sup bunjut tulang satu bungkus.
Minyak masak 2 sudu kecil atau besar,ikut suka hati

Tumis hingga naik wangi

Masukkan air setengah periuk. Kurang atau lebih pun bolehlah...Periuk nasi eletrik tau yg saiz sederhana
Masukkan ayam yang dipotong sederhana. 5.6 ketul.
Masukkan beras. Masukkan seinci halia

Masaklah hingga beras menjadi lembut dan bermoi.
Masukkan udang 6 ekor.
Masukkan garam,sedikit gula.Juga sedikit lada hitam. SIAP!

Bahan sampingan..

Minyak bawang putih.
Caranya... cincang 4,5 ulas bawang putih
Panaskan minyak setengah cawan
Goreng bawang putih hingga kuning. SIAP!
Nak makan,ceduk sekali minyak dan bawang putih.

Cili kicap.
Racik 6,8 biji cilipadi
Tuangkan kicap,gula dan perah 4 biji limau kasturi. SIAP!

Sorry...gambar tak dan tangkap...sebab terlampau lapaq..Masak masak trus NGAP!

Gambar pinjam dari google..

sedap

sedap

sedap juga sekali sekala
Thats all folks. Selamat mencuba....ewah.





Thursday, March 9, 2017

DIY...jom main masak masak. Udang masak cili flakes bermentega.



Teringat masa membesar di JPL. Awal awal tahun 60an....aku anak separa kampung separa pekan. Hidup bebas macam unggas terbang. Tapi tak bolehlah lebih sekatan,nanti tokton rotan..hehe.

Antara permainan yang kami anak2 JPL gemari adalah main pondok pondok. Its real pondok . Dan bila dah siap pondok tentu ada masak masak. And its real masak masak. Kami siap pau beras dari rumah, cari tumbuhan yang boleh dibuat sayuran dan masak . Lepas itu siap makan. Real makan.
Habis makan, terjun parit berkubang sampai terlupa nak pulang. Senja tokton bawa rotan.Habis episod main rumah satu petang.

Umur meningkat. Main masak masak hanya untuk budak budak. Anak dara kena paksa masak betul betul. Bukan main main lagi. Dan masak masak untuk makan keluarga selalu kena pada cikson. Walau memang memberontak,berkelahi dengan kakak, dari situ aku belajar memasak. Giling rempah gulai,tumbuk sambal belacan ala apprentice. Lama2 dapur sebiji sebiji kena aku hadapi. Dapur pula kayu api.

Hari ni cikson nak share masak masak yang senang . Chiauuuuw with chon . Tumis tumis dah siap.

Udang mentega cili flakes
 Udang .... bersih dan devein.

Bawang putih...3 ulas.
Bawang holland ... satu labu diracik.
Cili flakes 3 sudu besar ( kurang or lebih ikut suka)
Margarine planta ... 2 sudu besar
Asam jawa...( optional)
Kunyit
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Caranya.
Tumbuk bawang putih dan segenggam bawang holland yang diracik. Masukkan cili flakes ,kunyit ,margarine planta.

Tumis bahan bahan tadi hingga wangi atau hilang bau.
Masukkan air asam jawa..( optional )
Masukkan udang dan lebihan bawang holland.
Masukkan garam dan sedikit gula.
SIAP!




Ni pun sayur tumis tumis saja.
Simple mimple semua.
Selamat mencuba....

Wednesday, March 1, 2017

DIY...cok keria gula melaka, manis ooooo mcm pembuatnya.


Minggu lepas .semasa di Aeon Big Alor Setar,antara barangan yang dibeli adalah sekilo lebih kurang ubi keledek. Kulitnya purple isinya kuning,rasanya pula manis ya tuan tuan.

Satu petang ,ciklin masuk dapur sedang cikson enak menonton tv diruang tamu.
Kelentung kelentang kedengaran boleh dengar jauh sebatu... eh tipu. Senyap saja dia kerja sampai mak diruang tamu pun tak tahu.

Ubi dibasuh, direbus dan dilenyek lenyek
Lepas itu dibulat bulat.
Tak pula cikson tengok bahan2 yg dia guna. Jenuk jenguk dah siap bulat bulat cucur keria siap sedia.
bulat bulat cok keria
Goreng dulu dalam belanga

Bulat bulat cucur itu kemudian digoreng dan di sejukkan.

Goreng hingga kaler golden brown
Air gula dari gula putih dan gula melaka dimasak dalam kuali hingga pekat sebati.
Cucur keria di masukkan kedalam gula melaka dan dimasak hingga sebati.
Masak air gula melaka.

Jadilah dia cucur keria gula melaka. Manis weeei macam tuannya.


Masukkan cok keria


Inilah hasilnya
Hasil kaklong masuk dapur adanya..
Haha... mak dia makan saja
Tapi ada juga dok kata
Tokton tak buat macam tu la.....haha.

Friday, February 24, 2017

Berjamu di Kola,bagaimana anda suka ikar bakar anda?


Semalam ciklin belanja ciklicikson makan di Kuala. Kuala as in Kuala Perlis,bukan Kuala Kedah or Kuala Sanglang. Lepas Maghrib ,menuju kesana bertiga dalam basah2 hujan dijalan. Hujan lebat rupanya disana memandang lopak 2 air yang bertakung merata.

Orang tidak ramai. Kami menuju restoran yang selalu kami pergi. Mana lagi kalau bukan Mona. Yang beroperasi malam tadi hanyalah Mona dan Liza. Yang lain dah tak nampak cahaya. Bungkus terus macam kedai Sharin dan tidak ku pasti yang lain lainya. Tanda business berdukacita...gitu firasatnya.

Dipeti ikan,hanya seekor ikan gerut saja yang ada utk pilihan. Yang lain jenahak dan lain lain . I fail big time naming fishes...
Ikan dipilih,sotong ditimbang,terung dan petai utk dibakar ke meja bernombor 42 kami tuju. Sebentar menunggu,air pun tiba tapi tiada buat ku..Waiter di beritahu tapi masih lagi airku tidak dihantar....sabaaar.

Tidak berapa lama kemudian,makanan dipesan pun datang. Banyaknya SGT dan sotang sambal utk bertiga. 300 gm utk satu2nya. Nala.

Ketibaan kepala hidang dinantikan. Itulah ikan bakar yang famous disini.
Eh...merah dan bersos pula kali ini.
gambar pinjam..
Kami terlupa nak beritahu yang favourite kami bukan bersos merah tapi hanya dibakar sibar santan,Lebih menyelerakan dari bersos demikian....
Oh ya... memesan ikan bakar boleh buat pilihan bagaimana anda mau ikan itu dimasakkan.
Sibar santan atau curah sos merah.
Dan ada kedai yang boleh di masak dua cara . Steam dan bakar dari seekor ikan. Jadi jangan malu 2 bertanya.

Ikan yang agak besar serta potion yang agak banyak ,lebihannya diplastikkan buat anak anak dirumah. Mereka tentu gembira terima bekal dari Kuala.

Itu saja cerita semalam. Nak makan ikan bakar kena buat pilihan. Bersos atau bersantan...
Bye.

gambar pinjam

gambar pinjam

gambar pinjam

gambar gambar gooogled.

Thursday, February 23, 2017

DIY .... menjala di pagi hari,ayam mango ditengah hari,menkeria di ptg pula,malam berjamu dikuala. Hola!

Rajin terlebih anak beranak hari ni.
Bangun pagi pagi,cikson suggest anak buat roti jala utk dimakan dgn kuah kari ketam lebihan semalam.
Dan terhasillah roti jala simpang perenang kerana itulah kali pertama jala ditebar.Sekejap nipis,sekejap lebar.
Rasa ok dengan ketiadaan bahan2 bahan selengkapnya.

kali pertama menjala...bolehla.

Dicicah kuah kelmarin...

Tengah hari .ciklin order ayam Mango dan sebagai hadiah dapat pula sebekas mempelam jeruk..
mempelam jeruk
free

Petang pun sampai. Ubi keledek yang dibeli di Aeon Big dilenyek,dibulatkan,digoreng dan digulakan.
Jadilah dia cucur keria gula melaka.
Rasanya manis sampai tak terkata...
Dihantar sepinggan utk tok dan wan saadnya.



Ni dia...chok keria
Pekena teh tawaq...klia

Thats all folks,bye.

Sunday, February 19, 2017

Gulai anak beranak

Cuba teka
Antara ibu dan anak memasak
Gulai yang manakah tidak dimasak oleh si emak. Semua gulai2 ini dimasak oleh cikson dan anak.

Apa bezanya wahai kawan2 yg bestari?

Gulai A

Gulai B

Gulai C

Gulai D

Guali E

Friday, November 11, 2016

Peknga ikan sekoq


Selepas hampir sejam di jalan Alor Setar Kangar,aku sampai ke destinasi ku. Hospital Besar @ Hosp lama Alor Setar. Park iriz coklat berabukku ( dusty brown ) nun dihujung laman hospital yg nampak usang. Menapak aku dan cikli menyusuri jalan ke bahagian pendaftaran. Selepas itu menapak tangga sebelum sampai ke unit pembedahan kecil ditingkat satu bangaunan F.

Cikli mengunjukkan surat dari HSB.
'Pakcik boleh pi makan dulu kalau belum makan. Doktor lambat lagi. Depa kat dalam dok sedia bilik dan bancuh ubat.' Lancar saja misi dikaunter memberi penerangan dan arahan.

Oklah..jom kita pi makan.
Menuruni tangga sekali lagi. Menapak lagi celah celah bangunan hospital lama yg ada bangunan yg tidak digunakan.
Takut juga nak lalu celah celah bangunan tu. Mana tau siling runtuh ke.
Jadi jalan yang kami ambil berliku liku sebelum nampak bangunan foodcourt nun diseberang sungai.
Meniti jambatan ke gerai,aku terbayang cerita Masam2 Manis P.Ramli.

Melabuh punggung dikerusi ,aku meneliti menu yg ada.
Salah satunya menarik perhatian. Terhimbau kenangan JPL dan tokton.

breakfast kelmarin
Dik,2 peknga dengan ikan sekoq na.
Kopi O dan kopi o ais.

Setengah jam jugalah kami tunggu sebelum order breakfast kami sampai.
Well..how'sfood.
Quite ok. Tapi kalau isi lebih tebal,nyoq lebih banyak tentu uuuumph. Mau garing garing sikit.

Habis makan,cepat cepat beredar. Sebelum tu harga dibayar 8.50 utk berdua. Bolehlah kan.

Ikan sekoq 
Peknga ikan sekoq....breakfast kami di foodcourt semalam.
Malamnya ,aku saji bihun bodoh saja walau letih bukan main. Bodoh bodoh pun habis se tengah pek bihun yg ku goreng.
Actually, sesekali makan makanan yg membesarkan kita dudlu2 bawa banyak cerita nostalgia.

Kita banyak nyok kat pokok. Tapi nyok kena beli.Jom beli kukoq .Boleh buat peknga ikut piawaian kita...
Tu dia terus angan nak beli kukor kelapa. Lepas tu pula sapa nak kupaih nyok. Cikson,tangan tak kuat, cikli pula lagi out.
Haha...last last beli juga.


peknga dah kena cubit
Thats all folks. Bye. Have a nice day. Jaga diri. Stay safe.